Ayam Masak Palembang Yang Kelazzzz
ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang semua adik2 blogger, semoga time ni ada yang sedang santai lah ya, maklum dah petang memang time untuk kita berileks sikit lah sambil tengok tv ke lepak2 ke, fb ke, ig ke atau sebarang aktiviti kegemaran lah. Hari ni kak Noor nak kongsikan resepi yang dah ramai orang pun buat kan, disebab rumah kak Noor agak ramai yang kurang suka daging jadi akak tukar ke ayam supaya lebih ramai yang dapat menikmati nya.
RESEPI ayam Palembang ni akak intai dari blog DAPUR MAMASYA dan izinkan Kak Noor letak resepi ni kat blog akak jugak ya Mamasya supaya dapat di tengok oleh kenkawan dan anak-anak akak jugak , tapi sorry jugak sebab kak Noor dah derhaka sikit itu ini ikut kegemaran selera kat rumah akak ni yang kurang suka santan tapi suka lebih pedas .
Sumber : FP Yulina dan Dapurmamasya
Olahan : Bicara Kak Noor
BAHAN
1 ekor ayam saiz sedang dipotong dan di gaul dengan kunyit dan garam
2 sudu besar cili kering yang sudah dikisar * Kak Noor tambah 4 sudu
*7 ulas bawang merah
*5 ulas bawang putih
*2 inci halia
*2 batang serai
5 sudu besar kicap manis *Kak Noor kurangkan ke4 sudu sebab tak mau hitam
1 sudu besar sos tiram
2 cawan santan sedang pekat - 1 peket santan debu jadikan 2 cawan * Kak Noor hanya guna 1 cawan
6-7 helai daun kari * tak letak
1/2 cawan kecil asam jawa * Kak Noor letak 2 sudu besar
garam dan gula secukupnya
CARA
1. Goreng ayam hingga setengah masak. Kisar semua yang bertanda *. Tumiskan bahan yang dikisar dengan cili kering hingga garing.
2. Dah garing masukan ayam, kacau rata ayam dengan bahan yang ditumis.
3. Kemudian masukkan kicap, gula dan garam. Masukkan air asam jawa, daun kari dan santan.kacau rata.
4. Didihkan sehingga pekat.siap untik dihidangkan.
MEMANG sedap sangat AYAM PALEMBANG ni, anak2 dan Mr hubby suka, termasuk lah tukang masak jugak, sebab kak Noor kalau ayam masak merah memang kurang suka tapi yang best dan sedap lagipun rasa nya agak lain lah, bila tambah cili lebih pedas wow hebat lah, Insyaallah nanti masak ayam ni pastu buat nasi lemak memang kelasssss gitu...
Ayam Masak Palembang Yang Kelazzzz
Reviewed by Unknown
on
March 19, 2013
Rating:
cam menyelerakan je..boleh try ni
ReplyDeleteassalam kak noor..sana sini menayang ayam palembang..kite jer lom sampai seru lagi.Hari ni pun menu ayam gak tp ayam gulai ajerr...
ReplyDeleteNak kena try gak ni
wah kak noor...
ReplyDeleteresepi palembang ni versi lain sikit ye... nampak sedap juga tu kak.. boleh try nnt...
TQ kak nor, mesti cuba ni....
ReplyDeletekak noor...sedap tu....
ReplyDeletetq sudi kongsi resepi ni kak nor.... mmg kena dicuba !
ReplyDeleteKelaaaz ya Kak Noor. Sekali tengok, cam ayam masak merah
ReplyDeleteAyam masak palembang yang menyelerakan...konfirm bertambah2 nasi...
ReplyDeleteDah kenyang makan apa lagi melepaklah depan TV.
ReplyDeleteDh merebak kat sini dh ayam palembang ni...baru je nk menerai gak..tak jd pulak..kehabisannn kicap..:-)
ReplyDeletelepas ni siapa lak ya nak traiiii resepi ni...mmg terbaek kak...
ReplyDeletewow...menyelerakan sungguh...tngk bahan2 pun dah tau sedap ni kak...leh cuba ni..
ReplyDeletememang nmpak kelasss kak..jemput makan..hehe
ReplyDelete