Salam Jumaat

 

Assalamualaikum dan salam jumaat.
Ini cerita semalam selepas dari hospital melawat mertua kaknoor singgah Masjid Jame' Asr, untuk solat magrib. 
Memang dah berangan nak letak gambar masjid hari jumaat hari ni dalam blog, jadi jom tengok dulu lah ya yang bukan orang Brunei tu tapi hanya gambar di luar masjid lah. 

 

 

 

 

Tapi bila bangun pagi tadi ada berita mengejutkan kaknoor sekeluarga.  Pembantu rumah yang baru 7 bulan bekerja telah lari dari rumah.  Sampai sekarang masih lagi memikirkan pasal pembantu tu aduhhh....

Semoga Allah menggantikan dengan yang lebih baik dari ni ameenn. Tak tau lah dimana silap nya sampai boleh lari dari rumah macam ni, susahnya tak dibagi kemudahan telefon nanti cakap kejam sangat, bila dah dibagi kemudahan, ini pulak balasan nya, tak tau macamana lagi nak handle pembantu ni supaya duduk diam2 kat umah dan tahan lah sekurang2nya sampai habis kontrak 2 tahun . 

Dugaan betul kan!!! Apa nak buat hanya Allah yang lebih tau terpaksa redho dan pasrah je lah...


Salam Jumaat Salam Jumaat Reviewed by Unknown on August 05, 2016 Rating: 5

14 comments