Selamat Berpuasa & Sambal Totok Jawa Menu Sahur


 Assalamualaikum dan selamat berpuasa untuk semua rakan-rakan muslim, di bulan ramadhan yang mulia ini, eloklah kita lebihkan amalan apa yang perlu dan kurangkan aktiviti sia-sia atau tidak mendatangkan faedah. Kaknoor pun bercakap untuk diri sendiri jugak, sebab kadang-kadang awal ramadhan ni memang bersemangat nak beramal, tapi lama-lama kalau kita tak kuatkan hati, memang terbabas jugak dan masih sama jugak dengan bulan-bulan lain.  Mudahan tahun ni biarlah semangat beramal tu berterusan hingga ke akhir ramadhan.
INSYA ALLAH

Berbalik pada menu hari ni, yang agak simple untuk membuka selera waktu bersahur nanti, sambal totok ni kaknoor intai dari blog CIKGU ANI jom semak kalau teringin boleh totok malam ni jugak..





 SAMBAL TOTOK JAWA

Bahan-Bahannya:
Segenggam ikan bilis
10-15 biji cili padi kampung
3 biji cili merah-di potong-potong sebelum digoreng
1 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inci belacan
Minyak untuk menggoreng
Garam & sedikit gula

Limau kasturi -ikut suka



Cara-caranya: 
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Goreng seketika bawang merah dan putih bersama belacan, angkat dan toskan.
  3. Kemudian goreng cili padi dan cili merah tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup.
  4. Tumbuk kesemuanya kecuali ikan bilis hingga lumat.
  5. Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk kasar-kasar sahaja.
  6. Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.


 Ada yang teruja tak tengok sambal ni??



Ini antara ulam yang digandingkan dengan sambal totok ni, bunga lengkuas, pegaga, bunga kantan dan misai kucing.

 
Ini cekur, selom dan bunga kantan dan kalau yang belum tau, yang tajam putih tu adalah pokok misai kucing tau., oklah selamat bersahur untuk semua nya ya, jangan lupa set kan jam kang terbabas tak terbangun..

Selamat Berpuasa & Sambal Totok Jawa Menu Sahur Selamat Berpuasa & Sambal Totok Jawa Menu Sahur Reviewed by Unknown on June 17, 2015 Rating: 5

13 comments

  1. asalamualaikum kak...salam ramdhan kak :-))

    sambal totok nie memang sedap..kalau ada telur dadar lagi terangkat..

    tq atas ingatan..mang dah set jam siap2 :-))

    ReplyDelete
  2. klu esok tgk gambar ni, mmg perrgghhh... m'jejeh2 air liur! ha3..

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa Kak Noor & family... huh! Sambal itu... dah lama tak buat!

    ReplyDelete
  4. Amboi berselera sahur kalau ada lauk macam ni....salam Ramadhan Kareem kak noor......selamat menunaikan ibadah puasa :-)

    ReplyDelete
  5. selamatv berpuasa kak..semoga allah permudahkan utk kita beramal....zoom sambal...pedas tak tu...heheeee

    ReplyDelete
  6. SELAMAT BERPUASA NOOR...SAMBAL TOTOL JAWA DGN ULAMAN YG MEMBUKA SELERA NI..

    ReplyDelete
  7. selamat berpuasa buat kak Noor.. nampak sedap sambal totok jawa tu..

    ReplyDelete
  8. selamat berpuasa kak noor.. sedapnye sambal totok! e'in boleh cuba nie..

    thanks sebba follow blog e'in.. :)

    ReplyDelete
  9. Kak Noor, mintak maap la ye... bulan posa ni cheq tak mo jenguk 'dapoq' kak Noor ni... Tak tahannya tuh di sini....

    ReplyDelete
  10. Salam Ramadhan Kak Noor.

    Baru nak cuba juga sekali stock ikan bilis pula habis.

    ReplyDelete
  11. Salam Ramadhan kak...
    wahh nampak sedap sambal totok ni.. teringin nak cuba masak...:)

    ReplyDelete
  12. woah nama hidangan ni first time CT tahu hehe..

    ReplyDelete