Resepi Bawang Goreng Dan Tips Merangupkannya
ASSALAMUALAIKUM
Selamat pagi dan dalam rabu untuk semua yang sudi singgah disini
Semalam kaknoor menggoreng bawang untuk makan bersama soto ayam
Insya ALLAH ada sikit acara makan-makan sempena raya ni.
Lepas balik dari UK memang belum lagi di jemput kawan-kawan dan sedara mara kerumah
Jadi untuk mendapatkan rasa yang terbaik kaknoor rajinkan buat bawang goreng sendiri.
Resepinya masih sama macam yang sebelum ni sebab memang cornfirm rangup krup krap ni.
Bahan nya
1/2 kg bawang merah di hiris nipis
2-3 ulas bawang putih hiris nipis
2 sudu besar tepung jagung *kali ni kaknoor letak tepung beras
sedikit garam dan gula utk perasa
minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara nya
1. Bawang merah dan putih yang telah dihiris perapkan dengan tepung jagung, garam dan gula.
2. Biarkan selama 1/2 jam atau lebih.
3. Panaskan minyak agak banyak untuk tenggelamkan bawang kita.
4. Kalau sayang minyak masukkan sikit-sikit bawang tu dalam minyak .
5. Goreng sampai agak kuning saja angkat dan tos kan.
6. Gorenglah sehingga habis .
1/2 kg bawang merah di hiris nipis
2-3 ulas bawang putih hiris nipis
2 sudu besar tepung jagung *kali ni kaknoor letak tepung beras
sedikit garam dan gula utk perasa
minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara nya
1. Bawang merah dan putih yang telah dihiris perapkan dengan tepung jagung, garam dan gula.
2. Biarkan selama 1/2 jam atau lebih.
3. Panaskan minyak agak banyak untuk tenggelamkan bawang kita.
4. Kalau sayang minyak masukkan sikit-sikit bawang tu dalam minyak .
5. Goreng sampai agak kuning saja angkat dan tos kan.
6. Gorenglah sehingga habis .
SEDIKIT TIP MENGGORENG
Tujuan letak bawang putih adalah untuk merangupkan bawang goreng
Masa menggoreng jangan sampai terlalu kuning diatas api sebab bila kita angkat bawang tu akan lebih kuning.
Jadi agak-agak je tau sebab kalau terlalu kuning didalam minyak, bila kita angkat akan menjadi oren kecoklatan dan agak pahit jadinya..
Sedap di ratah kalau yang homemade ni rangup krup krap krup krap
Biarkan sehingga sejuk dan minyak nya kering baru masukkan dalam bekas kedap udara.
Alhamdulillah yang menggunakan tepung beras lebih rangup lagi dari yang tepung jagung, kalau tak percaya kena cuba lah kedua nya
Tujuan letak bawang putih adalah untuk merangupkan bawang goreng
Masa menggoreng jangan sampai terlalu kuning diatas api sebab bila kita angkat bawang tu akan lebih kuning.
Jadi agak-agak je tau sebab kalau terlalu kuning didalam minyak, bila kita angkat akan menjadi oren kecoklatan dan agak pahit jadinya..
Sedap di ratah kalau yang homemade ni rangup krup krap krup krap
Biarkan sehingga sejuk dan minyak nya kering baru masukkan dalam bekas kedap udara.
Alhamdulillah yang menggunakan tepung beras lebih rangup lagi dari yang tepung jagung, kalau tak percaya kena cuba lah kedua nya
Untuk yang rajin kedapur boleh lah try resepi ni
Memang sedap dan crispy, kalau kaknoor memang suka meratah yang baru-baru goreng macam ni.
Insya ALLAH di majlis makan-makan nanti, kaknoor akan masak
SOTO AYAM ala me ( ala kaknoor la tu hehe )
NASI AMBENG ( first time nak try buat ni )
LAKSA PENANG (memang tak pernah miss kalau ada majlis)
Kalau ada yang sudi boleh singgah kerumah ya, hari sabtu nanti start nya dari pagi hingga petang, yang jauh sila pandang-pandang lah, sorry bangat..
Resepi Bawang Goreng Dan Tips Merangupkannya
Reviewed by Unknown
on
July 13, 2016
Rating:
suka bawang goreng, boleh cuba nih
ReplyDeleteWajib cuba ni AA rugi tauu
Deletemy feveret klu mkn bihun sup..mee.. keteaw dan nasi goreng... letak byk2 sedappp...
ReplyDeletetq share resepi bawang goreng rangup...
slmt ber makan2 ye kak noor...;)
Thanks dear Adar betul tu bihun sup wajib ada bawang goreng fresh ni
DeleteSalam K. Noor. Selamat Hari Raya ya kak. Meriah raya akak. Kami pun suka makan bawang goreng home made kak. Tapi saya nak minta tunjuk ajar K. Noor. Macam mana cara betul nak hiris bawang tu, dan apa petua nak mengurangkan menangis masa hiris bawang tu ya kak...
ReplyDeleteWaalikmusalm ela sorry lmbt respond
DeleteBiasanya kaknoor rendam dom air sebelum potong bawang tu
Dalam air pastu hiris nipis dgn pisau tajam sbb kalau pisau kurang tajam bwg kita agak tebal kdgkala tk rangup
DeleteTq kak nor kongsi resepi..sy sebelum ni just goreng jea..xde campuran pe2..nti nk cuba resepi ini plak
ReplyDeleteKalau campur tepung beras ni rasanya lebih sedap dan rangup cheqda boleh try lepas ni
Deletemmg menambah kan kesedapan bila bt bwg grg gini kak noor...
ReplyDeleteBetul sngt Dana buat kita makan dan makan non stop
DeleteMacam ini memang peluang kakak dpt tengok dari jauh-jauh ajelah KakNoor
ReplyDeleteMemang nampak rangup bawang goreng KakNoor tu.
Tkdapek kaknoor nolong ni kakzakie
DeleteKalau boleh mmg nk ajak semua rakan blogger yg selalu singah sini kerumah , jom lah buat rombongan kakzakie
wahhhh.. kalau dekat nak aje sy datang Kak Noor. Semoga semuanya berjalan lancar nanti.
ReplyDeleteSayangnya Seri jauh sngtlah
DeleteSedang busy ni menyiapkan apa2 yg perlu
Kalau tak nunggu hari sabtu mmg KO jugak ni
Niat di hati nak datang rumah kak Noor, tapi jauh. haha.
ReplyDeleteYg penting dah ada niat Ain insya Allah suatu hari suatu masa jika diizinkan Allah ye dak
Deletesalam kak noor selamat hari raya,, tak kerajinan nak menggoreng bawang ni heheh.. tapi kalau dah terlebih rajin lain pula la jadinya
ReplyDeleteWalikmuslm wani
DeleteOrg muda mmg kurang rajin kalau pasal bwg ni
Sbb org muda minatnya lainnn kann
Wahh.. Nampak sedap bawang goreng ni. Saya tak berapa suka sangat bawang goreng tapi bila tengok dalam gambar ni. Macam nak rasa pula. =)
ReplyDeleteSalam singgah sini.
Selamat Hari Raya Kak Noor dan famili. =)
Terimakasih farihin
DeleteSelamat hariraya aidilfitri jugak dari kaknoor
Thanks sudi singgah ya
Sampai hati tauuuu Kak Nor ni..
ReplyDeleteTapi nak booking flight ke Brunai sempat lagi ni hihi...
Selamat Hari Raya maaf zahir batin Kak Nor.
Soto tu faveret saya tau Kak Noor. Kalau masak tu Kak Nor jgn lupa pulak ingat ingat saya ye....
Terpaksa kena sampai jugak hati kaknoor Anom
DeleteRamai customer dok tunggu soto ayam ni
Insya Allah setiap suapan dihari sabtu akak akan ingt pd Anom dan sebut2 nama mu haha
Kalau kat dapur Kak Noor ni,bawang goreng pun boleh rasa terliur!..
ReplyDeletealahaiii terangkat tinggi sngt lah Sue kang jatuh kang maktok ni haha
DeleteBuat sendiri kak noor terbaiklah..Aiman ni cukup suka kalau makan mee goreng pun tabur bawang goreng..biasa beli je..nk cuba buat sendiri ni entah bila.hehehe
ReplyDeleteNampak kerangupan bawang goreng kak noor tu..
ReplyDeleteNanti nak cuba juga ni..
Aduh kak noor..
Open house punya menu mengancam tu..
Kalau dekat dah terjah rumah kak noor ;)šš
Selamat hari raya kak noor..
ooo kena campur bawang putih ermm baru tau
ReplyDeleteCampur makan dengan mee rebus pun sodap ni.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.
gitu caranyaaa. sebab dulukan kecoh yg kilang buat dia goreng dengan straw
ReplyDeletekalau kaknoor ngajak, mmg lah sudi saya nk dtg tp jauh sangat sampai kena booking flight
ReplyDeletemmg pandang-pandang ajer lah.
saya pun suka bawang goreng, sedap letak banyak2.
TIPS BAWANG GORENG YG BERGUNA NI...SALAM IDILFITRI NOOR N FAMILI MAAF ZAHIR BATIN.
ReplyDeleteselamat hari raya dan maaf zahir batin kaknoor sekeluarga
ReplyDeletewahh tak tahu pun selama ni kna pakai tepung beras...patutlah irda wat xrangup...tq kak.noor..lepas ni mak wat cam kak.noor..tapi mata pedih potong bwang..ada tips x kak noor
ReplyDeleteramai orang suka.. tapi CT masuk geng yang kureng minat. hehe.. bau yes wangi.. tapi tekak x terima..
ReplyDeleteIni pun saya nak save, KakNoor. Manalah tahu tetiba saya rajin mengsoto, mengsup dan sebagainya. Bolehlah buat bawang goreng banyak-banyak macam resepi KakNoor ni!
ReplyDelete