Jajan Kerepek Sukun Mandolin
Selamat petang rabu untuk semua nya,
Jajan apa agaknya petang ni ya..
Kalau masa lapar kerepek sukun mandolin ni pun jadi lah kan..
Mudah je pun nak buat kerepek sukun ni, kupas kulit sukun, cuci kemudian lapkan sikit lah kalau ada basah-basah tu. Lepas tu masukkan air dalam besen dan letakkan sedikit garam. Kemudian ambil mandolin slicer kita dan start lah exercise tolak tarik tolak tarik, biarkan hirisan sukun dalam air garam lebihkurang10 ke 15 minit. Sejatkan dan gorenglah macam biasa kita goreng ubikayu ke, kentang ke. Sukun ni macam dah nak masak mengkal sikit rasa nya manis-manis masin sedappp sangat sampai habis sebalang kerepek oleh boss besaq dalam rumah ni hahaha...
Memang nipis dan cantik kalau kita guna mandolin ni goreng pun kejab aje dah rangup
Nampak tak betapa nipis nya kerepek sukun ni hmmm rangup krup krap krup krap bunyi dia
Ini lah mandoline kaknoor sebijik macam ni warna nya, tapi masa buat tak ingat pulak nak ambik gambar, gambar ni ikhlas dari google lah. Mandoline UK mestilah terbaik kan kan hehee
Jangan marah hahhh.....Semua bentuk kita boleh buat dengan mandoline ni cuma rajin dengan tidak je, semua benda boleh di kerepek kan hehee..
Jajan Kerepek Sukun Mandolin
Reviewed by Unknown
on
August 03, 2016
Rating:
terbaik la kak noor !
ReplyDeletewaaa.. terbaek.. nak sikit.. hehe
ReplyDeleteIngatkan macam mana lah rupa mandolin tu. Saya panggil sagat aje.
ReplyDeleteSedapnya! Susah nak jumpa kerepek sukun :)
ReplyDeleteBuah sukun ni memang sedap. Kesukaan Mak Long ni...
ReplyDeletesaya suka makan sukun goreng tapi jarang ketemu. bagus kerana banyak serat tapi mungkin juga angin pada yang alergi...
ReplyDeletesedapnya sukun. kegemaran mak saya
ReplyDeleteingatkan apa kah itu mandolin.... hehehhe
ReplyDeletedana pun suke kepek sukun tp skrg lum musim lg kot kak noor... takde nampak org jual lg
ohhh baru tau apa itu mandolin.. hehehe.. mesti sedap kan dapat mengadap kerepek sukun tu..
ReplyDeleteKalau takda mandolin macam ni tak boleh buatlah nampaknya KakNoor. Hahaha! Ngelat tak nak buatlah tu. Saya suka sukun. Lagi suka kalau digoreng tepung. Lapar terus saya jadinya, KakNoor.
ReplyDeleteWah, backdrop gambar kerepek sukun ni macam dah pernah terbaca aje kisahnya ^_^
Iya kak.. Semua benda boleh dikerepekkan.. Cuma kerajinan je tinggal. Hehe
ReplyDeleteada orang suka kerepek sukun. macam saya ni tak berapa sangat...
ReplyDeletesungguh aih klu dah masuk sini xpenah fail menyeksakan diri sendiri... hukhukhuk..sedap tu..abh suka sgt sukun nih..
ReplyDeleteKakak guna yg biasa aje KakNoor
ReplyDeleteMemang sedap kerepek sukun ni. Kakak pun suka.
Hai bilalah pokok sukun nak berbuah ni.
ReplyDeleteSekelip mata je habis tu kan.
Pagi2 terliur lak tengok kerepek sukun kak nor
ReplyDeleteOooo namanya mandolin slicer ...
ReplyDelete