Auntie Anne's Copycat Cinnamon Sugar Pretzel Bites

Assalamualaikum dan salam jumaat untuk semua nya.
Dah lama buat pretzel bites ni tapi baru berkesempatan untuk translate resepi nya.
Biasa lah kalau resepi baru nak translate memang makan masa jugak lah.
Tapi alhamdulillah berbaloi dan sedap sangat macam Auntie Anne's
So far 2x buat dalam masa tak sampai seminggu, cornfirm sedap sangat, tak percaya tanya IMan ni.

Sebenarnya pretzel bites ni anak kaknoor Madihah yang buat, dia ni memang kalau baking-baking macam ni memang agak rajin, jadi kaknoor lepaskan sepenuh nya pada dia, alhamdulillah menjadi dan sedap.



Iman paling suka makan pretzel ni, sampai bila dah habis pun minta lagi roti yang makcik buat hahaha 




BAHAN-BAHAN: 1 1/2  cawan tepung roti 1 cawan tepung gandum 2 sudu besar gula 2 sudu besar gula perang 1 sudu kecil garam 1 cawan air suam 1 pack (7 g) instant yeast 1 sudu besar minyak
AIR CELUPAN: 3 cawan air panas 5 sudu besar baking soda
SALUTAN: 1/2 cawan mentega - dicairkan 1/2 cawan gula 1 sudu besar serbuk kulit kayu manis
SALUTAN CREAM CHEESE: Kurang rajin nak buat haha 125 g cream cheese (suhu bilik) 2 sudu besar mentega (suhu bilik) 1 cawan gula icing 2 sudu besar whipping cream 1/2 sudu kecil vanilla extract




CARA-CARA: • Campurkan 1 cawan air suam dgn 2 sudu kecil gula serta yeast. Gaul dan ketepikan selama 10 minit (campuran akan berbuih) • Masukkan campuran yeast tadi ke dlm mixer, serta kedua-dua gula, garam dan minyak. Pukul hingga sebati. • Masukkan kesemua tepung roti dgn perlahan sehinga sebati. • Tukar ke doh hook dan masukkan tepung gandum. Uli sehingga doh menjadi elastik dan sedikit melekit. • Pindahkan doh ke mangkuk besar yg disapu dgn mentega dan tutup dgn plastik cling wrap. Biarkan doh naik selama 60 minit sehingga saiz doh menjadi dua kali ganda. • Sementara itu, kita sediakan salutan cream cheese. Masukkan cream cheese dan mentega dlm mangkuk dan pukul sehingga campuran lembut dan gebu. • Masukkan gula icing dan vanilla extract sehingga sebati. Akhir sekali, masukkan whipping cream dan pukul selama 2 minit. Biarkan campuran sejuk di dlm peti ais utk dipakai nanti.
• Panaskan oven ke suhu 210C, dan sementara itu kita sediakan campuran utk salutan roti nanti. Masukkan campuran mentega yg telah dicairkan tadi ke dlm mangkuk dan dlm mangkuk berasingan, campurkan gula dan serbuk kulit kayu manis, ketepikan. • Setelah doh naik, pukulkan doh tadi dan keluarkan ia dari mangkuk. Bahagikan sama rata jadi 6 bahagian dan tutup dgn tuala. • Dlm mangkuk berasingan, masukkan air panas dan baking soda dan campuran akan berbuih. Campuran ini akan dipakai setelah doh siap diuli. • Ambil 1 bahagian doh tadi dan gulung sehingga menjadi tali panjang dlm 24 inci. Potong menjadi 1 inci keping saiz gigitan dan celup kepingan ini ke dlm campuran baking soda tadi. Setelah itu, letakkan kepingan-kepingan ke dlm tray yg dilapik dgn baking sheet. Bakar selama 8-10 minit sehingga kepingan nampak kekuningan perang. • Setelah siap dibakar, celupkan kepingan tadi ke dlm campuran mentega cair selama 2 minit sehingga ia menyerap, setelah itu barulah disalut dgn campuran gula icing/serbuk kayu manis. • Hidangkan cinnamon bites dgn celupan cream cheese tadi.

Sorry kalau translation nya agak kurang memuaskan ..



Gambar ni kali pertama buat sikit je tinggal nya ...




Ini dah kali ke dua Iman makan dengan selera sekali..




Memang lengkap lah dessert hari ni siap dengan model nya sekali kan..
Jangan tunggu lama-lama untuk mencuba tau
Anak-anak memang suka ni, itu pun belum buat yang cream cheese tu, kalau tak memang tak sempat nak tengok gamak nya kan..


Auntie Anne's Copycat Cinnamon Sugar Pretzel Bites Auntie Anne's Copycat Cinnamon Sugar Pretzel Bites Reviewed by Unknown on July 29, 2016 Rating: 5

17 comments

  1. WAH IMAN BERSELERA MAKAN JGN HABISKAN TINGGAL SEKETUL JE KAT MAKTOKNYA HEH....HEH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iman sngt suka ni P nnt kena buat lagi lah nmpk nya ni

      Delete
  2. Kalau ada cream cheese, tak sempat nak angkat dah habis, KakNoor!

    Comelnya model KakNoor guna untuk makan pretzel ni ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu MD tunggu bila rajin lgi boleh lah buat yg cheese pulak, tpi dah rasanya kena buat byklah ni

      Delete
  3. Lain kali gunakan model cute ni utk hidangan KakNoor
    Ada model nampak lagi menyelerakan:)
    Macam anak Korealah KakNoor - putih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kakzakie nnt kena cari menu yg Iman sukalah ni supaya dpt jadi model lagi
      Anak korea tu mmg dah selalu Iman dpt gelaran macam tu kakzakie mix biasalah mcm1 boleh jdi ye dak

      Delete
  4. memang sedap sangat tu tengok model nya makan pun dah tau ...comel sangat budak korea tu kak noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Model ni jarang minta makanan yg jenis mcm ni Saniah, tpi pretzel ni siap minta "nak huti yg makcik buat" haha confem dh ni sdppp

      Delete
  5. Wah Iman tersenyum simpul dapat makan pretzel sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senyum paksa tu diana budak ni
      Kena upah tu kalau tk senyum tk bgi pretzel haha

      Delete
  6. Nampak sedap, selalu dengar jer orang cerita, tapi tak pernah makan lagi...

    Amboi comel jer tengok si bujang kecik tu makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena try la makan bunda
      Kalu sedapboleh lah buat sendiri nnt
      Hero kecik dh jatuh cinta tu

      Delete
  7. Ala.. Sedapnye.. Nak cikit iman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh la nk bgi lady kalau dekat mesti Iman dh antr tu

      Delete
  8. Mestilah iman tersenyum. Sedap makanannya 😊

    ReplyDelete
  9. Allahu, kalau dekat ni dh mntk kak noor buatkan :)

    ReplyDelete
  10. mesti sedap laa tu.. kalau tak percaya, cuba tanya model kecil tu.. hehehe..

    ReplyDelete