Sambal Telur Polos Pengalas Kekosongan Perut



Assalamualaikum dan salam sabtu semua nya yang masih sudi singgah di blog kaknoor.
Harapan semoga kalian sihat walafiat disamping tugasan apa saja, tapi surirumah lah yang paling sibuk sebab tiada istilah cuti, kerja dari se awal sebelum subuh sehingga ke tengahmalam, kalau ada anak yang masih kecil mesti nak pastikan anak-anak tidur baru lah kita dapat rehatkan badan.  Tapi alhamdulillah walaupun tiada cuti, kerja round the clock seandainya kita redho insya ALLAH pasti ada ganjaran menunggu.  Berbalik resepi hari ni disebabkan terlalu sibuk jadi menu hari ni pun yang mudah-mudah saja, sambal telur polos pengalas perut.

Bahan nya
3 biji telur di rebus sehingga masak lebihkurang 6-7 minit
3 ulas bawang merah tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
1 sudu jintan manis goreng dan tumbuk
10 biji cili kering di rebus dan di kisar ( nak tambah terpulanglah)
2-3 sudu besar minyak utk menumis
1 sudu kecil paste asam jawa
sedikit garam dan gula

Cara nya
Panaskan kuali masukkan minyak dan tumislah bahan tumbuk sehingga garing dan wangi.  Tambahkan cili kisar dan masaklah sehingga cili pecah minyak atau kering air nya.  Masukkan paste asam jawa, gula, garam dan air secukupnya.  Masaklah sehingga mendidih dan pekat ikut keselesaan family masing-masing. Kalau suka sambal yang agak cair boleh tambah sedikit air lagi.  Bila dah secukup rasa curahkan lah pada telur yang telah di rebus tadi.

Sambal telur ni sedap di makan bersama nasi lemak atau nasi putih biasa.  Kalau sedang lapar sambal telur ini lah pengalas kekosongan perut, terasa begitu nikmat sekali kan., walaupun hanya dengan satu menu sahaja.



Sambal telur ni sedap di makan bersama nasi lemak atau nasi putih biasa.  Kalau sedang lapar sambal telur ini lah pengalas kekosongan perut, terasa begitu nikmat sekali kan., walaupun hanya dengan satu menu sahaja.  Nak meriah sikit boleh lah tambah dengan ulaman kegemaran, tak payah nasi lemak pun ok sambal ni digandingkan dengan nasi putih biasa je.

Sambal Telur Polos Pengalas Kekosongan Perut Sambal Telur Polos Pengalas Kekosongan Perut Reviewed by Unknown on August 01, 2015 Rating: 5

9 comments

  1. sedapnya sambal telor dimakan dgn nasi lemak noor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 tingin nk makan dgn nasi putih P ok jugak kan kita yg buat dia haaha

      Delete
  2. gambar itu betul2 hidup la..memanggil2 je rasanya...sedapnya..

    ReplyDelete
  3. Memang memikat selera ni, Kak Noor.

    Salam Syawal, Kak Noor :)

    ReplyDelete
  4. salam singgah pagi kak noor....sedapnya...

    ReplyDelete
  5. Menarik hidangan mudah untuk vegetarian.
    Moga tak terlambat nak salam raya dengan Kak Noor.

    ReplyDelete
  6. hidangan mudah yang memikat selera..

    ReplyDelete
  7. ohh..resipi kak noor ni...blend cili tanpa bawang eh....biasa JM buat blend cili kering bersama bawang London tapi...patutlah JM buat x sedap...sambal x rasa pedas...okeyy...esok nk try tapi telur nak ganti ikan bilis

    ReplyDelete