Cheesy Ball Yang Lazatt
ASSALAMUALAIKUM adik - adik blogger semua, semoga sihat walafiat hendaknya ya, ni gara-gara teruja tengok kat blog ROSTINA - WIND OF CHANGE tu lah yang terus menggodek kentang kat dapur, sebab bahan-bahan memang dah ada itu lah laju je mencuba, memang sedap di makan panas-panas sebab cheese masih cair, kalau dah sejuk menang agak keras lah cheese tu tak leleh lagi, memang dapat banyak, jugak lah cheesy ball ni, idea nya jangan di goreng semua tau, bila nak makan goreng, baru lah fresh siap goreng terus makan..
Sekodeng resepi yuk!!
BAHAN NYA
350 gm ubi kentang di lenyek
250 gm tepung gandum di ayak
4 biji telur * resepi asal 4 - 5 biji
serbuk lada sulah * kak noor tambah lada hitam cikit
cheese cheddar di potong dadu
serbuk roti secukupnya
sedikit garam
CARANYA
1. Campurkan semua bahan-bahan kecuali serbuk roti dan telur.
2. Gaul sehingga sebati.
3. Gentelkan ikut besar yang di ingini, jangan terlalu besar pulak, masukan inti cheese, tutup
semula, gelekkan di atas serbuk roti, golekkan di dalam telur, kemudian golek lagi sekali di
dalam serbuk roti.
4. Buat lah sehingga habis adunan dan gorenglah di dalam minyak yang panas dengan api yang
perlahan sehingga kekuningan.
5. Angkat dan tos kan boleh lah di hidangkan.
MERATAH PUN SODAPPPPP
JANGAN tunggu lama-lama tau buat jangan tak buat benda sedap ni rugiiiii
Kak Noor dah merasa anda bila lagi???
HAHAHA..
Cheesy Ball Yang Lazatt
Reviewed by Unknown
on
February 10, 2014
Rating:
sedapnya kakkk. hehe. nina suka bebenor kalo keju mcm ni. kalo sosej tuu memang selalu beli yang ada keju. hheee
ReplyDeleteNina, hahaaha sama di sini jugak kalau keju kejab je licin macam mata biru lah pulak ni kan haha
DeleteLapar plk heheheh
ReplyDeletejom meratah je Adda mmg best ni cicah sos ke wah!!
DeleteSalam kak Noor....huh, mmg menggoda betul . Nampak sedap...masuk list dulu...nak cuba juga nanti. Mesti anak2 suka ni.
ReplyDeletewalikmuslam Fiza, kat umah akak mmg laju je kalau yg gini bukan anak2 saja orang tua suka "tersuka" jugak hee
DeleteSalaam Kak Noor...
ReplyDeleteSetiap kali nampak bendaalah ni di'saji'kan di mana-mana, mesti kecur kita tau. Tapi sket baik daya tahan kita kuat. Kalau tak, mahu tambah satu lagi X kat size baju! Muahahaha...
Nak tanya sket la, Kak Noor guna 4 biji telur ke? Kita guna putih telur sikit je, sekadar untuk melekatkan breadcrumbs tu je..
walikumuslam Mama, ala sikit je ni tk tambah X kot,, sbeenarnya telur tu kecik je Mama tulah kak Noor pun mmg tak sampai hari nak pecahkan sampai 5 biji, tapi mmg tak habis lah kena kurangkan lain kali..
Deleteramai dah yg cuba cheese ball ni... sy je sokmo terlambat.. dok memikirkan patut ke tak patut nak beli cheese.. hehehe.. bak kata MamaFaMi takut tambah lg satu X kat saiz baju.. hehehe.. tp benda ni kalau ada depan mata.. tambah dua X kat saiz baju pun tak peduli.. hahahaha...
ReplyDeleteharus ku coba nihhh.... :)
ReplyDeleteX yah cakaplah kak... yg ini mmg sodap !
ReplyDeleteSedapnya... nak wat nilah yg asik tertangguh2. Sana-sini org duk buat, kita jer yg selalu ketinggalan... takleh jadi harus dicuba jugak nih... tq Kak Noor share rcp.
ReplyDeletesalam knoor…kuantiti kentang tu byk juga bila siap, pastu salut 2kali so mmg byk gak pakai telur. saya ngam2 abis sbb mmg buat tebal breadcrumbs
ReplyDelete