Ikan Percik Putih Yang Cool



Selamat  tengahari dan selamat bersantai untuk semua surirumah macam akak ni,lain lah kalau adik2 yang bekerja tu time gini mesti masih di ofis kan,tak dapat nak santai macam orang kat rumah boleh makan,tidur BW dan FB dan macam2 aktiviti luaran lagi, walau apa pun yang kita buat dan kena buat biarlah dengan ikhlas pasti kerja tu menjadi dan sedappp contohnya tengok ikan percik kat atas ni nampak 
SEDAP TAK!!!!! walaupun tak lah meriah cantik dan colourful tapi rasanya baru 
TAU sedap sangat...

Bahan2 nya akak olah ikut citarasa sendiri

4 ekor ikan kembung yg agak besar dibersihkan 
5 ulas bawang merah kisar
2 batang serai kisar
1 inci lengkuas kisar
1 sudu lada hitam kisar
5 biji cili padi kisar
1 cawan santan pekat
sedikit garam dan gula

Masukan bahan kisar dan santan dalam periuk dan masaklah sehingga wangi kemudian masukan garam dan gula jugak masukan ikan
Bila ikan dah agak masak keluarkan ikan masukan dalam tray dan pangganglah sehingga agak garing
Dah masak boleh lah curahkan baki lebihan kuah tadi di atas ikan dan panggang semula atau boleh jugak dimakan terus sebab semua sudah masak
TAK PAYAH TUNGGU LAMA2 UNTUK SANTAP KAN...





Pada selera kak Noor memang sedap ikan percik ni tak tau lah pulak selera adik2 dan rakan2 yg lain,makan dengan nasi putih atau nasi minyak pun sodap ni
CUBA LAH YA PASTI NAK COBA DAN COBA LAGI...
Ikan Percik Putih Yang Cool Ikan Percik Putih Yang Cool Reviewed by Unknown on September 18, 2012 Rating: 5

7 comments

  1. Kalau dah depan mata apa nak tunggu lama lagi KakNoor. Ambil nasi ke roti ke terus ngaplah:)

    ReplyDelete
  2. Liza tumpang lunch kat sini ye kak noor....hihihihi

    ReplyDelete
  3. Kak Noor, masakan yg paling saya suka...

    ReplyDelete
  4. Salam kak Nor, mak Ros selalu buat ikan percik putih.Kami kat kelantan ayam percik pun putih tau.Mak selalu guna ikan bawal.

    ReplyDelete
  5. kak nor cygg,,bak mai ler seketui..chq nak rasa..terliuq sudahh kami nie:)

    ReplyDelete
  6. tq kaknoor, ini resepi yag mmg KA tunggu2 selain dari tanya My MIL hehehe

    ReplyDelete
  7. asslm kak Noor cyggg...resepi ni QH terus simpan kak...sbb akak ckp sedap sgt tu..tp mmg nmpk pon akan kesedapannye tu..tliur n lapo dibuatnye bile tgk lama2..hihi..dpt ni pasti mkn btmbh kan kak..

    ReplyDelete