Memori Norway Yang Menggamit Kenangan
Assalamualaikum dan salam hari minggu
Semalam membuka album lama 2 bulan lepas semasa di Norway
Memang banyak kenangan manis yang sukar di lupa kan begitu saja.
Kadang-kadang bila kita disana kita kurang menghargainya
Tapi bila dah balik di tempat sendiri terasa macam nak kesana lagi mengulangi segala kenangan.
Tak mungkin rasa nya kesana lagi kalau tiada yang penting dan terpaksa.
Cukuplah sekadar gambar-gambar dibawah ini menyatakan kerinduan tuan tanah kepada
Negara Scandinavia tu, walaupun bahasa dan loghat berlaian tapi sangat mesra alam dengan senyuman tanda selamat datang itupun sudah memadai kan...
Memang cantik pemandangan Norway ni dari atas kerana banyak nya pulau-pulau kecil disekitarnya
Pasar pagi yang terdapat di Oslo Norway yang buat hati kita tak kan terlepas pandang, mesti nak singgah jugak tengok bunga-bunga yang cantik ni..
Dalam hati sudah ada tinyummm haha
Hari terakhir di Oslo Norway di apartment tu, ada buku mengenai Islam jugak didalam rak tuan rumah tu, terpegun jugak Islam dimana-mana, hatta di apartment yang kami tinggal tu pun, tempat laluan orang-orang bertudung jugak, tulah yang buat hati sedapp sangat berada disana..
Yang best sangat tengok bunga-bungaan yang berbagai warna yang jarang sangat kita jumpa ditempat kita, apa lagi di pasar pagi ni, bunganya sangat segar bugar, aduhhh betapa kerinduan menggamit untuk bertandang lagi dan lagi.
INSYA ALLAH jika di izinkan ALLAH tahun depan lah ada lagi sorang anak kaknoor yang akan graduate mana tau masih di beri peluang kan, mudahan akan ada lah rezeki tu nanti ...
Memori Norway Yang Menggamit Kenangan
Reviewed by Unknown
on
July 31, 2016
Rating:
aa kan kak noor, kalau dah balik baru rase :) cantik pulak tu tempatnye. damaiii je
ReplyDeleteMemang cantiik pulau2 disini Mek terasa mcm nk mengulangi sejarah je tpi apa daya kannnn
DeleteBenar kak noor :) Bila di sana kita rasa kurang menghargai tapi tetap seronok terasa, bila balik rasa rindu dan mulalah scroll gambar pulak. Hehe. Cantik kak noor tempat kak noor pergi 😍
ReplyDeletebetul sangat Siqah bila disana terasa nak balik
Deletedah disini nak kesana pulak, sepatutnya kita kena hargai apa yg kita ada masa tu kan
nasib baik ada gambar jugak dpt di scroll kan
bila lah boleh ke sana jgk..:)
ReplyDeletekalau tak sebab ada benda2 penting mmg tak sampai Nor
Deletesama jugak dgn kaknoor kebetulan anak2 kat UK gi Norway jadi ikutlah sekali
Nicw entry. Bestnyer jenjalan Norway.
ReplyDeleteNice entry.
ReplyDeleteThanks MW kebetulan jugak boleh jalan ke Norway tk merancang pun
Deleteselamat malam..syira lokman singgah sini nak bisik bisik...hehehe..nantikan giveaway di blog syira lokman tau ! tak lama je lagi..tunggu :D
ReplyDeleteSlmt pgi syira
DeleteThanks nnt kaknoor terjah ya
Cantekkkk sangat bunga2 Norway tu kak noor.:-)
ReplyDeleteCantekkkk sangat bunga2 Norway tu kak noor.:-)
ReplyDeleteRindu pada bunga-bungaan di Norwaylah tu ya, KakNoor. Takpalah mana tahu tahun depan dapat bertandang lagi ke negara orang dan menikmati keindahan yang sama!
ReplyDeleteOh..kak noor dah balik Malaysia dah...mesti banyak kenangan indah bertamu di fikiran kan..
ReplyDeleteSajalah nak tunjuk gambo selpie tuuuu hihi....
ReplyDeleteBiasalah KN, bila kita dah tinggalkan tempat tu memang rindu pun mula menggamit...tak pe nanti kalau gi lagi jangan lupa bagitahu tau....Saya nak ikut KN....hihih
Sajalah nak tunjuk gambo selpie tuuuu hihi....
ReplyDeleteBiasalah KN, bila kita dah tinggalkan tempat tu memang rindu pun mula menggamit...tak pe nanti kalau gi lagi jangan lupa bagitahu tau....Saya nak ikut KN....hihih
sukanya tengok tempat tu.. tenang jer rasa.. cantik bunga2 tu kan.. macam2 warna ada..
ReplyDelete