Apam Nasi Gula Enau Wangi ~ Lazat ~ Lembut
Assalamualaikum dan salam isnin untuk semua nya.
Hari ni kaknoor nak kongsikan resepi yang mudah daripada nasi.
Dah selalu sangat buat apam nasi biasa tu, kali ni akak try gula enau untuk mencari kelaianan
Ternyata memang sedap dan lebih lembut rupa nya kalau kita guna gula enau ni.
Walaupun masuk keluar petiais sebab tak habis makan, tapi bila kita reheat semula dalam microwave apam ni tetap lembut dan sedap, akhir nya memang habis semua nya, anak kaknoor yang tak suka apam pun bila try apam ni jadi suka lah pulak..
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula boleh tambah atau kurang
3 sudu besar gula enau
1/2 peket yis mauripan
1 cawan nasi
1 1/2 cawan air
Kelapa parut putih secukupnya
Cara nya
Masukkan semua bahan kedalam mangkok besar kecuali nasi dan air, gaulkan dan ketepikan kejab
Kisar nasi hingga betul- betul hancur dan campurkan dengan bahan yang di gaul tadi dan biarkan sebati
Perapkan selama 3 jam atau lebih sehingga adunan naik dan ber awan
Panaskan kukusan terlebih dahulu
Masukan adunan dalam acuan dan kukuslah selama 10 ke 15 minit untuk
acuan yg kecil tapi kalau guna tray yang besar lebihkan masa kukusan lah
Dah masak gaulkan dengan kelapa parut yang telah dicampurkan sedikit garam
Hidangkan bersama minuman kegemaran
Selamat mencuba pada yang sudi ya.
Boleh buat menu berbuka petang ni pada yang puasa enam lah.
Menu breakfast pun sodap ni..
Apam Nasi Gula Enau Wangi ~ Lazat ~ Lembut
Reviewed by Unknown
on
August 03, 2015
Rating:
apam nasi ni unik...agak2 kalau gantikan gula enau dengan gula merah leh tak...:-))
ReplyDeletemasih ada tetamu beraya ke kak :-))
boleh lah yan tapi wangi nya takde lah macam gula enau tu, cuma maybe warna nya saja yang sama, ikut lah kalau tkde boleh saja yan sbb kita yg buat dia kan
Deletegula enau, tak pernah dengar..hehe
Deletekak minta sikit buat buka posa petang nanti..
ReplyDeletesama lah diana utk buka posa dua tiga hari lepas ni, mmg berketoi2 lesap nii
Deletesdapnya kak..:)
ReplyDeletetidak syak lagi nieza boleh buat lagi berkali2 ni
Deletesedapnya tgk
ReplyDeletekalau sedang lapar mmg takcukup tu Nurul haha
Deletesalams kak noor, nampak sedappppppppp......:)
ReplyDeletewaalikmslam Miza of course rasa pun sedapppp
DeleteSedapppnya kak noor..")
ReplyDeletethnx wana tidak syak lagi lembut dan menawan kalbu
Deletesalam singgah sini kak noor....sedapnya apam nasi...
ReplyDeleteterimakasih Mar sudisinggah sini
Deleteapam sedap ni buat sarapan pagi..mengenyangkan...
ReplyDeleteklaau duduk dlam umah saja mmg ok ni P makan apam ni kenyanggg
DeleteSalam Kak Noor? Pe kabo?
ReplyDeletewaalikmuslam SS kabo nya warasssss SS tentu sihat kan cuma masa kaknoor je yg mencemburui hehehe
DeleteApam nasi..sedap tu
ReplyDeletetime posa2 selalu tak habis nasi cheqda maka nya jadi lah apam nasi
DeleteKak zai suka makan apam tapi bukan dengan kelapa tapi kuah kari.
ReplyDeleteaduh pelik lah kakzai belum pernah makan apam dgn kuah kari lagi mesti cuba ni manis + pedas camno tu kak zai
Deleteselamat hari raya kak noor....pekabo?? hihihi...lama xmkn apam nasik ni....sedapnyerrrr..mkn time panas2 sedap nih kan....
ReplyDeleteGula enau tu mcm mn ekk...1st time dgr nama gula ni
gula enau? perlu terbang ke Brunei lah cari gula ni...kt msia x pernah dgr
ReplyDeletenampak sedap la kak/.. kena cuba jugak resepi ni
ReplyDelete