Pedegil Tauhu
ASSALAMUALAIKUM
Selamat petang minggu untuk semua nya.
Masih beraya ke orang sana?? Kami kat Brunei masih lagi ada openhouse disana sini
Hari ni lepas balik dari openhouse jugak ni., dah kebetulan ada masa sikit terus godek-godek blog
Lagipun dok sibuk beberapa hari ni dengan tempahan macam-macam, karipap, macaron dan tart.
Dah siap hari ni baru senang hati.
Sebenarnya pegedil tauhu ni resepi tertangguh ni, dah dua kali buat baru dapat update.
Buat kali pertama ikut resepi yang betul nya, tapi kali kedua derhaka sikit haha..
Kaknoor intai resepi dari blog CIKMAT GEBU thanks Cikmat kaknoor copy resepi dan letak kat blog akak jugak ya..
BAHAN-BAHANNYA:-)
4 keping tauhu
200 gram kentang
200 gram isi udang, potong kecil (mat guna daging ayam)
2 biji cili merah, buang biji dan dadu
2 pokok daun bawang, hiris halus (mat guna daun kuchai)
1 camca besar serbuk lada hitam (mat guna serbuk lada hitam aji-shio)
1 camca besar tepung jagung
1 camca besar bawang goreng (mat tambah)
Garam secukup rasa
2 biji telur, dipukul sedikit
Sos cili, untuk mencicah
CARA MEMBUATNYA :-)
- Tauhu dihancurkan. Kentang dipotong nipis dan goreng hingga empuk, angkat, tos dan lecek halus (mat guna "russet potato", sebab cepat empuk). Masukkan kentang, udang, tauhu, hirisan daun bawang, bawang goreng (ramas), lada hitam, tepung jagung, cili merah dan garam secukup rasa. Gaul hingga semua rata dan sebati. Rehatkan sekejap.
- Ambil 1 camca besar dan bentukkan seperti bebola, tekan sedikit bagi leper, letak dalam bekas beralas plastik. Buat kaedah sama hingga habis. Celup begedel dalam bancuhan telur dan goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan, angkat dan hidangkan bersama sos kegeraman..
Kali kedua buat pegedil tauhu ni akak tak salut telur, just goreng je, itu lah nampak macam kering sikit kan, tapi tak kisahlah kita yang buat dia kan..
Pada kaknoor yang tak salut telur ni lebih rangup, I like sebab kalau disalut telur pegedil nya akan jadi lembik sikit..
Untuk jadi lebih "keindonesiaan" pededil ni kita makan lah dengan kacang panjang atau apa-apa lah ditambah dengan sos pilihan masing, yang pedes lebih baik...
Pedegil Tauhu
Reviewed by Unknown
on
July 24, 2016
Rating:
Sedapnya😊
ReplyDeletememang sedap Nor akak suka bangat ni
DeleteAgaknya kalau dibakar dalam oven pun ok kan Kak Noor selain dari digoreng. Sebelum dibakar tu sembur dulu dengan minyak biar tak nampak kering. Terima kasih kongsi resepi ni.
ReplyDeleteboleh jugak kot maklong idea tu di bakar lebih sihat sikit kan
Deleteinsya allah nanti kita bakar pulak lepas ni mesti lebih sedap dan sihat
Sedapnya Kak Noor.... mak saya kata rajin2lah buat pegedil untuk sarapan anak-anak he he hee...
ReplyDeletememang sedap Amie kaknoor suka cuma jarang buat sbb boss besar tak suka tauhu
Deletekalau dia suka rasa nya hari2 kaknoor buat tau
ermm sedapnya boleh cuba nanti
ReplyDeletesilakan AB mencuba mesti sedapp
Deletewaaaahhhh sedapnya ....
ReplyDeletetapi kak - pegedil ke pedegil? hihihi ... ke typo?
Kalau org degil boleh saja ditukar ke pedegil Huda terpulang keselesaan individu haha
Deletetak pernah try kak noor pedegil ni. tapi tgk kak noor buat cam terliur pulakk..
ReplyDeleteSila lah try Ayu lagipun tauhu ni bnyak khasiat disamping sedap boleh licin kulit katanyaaa
Deletekalau puasa datang blog kak Noor ni memang mengundang..haha
ReplyDeleteAkak pun sdg puasa Sal sabo je lah apa nk buat kan masak mmg keperluan harian so pejam mata lah bila dtg sini ok
DeletePedegil jadinya dah tajuk KN hihi....Mmg sedap ni KN....selalu guna kentang je ek...Jangan tahu tu masam sudahlah kan...
ReplyDeleteBegedil ni saya suami isteri suka KakNoor. Kalau buat tak main sikit-sikit, mesti nak banyak walaupun lakibini aje yang makan. Begedil tauhu ni tak pernah pulak buat, bolehlah cuba selepas ni. Baru terfikir nak buat begedil ayam petang nanti!
ReplyDelete