Kacang Kuda Bermadu Pedas


ASSALAMUALAIKUM 
Selamat pagi untuk semua nya ya
Hari ni rasa nya dah dua minggu kita berada di bulan syawal
Mesti ramai yang sedang berpuasa sunat kan!!
Biasa lah kalau sedang berpuasa aktiviti surirumah memang bermula seawal 3 ke 4 pagi
Begitu jugak dengan kaknoor, dah bangun awal tak reti nak duduk saja lah pulak.
Jadi mengupdate blog lah apa lagi kan..
Dah lama tak update resepi asyik dok tunjuk gambar raya je kan
Hari ni resepi yang sangat mudah untuk jajan pada bila-bila masa saja
Daripada kita makan kacang kuda rebus je baik lah buat macam ni
Ada lah rasa manis masin dan pedas sikit..




Bahan-bahannya

  • Kacang kuda direndam semalaman dan direbus bersama sedikit garam toskan
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 atau 2 sudu cili kisar
  • 1/2 sudu jintan manis
  • 2 sudu madu
  • sedikit garam dan minyak
  • kaknoor tambah dengan sedikit ikan bilis goreng
Cara membuatnya
  • Tumiskan bawang merah dan putih dengan sedikit minyak sehingga wangi kemudian masukan cili kisar jugak jintan manis dan kacau biar sebati dan pecah minyak
  • Masukan madu dan sedikit garam kacau sehingga berbuih dan likat.
  • Tutup api dan dan masukan kacang kuda yg direbus dan gaullah sehingga bersalut 
  • Bolehlah dihidangkan untuk jajan petang ni malam ke atau bila-bila saja diperlukan


Macam-macam teringin semenjak dua menjak ni kan.
Layan je lah selera mudah je pun 
Kalau ada yang terasa nak menjajan tapi tak tau nak masak apa!!
Boleh try resepi ni, wangi dan sedap sangat pada tekak orang veteren ni..


Kacang Kuda Bermadu Pedas Kacang Kuda Bermadu Pedas Reviewed by Unknown on July 19, 2016 Rating: 5

33 comments

  1. Kakak biasa rebus aje KakNoor pun dah sedap
    Kalau ada perencah macam ini mesti lagi sedap kan
    Ada masa kalau teringat nak cubalah cara KakNoor ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali boleh lah try ni kakzakie wanginya jintan tu sedap pada tekak kaknoor

      Delete
  2. kat kelantan kacang ni direbus dan makan dengan kelapa muda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum pernah mkn dgn kelapa muda Ayu boleh try lepas ni

      Delete
  3. nanti boleh cuba yg ini pulak lah
    saya biasa rebus aje, letak daun kari bagi wangi
    yg kaknoor punya ni, mesti lagi sedap sebab banyak beno perisanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa sdg raijin ni Kb yalah bila dh malas nnt mesti rebus je kot haha

      Delete
  4. msti sedap layan nih kak noor...
    dana biasa rebus gitu je kak noor jhehehhe dasar rajin kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rebus pun sedap dana janji lembut dan rasa masin2 sikit mesti laris punya

      Delete
  5. sedap ni..jajan sambil tengok tv..takleh nak stop..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan nohas tpi skrg ni tv dh jarang tengok sambil blogwalking lah ya hha

      Delete
  6. jajan yang murah dan mudah disediakan.
    tapi nanti berangin berdentum, dentum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berangin ok nieda dlm rumah kan biar harus serumah dentuman angin kus2 tu

      Delete
  7. Selalu beli kacang ni time sekolah rendah (beli di kantin)... lepas tu tak pernah jumpa lagi. Kalau nak makan kenalah masak sendiri... tq kak Noor kongsi resepi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau beli time sekokah mmg dh lama sngt tu Mie
      Skrg ni anak2 pun dh lepas sekolah
      Maknanya kita ni dah lanjut usia kann

      Delete
  8. Kacang kuda pun dah bermadu ye kaknoor hihihi..
    Madu 3 ke madu 4 tu kaknoor..

    Saya pun macam kakzakie..
    Rebus ajer pastu goreng dengan biji sawi dan cili kering kalau nak pedas..
    tengok resepi akak mcm menarik jer ..
    Nak cubalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg ni jgn main2 semuanya nk bermadu kacang madu, cornflakes madu,ayam madu, org je yg takut bermadu ye dak yatie !!!

      Delete
  9. jadi teringin gak ni.. nnt nak kena beli lah kacang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belilah kacang yan masuk dom noxxa kejab je dh boleh mkn

      Delete
  10. selalu dok kunyah yg direbus ja..nnt boleh cuba resepi kak noor ni pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila lah Kam try resepi mesti nak lagi dan lagi ca ya lah

      Delete
  11. kacangkuda rebus siap perencahnya sdp sgt tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang rebus biasa dah kan kita makan boleh lah cuba yang ni pulak P

      Delete
  12. Assalamualaikum & Selamat Hari Raya Kak Noor,

    Nampak sedap resepi kacang kuda versi Kak Noor..
    Baru semalam anak saya request kacang kuda rebus..
    Alang-alang baca resepi Kak Noor ni, boleh saya cuba..
    Terima kasih kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmusslam dan selamat hariraya jugak dear LZ
      yeke anak u request kacang kuda rebus
      boleh lah try ni mana jadi fav dia lepas ni

      Delete
  13. waaaahhh selalu beli rebus/ kukus yang jual kat pasar malam tu je.
    tapi kat putrajaya ni tak de nampak pun orang jual.
    kena balik kampung baru dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat putrajaya takleh masak ke huda sampai nak kena balik kampong hee
      ke malas nak rebus kacang dan nak buat macam ni
      mesti nak suruh mak buat kannnn

      Delete
  14. Selalunya saya makan yang rebus aje. Tak pernah pula terfikir boleh buat goreng pedas macam ni. Memang boleh try nanti. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan Faarihin mmg sedap tau kalau buat macam ni mesti terlajak laris caya lah

      Delete
  15. Saya pernah makan jugak kacang kuda bersira gini KN....tp buatnya tak pernah. Khasiatnya apa ye KN kacang kuda ni.... Hish ...google le sendiri! Hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor tau hainom mmg rajin tu lah tak pernah buat kan kan..
      khasiat yang paling best tu lahhhhhh
      akan cepat buang angin kus kus hahah mesti rasa puas lepas tu

      Delete
  16. Aha, bab ni saya suka KakNoor! Tapi selalunya tak sempat kacang kuda ni 'bermadu pedas' dah habis dimakan seisi keluarga. Tukang buat jajan pun sama aje perangainya. Oleh itu, kita habiskan ajelah kacang kuda yang dah direbus tu!

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum.. Hari ni nk try kacang kuda rebus nampak macam sedap ja..

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum.. Hari ni nk try kacang kuda rebus nampak macam sedap ja..

    ReplyDelete