Sticky Chicken Wings Yang Tersangat Lah Sedap You



Assalamualaikumn dan selamat petang semua nya.
Ini resepi semalam yang tersangat lah sedap sehingga 2x kaknoor masak sehari sebab dah habis licin selicin nya untuk malam memang dah boliaw betul lah.  Nasib baik masih ada sayap ayam tu nampak nya kalau masak gini mesti kena 2 kilo ayam lah sehari ni kan haha..

Resepi nya tak lah susah sangat pun jom tengok resepi jom!!



RESEPI STICKY CHICKEN

Bahan nya
1 kilo sayap ayam
1 inci halia di parut
5 ulas bawang putih parut
1 sudu besar minyak jagung/bunga * kaknoor guna air fryer minyak memang sedikit je*
1 sudu besar serbuk lada hitam tumbuk
sedikit cili flakes *optional tak nak pun ok
6 sudu besar madu
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin

Cara nya
1.  Sayap ayam yang telah di bersihkan dan di gaul dgn kunyit dan sedikit minyak, masukkan dalam air fryer dan masak selama 20 minit dan keluarkan.
2.  Panaskan sedikit minyak dan tumis lah bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
3.  Kemudian masukkan ayam yang telah di *air fryerkan* tadi.
4.  Pada yang takde air fryer masak ayam biarlah sehingga separuh masak atau 3/4 masak ya.
5.  Akhir sekali baru lah masukkan semua sos, kicap dan madu, masak dengan api yang perlahan.
6.  Kak Noor letakkan sedikit bijan dan daun rosemary untuk wangikan ayam tu.
7.  Api dapur jangan terlalu kuat sebab biasa nya kalau ada madu memang mudah hitam ayam nya.
8.  Bila semua sos dah bersalut tutup lah api dan sedia dihidangkan bersama nasi putih.

MEMANG SEDAP SANGAT STICKY CHICKEN NI SEKALI MAKAN JE DAH HABIS SEKILO SAYAP, SEJARAH SEHARI 2X MASAK STICKY CHICKEN NI SEBAB DAH LANGSAI KESEMUA NYA.





Kalau ada yang tak sabar nak buat sila check kalau ada madu kat umah memang dapat dah mencuba tu, sebab bahan lain rasa nya memang semua orang dah ada kan, tak rugi mencuba ni, anak-anak kaknoor suka sangat meratah ni ...


Sticky Chicken Wings Yang Tersangat Lah Sedap You Sticky Chicken Wings Yang Tersangat Lah Sedap You Reviewed by Unknown on September 10, 2015 Rating: 5

25 comments

  1. sedap dimakan begitu saja...nyum, nyum..kalah kfc..

    ReplyDelete
  2. wah sedap sgt tu hingga licin pinggan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah P biasa nya I boring dok makan ayam2 saja tapi sticky ni the best boleh makan pulak berketoi2

      Delete
  3. waaahh.. nmpk sedapnyer.. satu hari kena cuba jugak

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaaaaaa...nnt nak try la...tq kak nor utk resepi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome wahida boleh try nanti mesti berbaloiii

      Delete
  5. Salam singgah petang kak noor..sedapnya...nanti kena beli ni sayap ayam...hihi

    ReplyDelete
  6. Wahhh....nampaknya bakal dicuba jugak ni Kak Noor....mcm dap jer

    ReplyDelete
  7. Kepak ayam memang kegemaran Mak Long. Sayang di tempat kami tidak jual kepak ayam halal! Masakan kepak bercili di sini dipanggil buffalo wings.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best kan maklong kepak ayam ni tak banyak sngt isi tu lah yg buat jatuh cintan cintun tu..
      btw mak long tinggal kat mana ya sorryyy kaknoor tak perasan pulak

      Delete
  8. alaaa...kak noor...terus lapar bila tgk gbr nihh...sedapnyerrrrrr lahaiiii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor nak aktifkan semangat siapa yg suka masak ni Deanna mmg tak nafikan lagiiii tersangat lah sedap ni

      Delete
  9. terliur aish... madu ada, semua pun ada.. cuma bahan ayam xdak.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syida, dah beli belum bahan ayam tu??? jgn lambat sangat tau rugi tak rasa ayam sticky ni

      Delete
  10. ayoyoyo..kena cuba buat ni..menyelerakan sungguh nampaknya.

    ReplyDelete
  11. Nampak tempting sangattttt! Ini resepi guna air fryer hadiah birthday Kak Noor ye :)

    ReplyDelete
  12. tgk dh tahu sedap kak nir...ishhhhh...kenapa kak nor duduk jauh sgt..jika x kalau boleh hari2 nk minta kak nor masak kan

    ReplyDelete