Rojak Cacamarba


Assalamualaikum 
Selamat petang, dah lama tak letak resepi kan
Jom tengok resepi rojak cacamarba kaknoor ni.
Kuah nya akak ambil resepi kawan Fb, tapi bahan sampingan tu sukahati kita lah
Sebab kita yang buat dia kan
Boleh letak apa saja pilihan hati.




Resepi Kuah Rojak
1/2 kg keledek oren ( untuk mendapatkan warna kuah yg cantik)
2 sudu besar udang kering - rendam seketika & tos kering*
150gm kacang tanah- digoreng tanpa minyak*
17 tangkai cili kering ( kalau suka pedas boleh tambah)*
3 ulas bwg putih*
15 biji bawang merah (kecil)*
1 sudu kecil asam jawa adabi
1/2 cwn gula ( kalau tak suka manis boleh kurangkan ye)
sedikit garam
7 keping biskut marie - dikisar halus
Air secukupnya
Cara:
- Goreng cili kering,bwg merah dan bawang putih sehingga layu sahaja dgn sedikit minyak..Bila dah layu angkat....ketepikan.
- Potong keledek menjadi kiub2 sederhana besar..Rebus keledek...Bila dah empuk angkat
, tos dan kisar semua bahan2 yang bertanda * sehingga hancur ( saya guna food processor)
- Masukkan dalam periuk bersama 5 cwn air dan masak sehingga mendidih.( boleh tambah air mengikut tahap kepekatan kuah rojak yang disukai ye..)
- Bila dah mendidih masukkan asam jawa tadi & juga gula serta garam secukup rasa..Kacau. rata...
- Bila dah cukup kesemua rasanya tambahkan biskut marie yang telah dikisar tadi...Masak lagi sehingga lebih kurang 40minit...Sentiasa kacau kuahnya hingga kedasar periuk...Jika menggunakan keledek yang berwarna putih kuahnya akan sedikit pucat...
- Bila semua rasa dah seimbang boleh laa diangkat dan dihidangkan




Kerepek Rangup
250gm tepung beras.
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 biji telur
Minyak untuk goreng.
Bahan-Bahan Perencah untuk dikisar:
5 ulas bawang putih.
5 biji buah keras.
1 sudu kecil biji ketumbar- biji ketumbar digoreng tanpa minyak seketika & dikisar
1 sudu kecil udang kering- direndam 1/2 jam & tos kering
350 ml santan
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa.
Cara Membuatnya:
- Kisar semua bahan2 perencah termasuk santan ye..
- kemudian campurkan dengan tepung beras & tepung ubi.. Kacau rata.. Kemudian masukkan telur... Kacau sampai adunan halus ye..kalau adunan pekat campurkan sikit air biasa.. Adunan ni cairnya kena macam adunan nak buat rempeyek ye..
- Panaskan minyak, bila minyak dah cukup panas, ambil beberapa senduk adunan dan tuangkan dikeliling ditepi kuali...
- Bila warnanya hampir keemasan kuning , kupil@kuis tepung itu dengan perlahan dan biarkan ia terapung ke tengah kuali...boleh balik2 kan bila ia dah keras supaya masak sekata.. Bentuknya mmg caca marba ye sbb time nak hidang pun kita akan patah2kan macam tu je..
- Bila cukup garing,angkat dan letakkan atas tisu dapur untuk menyerap minyak...
- Patahkan saiz yg dikehendaki dan taburkan ke atas rojak anda...




Cucur Udang*tak sempat buat
2 cawan tepung gandum
4 sudu besar tepung beras
1 mangkuk taugeh basuh bersih
1/2 mangkuk daun kucai - dikerat 2 inci pjg
1 biji cili merah di cincang
1 sudu kecil instant yis
1/2 sudu kecil serbuk kunyit / pewarna
2 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
Air untuk bancuh adunan secukupnya- jgn cair sgt ye
1 biji telur ( ambil putih telur sahaja)
Udang basah secukupnya untuk diletak atas setiap cucur
Cara Membutnya :
- Campurkan semua bahan kecuali telur, daun kucai,cili merah, taugeh dan garam...Gaulkan sampai sebati & perap selama 1 jam.
- Selepas 1 jam...Masukkan telur, daun kucai, cili merah, taugeh serta garam kacau rata...Panaskan minyak dan boleh mula goreng cucur.. Letakkan seekor udang diatas setiap biji cucur ketika cucur baru mula goreng, supaya udang melekat di cucur..




Cucur Kelapa*jugak tak sempat nak buat
Bahan2:
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepun gandum
1/2 cawan kelapa parut
3 biji bawang kecil di mayang halus,
1 biji telur
garam secukup rasa
1/2 sudu kecil soda bikabonat
Sedikit air
Cara2:
- gaul semua bahan...masukkan air sikit2 dan jadikan doh..
- sekira2 dah boleh dibulat2kan dgn tangan... cucurkan kedalam minyak yg telah dipanaskan dalam kuali..
- goreng hingga masak.. Angkat dan toskan..

Ini gambar dari tuan punya resepi rojak tu
Sangat rajin dan macam-macam diletak, kaknoor banyak derhaka sikit sebab tak rajin.


Time waktu macam ni meratah rojak memang sedap sangat.
Nak nak yang pedas adusss ditambah sotong kembang yang lembut menawan ni 
Memang cakap pun tak guna ye tak!!!


Rojak Cacamarba Rojak Cacamarba Reviewed by Unknown on August 16, 2016 Rating: 5

23 comments

  1. Aduhai KakNoor memanglah sedap rojak ni
    Ada orang dia letak mee pun sedap jugalah KakNoor, kakak suka:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke kakzakie boleh letak mee jugak bolehlah try lepas2 ni ada lgi kuah ni

      Delete
  2. sedapnya..ada kerepek rangup tu yg marbeles..

    ReplyDelete
  3. Perghhhhhh..
    Dah lama tak pekena rojak ni Kak Noor..
    Paling suka kerepek rojak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah disini kerepek tu yg paling larisss yatie

      Delete
  4. rojak kalau ada kuah kacang compom sedap...
    rajin betul k noor...

    ReplyDelete
  5. lamenya tak makan rojakkk :) kecurrr liurr ..

    ReplyDelete
  6. Knoor, eeee seronoknya, akhirnya dpt tau camane cara nak buat kerepek rangup tu, yg tu cukup kaw bila kena kuah rojak kan, saya baru buat rojak mggu lepas, tapi kuah kacang biasa je, dan takde kerepek rangup tu sbb tak tau camane nk buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah try lepas ni zimah buat kerepek rangup ru bjyak2 tau sbb ini yg paling laris

      Delete
  7. Baru jap tadi pekena rojak dan cendol bawah pokok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi best kalau pekena bawah pokok sambil angin menderu2 kann

      Delete
  8. aduh kaknoor, sedapnya petang-petang dapat rojak
    lama tak makan rojak ni
    sedapnya, sedapnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anytime Kb boleh menikmati rojak ni pagi kepetang layan

      Delete
  9. Sebiji beli kat kedai kak noor, sedapnya...
    Yang ni lagi sedap macam2 ada...

    ReplyDelete
  10. sedapnyaa rojak....
    saya nak save resepi kerepek rangup tu kak noor sebab tak pernah buat ...hihii tak pernah makan pun ,

    ReplyDelete
  11. Sedapnya KN.....Tapi saya rasa, saya malas nak buat ni tengok resepi KN pun saya dah tau hihi..... mcm banyak renyah je kejenya

    ReplyDelete
  12. Rasa lapar pula menjadi ni hehehe...

    ReplyDelete