Jom Melawat Kebun Tepi Rumah Kak Noor
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua nya.
Baru berkesempatan bersihkan halaman rumah lepas raya ni.
Bulan puasa dulu sebelum nak raya biasa lah kan mesti bersihkan jugak.
Nampak bunga-bunga berkembang yang hampir tidak di pedulikan oleh tuan umah.
Kesian bunga melur tu yang sekuntum macam merajuk je tak mau berbunga kan..
Bunga telang pulak walaupun tak di pedulikan masih jugak mampu bertahan berbunga sepanjang masa, sampai kekadang ada kenkawan yang datang ambil utk masak nasik kerabu, alhamdulillah dapat jugak sedekah utk yang pandai menggunakan nya, walaupun sekadar bunga telang je kan...
Ni mesti semua dah tau kan bunga ulam raja, bukan saja untuk raja -raja je tau ulam ni, untuk rakyat jelata jugak ni boleh makan kan hahaha...
Ni pulak bunga pokok sawi yang agak pahit daun nya, tapi bunga nya cantik dan comel sebab itulah jadi sasaran camera kak noor..
Sayur kailan yang dah beberapa kali petik, tapi masih lagi boleh mengeluarkan pucuk - pucuk baru, alhamdulillah terimkasih jugak pada rakan fb yang sudi hantar benih ni pada kak noor.
Cili Thailand kalau takda pokok cili memang tak sah, selain dari cili putih tu akak jugak suka tanam cili ni, kekadang bila kehabisan cili boleh petik cili kat luar rumah..
Ini lah satu pokok yang agak musykil dah lama kaknoor tanam, sampai dah tak ingat apa sebenarnya khasiat dan kegunaan nya, memang cantik dengan bunga nya berjuntai 2 tu, cuma nya tak ingat je nak buat apa dengan pokok ni hahaa haru sungguh kan, nak buang sayang, kot2 kegunaan nya hebat susah pulak nak cari nanti.
Kak berharap sangat kalau ada adik-adik blogger atau silent reader kaknoor yang tau apa khasiat pokok ni dan nama nya sekali boleh kongsi ok,
Hajah Denah kaknoor tau kita selalu baca blog kaknoor kan, tau tak apa nama pokok ni?
Yang lain jugak kalau tau boleh lah cerita sedikit sebanyak apa nama dan khasiat ok, kalau tak memang nak kena tebang jugak lah ni..
Jom Melawat Kebun Tepi Rumah Kak Noor
Reviewed by Unknown
on
August 10, 2015
Rating:
Salam kak noor..alahai...pokok apa erk yg last tu..SA kurang pasti plak...
ReplyDeletetkpe nanti mana tau ada yg tau asal usul pokok ni SA tqvm ya sudi singgah sini
ReplyDeletePokok tak tahu kot namanya..huhu..
ReplyDeleteAsalamualaikum kak..selamat mlm
amboiii yan ade ke nama pokok tak tau , selamat malam yan waalikmusalam warah matullah
Deletebanyak juga tanaman ediblle garden noor ya..senang petik saja bila perlu...xkenal juga pokok yg last tu...unik bunga n daunnya.
ReplyDeleteyelah P dulu masa tanam memang tau apa nama nya, tapi biasa lah dah tua2 ni mudah lupa langsung tak ingat
Deleteslm kak noor!lama xmenyinggah.wah,byk juga bunga kt rmh kak noor yer..rse mcm nk lukis jer...ummul suka lukis bunga..
ReplyDeleteitu la Ummul kaknoor pun lately sibuk sngt, wahhh pelukis ke ni besttt nye sila lah lukis nanti tunjukkan kaknoor tau
DeleteTeringin juga nak menanam tapi entah bila nak mula .
ReplyDeletebila dah mula mesti tak mau stop wan hehe..
DeleteSalam kenal Kak Noor.. follow sini juga.
ReplyDeleteterimakasih jugak dari kaknoor sudi follow kaknoor ya
Deletemeriahnya laman kak noor, suka saya suasana hijau gini.. selalu tanam pokok tak menjadi je kenanpa ye kak?
ReplyDeletetanam lah yg senang2 dulu Nazle insya allah bila dh yg mudah menjadi boleh lah try yg agak susah sikit..
DeleteThanks for sharing, kak Noor. Suka tengok your garden, subur sangat <3
ReplyDeletexoxo
akak lagi jeles ur garden Muna, ala punya biasa2 je ulaman yg mudah2 di tanam last2 sampai tak ingat nama nya hahaa
DeleteKak Noor, bunga melor kat rumah saya yang jenis kuntuman kecik dan tak berlapis cam kak Noor punya ni... tapi sekali berbunga harumnya semerbak sampai dlm rumah.
ReplyDeleteakak pun nak jugak yg jenis kecik tu sweetie tapi lom terjumpa lagi nak buat koleksi lah kononn ni
Deleteooooo...bunga melur cenggitu rupanya....baru tauuu....hihih
ReplyDeletebunga melur ni wangi Deanna i tell u
DeleteBanyak pokok utk masak keliling rumah noor. Kak zai hanya serasi dgn pokok bunga klau yang lain tak mau menjadi.
ReplyDeletesaya pulak serasi dgn pokok ulam ni kakzai, kalau pokok bunga selalu KO jugak
Deletewahhh... kak noor.. bestnya tanaman kat rumah kak noor. inspirasi untuk saya ni.. saya pun ada tanam kailan dan sawi, cili, ulam raja.. pastu pokok2 herba oregano, rosemary, basil.. bestt kan kak noor... bila nak kita petik je.. rasa sangat freshhh! :))
ReplyDeleterupa nya kita sama serupa Lia, suka menanam, akak pun ada oregano rosemary basil nanti sesekali akak tunjukkan hehe puas hati kalau dpt makan hasil tanaman sendrii kan
Deleteassalam kak nor,
ReplyDeletepokok tu nama di tmpat saya dipanggil pokok sepanjang.
sangat sedap dibuat masak kerabu selepas dicelur hingga lembut..rasa pahit2 sedap
khasiat sangat bnyak untuk org perempuan..arwah ibu selalu ingatkan saya ttng kebaikannya.
waalikmuslam zizah
Deleteterimakasih ya rupa nya nama nya sepanjang ke?
boleh buat kerabu ke bunga nya tu
insya allah nnti suatu hari kaknoor buat kerabu mmg sedap kalau pahit2 sikit
apa lagi kalau ada kebaikan mesti tak tebang punya lepas ni
Salam singgah sini kak noor...wahh....bnyaknya tanaman kat belakang rumah kak noor...
ReplyDeletedah hobi Mar segala jenis ulaman ada kat umah kaknoor kalau tak silap dalam belasan jenis lah ulam2 keliling umah
Deletecantiknya tgk..msti tnang ja kt umah kan...
ReplyDeletealhmdulillah Lin akak suka tengok tanaman hijau kt umah kdg2 syg nak ambik tuk makan hanya suka2 tengok
DeleteAssalamualaikum Kak Noor,
ReplyDeleteCantik sungguh hasil tanaman akak.. Tanaman saya tak menjadi sebab cuaca panas sangat.. Sedih.. Bila tengok hasil tanaman Kak Noor saya mula bersemangat semula.. :-)
jom LZ bekebun semula yukkk, cuaca panas kena selalu siram lah insya allah menjadi jugak tu
DeleteBunga-bunga di laman KakNoor special.
ReplyDeleteKalau dekat kakak nak minta bunga telang boleh buat nasi kerabu sebab kakak ni selalu buat guna pewarna sebab tak ada pokoknya.
Hahaha... KakNoor, saya nak juga komen walaupun satu bunga yang ada di taman larangan KakNoor ni saya tak tahu. Maklumlah saya spesies tak berbudi pada tanah. Rumah pun atas langit, takda tempatlah nak berbudi pada tanah ni, Kak Noor... (alasan, alasan....)
ReplyDeletebunga-bunga cinta ehhh heeeee
ReplyDeletesejuk mata memandang...kalo jiran sebelah kan bagus boleh tumpang tgk...hehhehe
ReplyDelete