Ayam Lemon Sweet & Sour


Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua nya.
Tak lupa salam jumaat yang bahagia untuk adinda dan kekanda semua.
Eh rasa nya sorang je kekanda yang selalu singgah blog kaknoor ni kan, siapa lagi kalau bukan 
KAK ZAI, tapi not sure jugak maybe umur kami sama hahaha, apa pun tak kisahlah nak buat macamana kan dulu-dulu masa muda-muda tak reti nak ber blog, untung nya adinda-adinda semua kan tahniah pada semua nya yang sudah berblog dari muda ni dan berkongsi macam-macam.

Jom terus ke resepi hari ni ya, pernah tak makan ayam lemon ni?? kalau tak pernah jom semak resepi, tak susah pun, bahan nya yang biasa ada kat dapur jugak.



 BAHAN NYA
  • 1 bahagian dada ayam di potong kecil
  • 1 biji lemon di parut atau di hiris kecil
  • 1 biji bawang besar di potong bulat
  • 2 biji bawang putih di cincang halus
  • sedikit serbuk lada hitam
  • secukup nya capsicum apa warna pun ok janji happykaknoor ganti dgn cili hijau dan merah
  • 2 sudu air lemon
  • 1 sudu tepung gandum di bancuh dengan sedikit air
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
  • 1 sudu planta
  • 1 kiub ayam dan sedikit gula


CARA

  • Ayam di bersihkan dan di perapkan  dengan lemon sekejab kemudian tos kan dan gaulkan dengan sedikit serbuk lada hitam dan garam kemudian goreng.
  • Panaskan planta dan tumis lah bawang putih sehingga wangi kemudian masukan bancuhan tepung gandum dan air lemon tadi.
  • Tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
  • Masukan kiub ayam dan gula dan rasa lah ikut kegemaran masing2.
  • Kalau kat rumah ni mesti nak ada rasa manis sikit baru "kick"
  • Bila kuah dan mendidih boleh lah dimasukan ayam, capsicum, kulit lemon dan bawang besar.
  • Kacau sekejab saja dan boleh lah di angkat supaya sayuran nya tak layu.
  • Ayam lemon dah siap dan boleh lah di hidangkan masa panas2 tu mmmm LAZATTT


Selamat menjamu mata ya.
Yang pasti ayam lemon memang sedap, kalau kaknoor masak kat umah, mesti licin tak sempat nak simpan 2x makan, sabo je lah, malam mesti kena masak baru lagi..

Ayam Lemon Sweet & Sour Ayam Lemon  Sweet & Sour Reviewed by Unknown on June 12, 2015 Rating: 5

12 comments

  1. Sedap tengok tu Kak Noor..
    Save dulu resepi nanti boleh cuba..
    Tambahan anak2 saya suka sangat dengan ayam ni :)

    ReplyDelete
  2. Saya suka ayam lemon ni, KakNoor. Kali ni nak cuba resepi KakNoor pulak. Saya kalau dah sekali makan licin pinggan, takdalah saya nak masak sekali lagi dalam hari yang sama. Hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah MD ayam lemon ni kena masak banyak siap2 baru lambat habis sikit haha

      Delete
  3. Hai kekandaku.... kenyang jamu mata kalo datang sini. Adinda mohon diri tak boleh lama-lama...nanti basah lencun dada mr lappy ha ha haaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha adinda ini ada ada sajalah
      buat kekanda gumbira sekali bila membaca nya hahaha

      Delete
  4. nampak sedap nih.. tak pernah rasa lagi..

    ReplyDelete