Asam Pedas Ikan Kembung & Bendi Jugak Mangga Manis
ASSALAMUALAIKUM
Salam sejahtera untuk semua nya.
Happy weekend dan selamat bercuti untuk warga Brunei kerana minggu ni hari cuti sekolah walaupun hanya seminggu saja , tapi alhamdulillah sekurang-kurangnya dah kurang sibuk sikit dari biasa dan yang penting dapat update blog kesayangan ni kan..
Jom tengok resepi hari ni, resepi yang tak dapat tidak seminggu mesti sekali atau dua kali masak ni sebab ramai sangat peminat dengan asam pedas ni.
ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG
Bahannya
Beberapa ekor ikan apa saja dibersihkan
3 sudu besar air asam
1 sudu kecil jintan putih serbuk
1 sudu kecil lada hitam serbuk
beberapa biji cili besar hijau dan merah
beberapa biji bendi di bersihkan
sedikit daun kesum
sekuntum bunga kantan
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam dan gula
Bahan kisar
15 biji cili kering
2 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 biji buah tomato
Cara nya
1. Panaskan kuali masukan sedikit minyak dan tumislah bahan kisar sehingga wangi.
2. Kalau terlalu pekat masukan sedikit air dan masaklah sehingga cili betul-betul masak.
3. Kemudian masukan serbuk jintan, serbuk lada hitam, asam jawa, kacau rata.
4. Masukkan daun kesum , bendi, bunga kantan dan masaklah sehingga kuah pekat dan keluar minyak.
5. Tambahkan dengan garam dan gula secukup rasa. kalau suka berkuah tambah lah air secukupnya.
6. Lepas tu masukan ikan dan cili besar masaklah sehingga mendidih dan ikan lembut.
7. Tutup api bila dah secukup rasa.
Lepas makan yang podeh-podeh tu apa kata kalau kita berdessert dengan buah mangga yang manis ni, memang terangkat kalau makan buah mangga ni manis dan fresh from belakang rumah hahaha..
SELAMAT MENJAMU MATA
JANGAN MARAH HA....
Asam Pedas Ikan Kembung & Bendi Jugak Mangga Manis
Reviewed by Unknown
on
September 05, 2015
Rating:
Asalamualaikum kak...happy weeken
ReplyDelete:-))
Asam pedas ikan kembung ni tak cukup 2 ekor kalau yan...suka ratah....sedap...
waalikmuslam yan
Deletebetul tu akak pun suka meratah tau last2 tak makan nasi hee
sedapnya asam pedas..
ReplyDeletepencinta asam pedas ni Ummul sekeluargaaa
DeleteSalam singgah kak noor ,,lama x singgah sini..wani buat asam pedas x pernah letak jintan putih.. Unik yg kak noor buat ni hiii
ReplyDeletewani kalau letak jintan putih lebih wangi kaknoor suka tapi mesti di goreng tanpa minyak dulu jintan putih tu baru di kisar
Deletewah..sedapnya asam pedas dh lama tak makan
ReplyDeletecuba try resepi ni Nurul mesti bestt
DeletePerghhhh..terangkat menu kaknoor ooii!
ReplyDeletehahaha doc Ina jom ber asam pedasss yuk meratah pun best ni
Deleteasam pedas ikan kembong sedap ni..terutama kalau ikan segar..
ReplyDeleteikan segar manis kan P waduhhh mmg tak cukup nanti sepeyok
Deletesalam singgah sini kak noor...sedapnya as pedas ikan kembong masakkan kak noor...terliur2 diana tengoknya kak noor...
ReplyDeleteselamat malam diana
Deleteesuk cuti boleh lah try buat asam pedas ni kalau sudi
Sedapnya asam pedas.. Lame dah tak makan, org melaka tk de sini.. Hehe
ReplyDeletemmg sedap asam pedas wawa hari2 pun ok kalau kat umah kaknoor
Deletesedapnyaaa asam pedasss
ReplyDeletetulah nisyak yg sedap ni takut terlajak nasik la pulak
Deletebaru je smlm masak asam pedas ikan pari....masam tu yg sedap
ReplyDeletemakan masam memang sedap JM asalkan jgn muka masam dah lah hehee
Deletesedapnyer asam pedas....
ReplyDeletefav family ni nanie asam pedas bila2 pun ok je
Delete