Double Baked Potato Ku Montok & Sedap
ASSALAMUALAIKUM
Selamat pagi untuk semua nya dah lama akak tak letak resepi kat sini kan.
Ni pun resepi tersimpan dalam dalam draft masa anak-anak kaknoor balik bercuti baru ni, mcam-macam depa nak makan, sebenarnya kentang ni boleh saja kita letak apa saja yang ada kat rumah asalkan sesuai rasa nya, dalam inti nya kaknoor letak sikit cili flakes untuk pedas kan lagi sebab kalau takde rasa pedas memang kurang sedap ...
Bahan nya
- 6 Biji Kentang
- Segengam Daging Cincang/ayam cincang
- 1 Ulas Bawang Putih dicincang
- 2 Biji Bawang Kecil dicincang
- 5 Sudu Sos Cili/cili flakes kurangkan kalau tak suka
- 3 Sudu Mayonese
- 1 Sudu Minyak Masak
- 1/2 Cawan Susu Segar
- Cheddar cheese slice secukupnya
- Garam Secukup Rasa
Cara nya
1. Kentang dibersihkan kulitnya nya dan di bakar sehingga lembut kemudian sejukkan.
2. Potong kentang kepada dua dan korek guna sudu ditengahnya.
3. Kemudian susun dalam loyang dan ketepikan.
4. Isi kentang bahagian tengah diblend bersama susu dan sedikit garam, ketepikan.
5. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang kecil sehingga naik bau wangi.
6. Masukkan daging cincang dan masak sehingga daging lembut dan air kering.
7. Masukkan sos cili dan garam secukup rasa, gaul sebati dan tutup api.
8. Biarkan daging jadi suam dan gaulkan bersama mayonese.
9. Campurkan kentang blend dan inti daging, gaul rata. Masukkan kedalam kentang, letak cheese.
10. Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 10-15 minit

Reviewed by Unknown
on
September 22, 2015
Rating:
sedapnya tengok jer dh teringin nk cuba...tq resepinya.
ReplyDeletetak susah P boleh try anytime je
Deletetelan2 ailio kita menengoknya Kak Noor.. bila mahu dicuba ini ya??
ReplyDeletekalau Seri buat mesti lebih montok2 sbb tart cheese dah trover montok kalau Seri punya suka kakak tengok lah
Deleteassalam kak..
ReplyDeletehaihh...terliur ler plakkkk tgk akak bakar2 kentang nehhh... x bleh jadik camnihh..
kene buat jugak nihh >___<
benda muda je Juls boleh try anytime bila teringin nak bako2
DeleteKreativiti nak menghias pun penting utk membuka selera yg nak makan kan KakNoor
ReplyDeleteItulah yg kakak suka tengok resepi KakNoor.
terimakasih kakzakie aduss melambung sekejab kaknoor ni kena puji oleh kakzakie hahaha
Deletealaaa....tegnok gmbr terus lapar...sedapnyerrrrrrrr
ReplyDeletemesti tengok tang montoknya tu kannn
DeleteBolehlah kak Zai cuba bila tetamu dtg nanti tq for the resepi noor hehe...
ReplyDeletesilakan kakzai mmg tetamu happy apa lagi kalau dpt yg montok gini
DeleteResepi baru ni..lain kali bole try ;-))
ReplyDeleteInsyallah
Yummy ...makan yang ni jer pun dah cukup kenyang dan zat nya...
ReplyDeletemenarik betul resepi ni kak noor
ReplyDeletekak noor ni kan...resipi apa yg x pandai masak..petik jari je semua..ishh..kalau JM dapat jadi menantu kak noor kan best hihihi
ReplyDelete