Bruschetta Teriyaki Sos Cheese LAZATTTTT


ASSALAMUALAIKUM & selamat malam adinda-adinda bloggers semua.  Semoga sihat walafiat hendaknya di hari cuti-cuti CNY ni ya, disini cuti nya tak lama jumaat, sabtu & ahad saja, hari isnin aktiviti anak-anak macam biasa dah sekolah, dan terpaksa merangkap semua kerja dapur, jadi supir, itu belum masuk ofis maya sana sini lagi hahaha busy kan, akak rasa ramai adik-adik pun memang sama jugak aktiviti nya,  kena redho lah dah tugas kita sebagai surirumah, sepenuh masa, kalau ada yang mengorder kuih memang bertambah-tambah lah lagi kesibukan tu, kena bawa bersabar lah selagi badan sihat walafiat INSYAALLAH semua nya beres kan..





RESEPI hari ni yang biasa saja untuk sarapan anak-anak, dulu akak buat takda bubuh teriyaki sos ni, tapi kali nak try letak teriyaki, no bad lah sedap tak lah rasa macam pizza sangat, lebih sedap rasa nya tak muak. Jom tengok bahan-bahan dulu.

BAHAN NYA
1 batang roti Peranchis di kerat 3 dan di belah 2
4 batang sosej dihiris nipis
1 biji bawang besar di dadu
1/2 biji capsicum di hiris panjang
2 sudu kecil sos teriyaki
1 sudu tomato sos
cheese mozarella secukupnya
2 sudu mentega untuk menumis
sedikit oregano

CARA MEMBUATNYA
1.  Panaskan mentega, tumis lah bawang besar kacau sehingga layu.
2.  Masukan sosej, sos teriyaki, sos tomato, kacau rata sehingga masak, masukan capsicum.
3.  Jangan lama - lama kerana capsicum akan layu.
4.  Tak payah letak garam kerana teriyaki sos sudah rasa masin.
5.  Susunkan roti Peranchis di dalam loyang,  taburkan dengan adunan sosej, taburkan dengan 
     mozarella cheese dan oregano.
6.  Bakar didalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 150'C ( terpulang kepananasan oven
     sendiri ya ) selama 10 - 15 minit.
7.  Sedap di hidangkan ketika panas. 



SELAMAT MENCUBA YA
UNTUK ADIK-ADIK YANG BELUM MERASA, MEMANG SEDAP  KALAU KAK NOOR ANAK-ANAK SIAP MINTA BEKALKAN KESEKOLAH LAGI.............
Bruschetta Teriyaki Sos Cheese LAZATTTTT Bruschetta Teriyaki Sos Cheese LAZATTTTT Reviewed by Unknown on February 01, 2014 Rating: 5

3 comments

  1. assalamualaikum knoor..wah gambar makin mantop. tukar kamera ke? sedap nampak bruschetta tu

    ReplyDelete
  2. waalikumuslam Ros, alah kamera lama gak, cuma baru khatam je kamera tu hahahaha, meh lah amik bruschetta kita ngopi yuk

    ReplyDelete
  3. Terima kasih buat resepinya yang sangat lazat ini!

    ReplyDelete