Peri-Peri Chicken Air Fryer With Fresh Oregano Untuk Dua Orang Anakanda Yang Nak Terbang Hari Ni
Assalamualaikum dan selamat pagi .
Ini menu semalam anak-anak minta menu ayam peri-peri ni sebab petang ni dua orang anakanda kaknoor dah nak berangkat semula ke UK, untuk melanjutkan lagi sessi kuliah yang belum habis.
Dah jadi kebiasaan sehari sebelum balik memang makan sedap hehee kaknoor suruh minta lah apa yang diaorang nak makan, jadi ayam peri-peri yang menjadi pilihan maka jadi lah macam dalam gambar ni, cuma kali ni kaknoor masak menggunakan air fryer lebih mudah.
BAHAN NYA
1 ekor ayam di bersihkan di potong 4 disini kaknoor guna paha
6 biji cili padi (ikut kepedasan masing2 nak tambah atau kurang)
1 biji cili capsicum
1 biji lemon di perah ambil nya
2 sudu besar paprika powder
2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk oregano kaknoor guna oregano fresh di cincang
1/2 sudu kecil serbuk cili merah
3 sudu besar minyak sayur
5 ulas bawang putih
4 sudu besar cuka
1 sudu besar lada hitam tumbuk
1/4 sudu kecil pewarna merah atau oren
CARA NYA
1. Kisar cilipadi, capsicum, bawang putih, masukkan air lemon, paprika, garam,serbuk cili merah, cuka, lada hitam dan pewarna dalam bekas besar.
2. Kacau sebati tambahkan dengan potongan daun oregano fresh dan ayam, gaul rata dan peraplah selama 1 ke 2 jam.
3. Panaskan kuali tak melekat panggang lah ayam tadi sehingga kekuningan sebelah luar nya, lepas tu baru lah dimasukkan dalam oven untuk masak sepenuhnya selama 30-40 minit dengan api 170'C.
4. Lebihan marinade tadi ditambah dengan sedikit air dan masak lah sehingga pekat.
5. Boleh lah dihidangkan bersama ayam peri-peri ni.
Disebabkan dah ada air fryer yang anak-anak hadiahkan masa birthday baru ni, kaknoor pun guna lah air fryer je untuk ayam peri-peri ni, tak perlu guna minyak banyak untuk menggoreng, lagipun rasa ayam nya lebih lembut, tak payah tunggu hanya adjust time je, sementara tu kita boleh buat kerja lain hehee mudah kan sekarang ni.
Pada yang ada air fryer boleh lah masukkan ayam yang telah di perap tadi kedalam air fryer, set kan time 20 minit je dengan suhu nya 180'C kemudian dah siap, mudah dan tak memenatkan...
Memang sedap sangat ayam peri-peri ni boleh di makan dengan nasi putih atau nasi minyak, tapi rasa nya dengan nasi putih the besttt...
Sebenarnya ayam ni ada lah ala-ala ayam Nandos dari Uk tu, kaknoor dapat resepi ni pun dari anak kaknoor jugak, alhamdulillah bila-bila masa buat ayam ni memang licin..
Ini ada lah pokok oregano masa mula-mula kaknoor tanam dulu, sekarang ni dah jadi beranak pinak dah tak sempat kaknoor nak ambik gambar, insya ALLAH suatu hari kaknoor ambik gambar laman oregano ni ya memang cepat membiak oregano ni., best kalau dapat masak menggunakan yang fresh macam ni lebih wangi..
Peri-Peri Chicken Air Fryer With Fresh Oregano Untuk Dua Orang Anakanda Yang Nak Terbang Hari Ni
Reviewed by Unknown
on
September 15, 2015
Rating:
sedapnya..first time tengok pokok oregano, cantik daunnya..
ReplyDeletemmg sedap nohas cantik dan wangi daun oregano ni pada yg suka herba
Deletealahai..sdapnya kak..:)
ReplyDeletemesti try ni dear Nieza rugi tau
Deletesedapnya...senang2 nak cuba la.
ReplyDeletecantik pokok oregano...tak penah tgk lagi b4 ni
biasa tengok yg kering kan yan, kalau dkt kaknoor nak kasi suruh tanam oregano mudah sngt dia tumbuh
Deleteassalam kak noor..kat mana akak dapt benih oregano ni..
ReplyDeletewalikmuslam Rozi, akak kawan yg kasi pokok ni, tapi bila dia besar sikit kita dpt tanam guna dahan nye saja mudah sngt nak tumbuh asalkan kesa siram selalu
Deletemcm nk mtk satu peha jaa...
ReplyDeletehihii...
takyah nak mintak2 Syapex cer buat saja berpaha2 dpt makan tak cukup ni satu paha hehe
DeleteSekali ni kak Noor tak ikut ke anakanda berdua tu balik ke UK...
ReplyDeletekali ni belum ikut lah Sweetie insya Allah tahun dpan kot jalan UK sbb salah sorang dari dua tu graduation dan kakaknya yg PhD tu pun grad jugak jadi mesti nak tengok kan, kalau kali ikut tangan kosong je belum ada yg grad hehe
DeleteMesti sampai UK anak-anak teringat balik masakan bonda mereka
ReplyDeleteKakak ada pokok ini kakNoor tapi tak tahu guna utk masak. Lepas ni nak cubalah
Biasa kakak guna utk jelum kepala anak bila dia demam.. alahai betul kakak ni tak tahu..
alhamdulillah kakzakie anak2 dah sampai UK cuma belum sampai umah masing2 je lagi
Deletewah ada ke pokok ni ohh boleh guna utk jelum kepada ke tak tau pulak kaknoor
boleh lah lain kali try
salam singgah sini kak noor...wahh....sedapnya ayam peri-peri...diana pun baru tengok dan tau tentang pokok oregano ni kak noor....
ReplyDeleteya diana mmg sedap sngt ayam peri2 ni mesti guna daun nya yg fresh baru best tapi kalau tkde pun guna yg kering pun sodapp
Deletesuburnya pokok oregano kala buat ulam sedap kot ni yer..
ReplyDeletebelum pernah buat ulam lagi P boleh try jugak ni
DeleteSedapnya!
ReplyDeletealhamdulillah Tengku Sofia sedap sangat boleh try nanti
Deletewah fresh oregano tu kak noor.. terbaik!
ReplyDeletebest oregano sendiri tanam sendiri makan Jasmarina
DeleteWah geramnya tgk ayam peri tu..kebetulan pulak semalam boss belanja makan kat Nando's, dapatlah merasa peri2 chicken ni..
ReplyDeleteOregano tu yg org letak dalam spagheti tu kan?
DeleteLagi senanglah nak masak guna air fryer.. :)
DeleteBahan yang lebih fresh memang lagi umphhh kan.
ReplyDeletesalams jumaat kak noor,
ReplyDeletesedapnya tengok :)
Gemuknya pokok oregano tu..yan biasa pakai yang ada jual kat kedai kek..
ReplyDeleteManalah akak dapat benihnya tu