Gulai Lomak Nenas dan Ikan Talang Idaman Kalbu
Assalamualaikum dan salam hari isnin untuk semua adik2 blogger,diharap semuanya sihat2 sejahtera hendaknya, sepanjang ramadhan dan syawal tentu dah macam2 menu kita masak dari ayam daging kambing segala tentu ramai yang dah boring jugak kan kalau hari2 kita asyik makan benda yang sama saja,sesekali kita tukar selera ke ikan masin talang ni pasti membuka selera pada yang dah boring tu kan,sebenarmya dalam masa seminggu 3 kali akak masak benda yang sama ni hahaa panahan dari ikan masin talang yang dibawa oleh rakan fb kat rumah baru2 ni,tapi masa buat pertama kali akak hanya menggunakan nenas dalam tin itu pun ambil dari tin buah cocktail sebab tak sempat nak beli,kali ke2 masih lagi belum sempat beli sebab dah tak sabar jugak nak masak cocktail jugak jadi sasaran,dan yang ke3 kali baru lah dapat buat menggunakan nenas segar dan ALHAMDULILLAH rasa yang nenas segar memang lebih sedap sangat,tak payah lauk lain pun kira dah boleh habiskan nasi dua tiga pinggan jugak ni hahaa
Kita hanya perlukan
Nenas segar dipotong kecil/boleh jugak guna nenas tin kalau dah tk sabar hee
1 cawan santan pekat
potongan ikan masin talang atau ikan masin apa2 pun ok
6-7 biji cili padi ditumbuk
3 ulas bawang merah ditumbuk
sedikit kunyit hidup jugak ditumbuk lumat
sedikit minyak untuk menumis
Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi,masukan potongan nenas,biarkan nenas keluar air dulu dan kalau boleh keringkan sikit air nenas tu,dan masukan santan dan ikan masin
masaklah sehingga kedua2 lembut dan tambah garam secukup rasa
selalu dikacau supaya tak pecah minyak
dah cukup rasa nya boleh lah diangkat dah dihidangkan
PASTI BERTAMBAH NASI ADIK-ADIK SEMUA CAYA LAH!!
Gulai Lomak Nenas dan Ikan Talang Idaman Kalbu
Reviewed by Unknown
on
September 17, 2012
Rating:
Assalamualaikum Kak Noor,
ReplyDeleteni pagi2 lagi dah masukkan gulai lomak nenas ikan talang ni buat goda selera kita aje ni kak... walalala kak dah 3 kali buat rupanya dalam seminggu... mesti dah habis ni, ingatkan nak ngendeng semangkuk bawa balik buat lauk makan tengahari nanti ha ha ha hahh...
Sedapnya kak noor,saya memang suka masakan kampung macam ni.Gulai lomak nenas ni kalau makan dengan nasi panas2 dan di gandingkan dgn sambal belacan memang bertambah-tambah makan nasi.:)
ReplyDeletestok ikan talang cheq habih dah huwaaaaaa
ReplyDeleteadoiiiii sedapnye kaknoor gulai nenas ikan talang ni.Ikan talang goreng salah satu menu masa ina berpantang di rumah mertua dulu2.
ReplyDeleteSemalam cadang nak buat .tapi jemaah rumah ni ...undi kari kepala ikan . Tukang masak pun terpaksa akur dgn kehendak majoriti ...
ReplyDeleteSalam kak noor...
ReplyDeleteKalau hidang gulai nanas mcm ni memang bole bertambah nasi di pinggan....saiz pinggang pun makin bertambah...hehe
assalamualaikum my dear friend...harus saya masak ikan talang masin ini ASAP. sangat membuka selera
ReplyDeletebuat makan tengahari masa hari panas. Adeh... bepeluh2 makan.
ReplyDelete