Karipap Polos Bulat Yang Ranggup & Tak Berminyak


 ASSALAMUALAIKUM dan salam ujung minggu untuk semua bloggers, terimakasih pada yang tak pernah jemu  singgah sini dengan meninggalkan komen-komen yang menarik dan sedap di baca heee, sorry sekiranya kak Noor tak sempat nak membalas semua nya, maklum kak noor sekarang ni dah jadi maktok, jadi masa ada cucu kat rumah memang tak sempat nak mengupdate blog waktu siang-siang, malam ni cucu maktok Iman balik ke rumah nenek lagi satu, jadi maktok sunyi jadi ini lah kerja maktok heee....

 Sebenarnya akak bekenan pada karipap dari blog YATIE MEMORIES, dah lama teringin nak buat karipap polos ni, tapi kesibukan yang tak habis-habis terpaksa di batalkan saja hajat tu, tapi keinginan yang melampau jugak akan merajinkan seseorang tu kan, jadi hari ni jadi lah karipap polos yang akak copy dari blog YATIE, akak letak disini jugak ya resepi nya TQVM :)




BAHAN2:
  • 500gm Tepung gandum
  • 50gm Tepung Beras
  • 50gm Tepung Ubi
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 sudu kecil Garam
  • 3 sudu besar Majerin*
  • 1/4 cwn Minyak masak* (* panaskan)
  • 1 cawan air-tuang sikit demi sedikit
CARA2:
  1. Campurkan kesemua bhn2 kering.
  2. Tuangkan minyak panas & gaul rata.
  3. Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.
  4. Bahagikan doh kpd bebola kecil.
  5. Leperkan & isi dgn inti kegemaran, tutup dan klim kemas2.
  6. Buat sehingga habis. Goreng dgn minyak yg banyak sehingga garing.
    Angkat dan toskan. Saya goreng guna api sederhana je. Karipap ni lebih rangup sekiranya di goreng 2 kali. Walau di goreng lagi, karipap ni tetap tak berminyak.



Walaupun agak berjerawat disana sini tapi memang sedappp, boleh try sendiri mesti nak berkali-kali..


Karipap Polos Bulat Yang Ranggup & Tak Berminyak Karipap Polos Bulat Yang Ranggup & Tak Berminyak Reviewed by Unknown on February 15, 2014 Rating: 5

13 comments

  1. Nampak sedap. Ejaan yang betul adalah rangup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat pagi cikgu "anonymous" terimaakasih betulkan ejaan kak noor, tapi lain kali bagitau nama sebenar ok, jangan berselindung disebalik anonymous tu.

      Delete
  2. As salam Kak Noor. Saya sebenarnya malas nak mengelim karipap sorang sorang kalau tak ada yang tolong. Guna acuan ke? Nak cari cara mudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumuslam Azie, tak lah takde acuan pun, akak guna cawan utk letakkan atas adunan tu, tapi rasa nya kalau karipap biasa bukan bulat ada tu acuan nya, lagi senang

      Delete
  3. cantik tngk karipap bulat maktok ni....rajin tu mengelim...mmng sedap dan rangup guna resepi ni...walau jerawat sikit tapi sedap sbb tak berminyak sngt...kan...

    ReplyDelete
  4. Perghhh...goramnyer tengok karipap bulat tu...teringin la pulak...

    ReplyDelete
  5. cantik la Kak Noor karipap bulat ni,nampak lain dari kebiasaan yang kita tengok.

    ReplyDelete
  6. wow , these look beautiful and the great photo graphy makes it look fantastic :)

    ReplyDelete
  7. memang cantik kak noor bila buat bulat2..

    ReplyDelete
  8. assalam Kak Noor.. salam perkenalan...seronok tengok blog akak.. cantik.. dah lama dah saya pencen kelim kulit karipap..

    ReplyDelete
  9. Salam..Noor...mama juga suka dengan resipi karipap nie...sedappp, rangupp n tak berminyak
    Tapi mama tak pernahlah pulak buat karipap bulat macam Noor....
    Lain kali nak cuba jgk leerr ...cantik ..

    ReplyDelete