Blueberry Cheesetart Deco
Assalamualaikum dan selamat berpuasa dan bersahur ya untuk semua adik-adik blogger.
Semoga di bulan puasa ini kita bertambah sihat dan walafiat hendak nya.
Alhamdulillah masih di beri kesempatan oleh ALLAH untuk meneruskan perkongsian resepi di sini.
Malam ni resepi biasa-biasa lah takde yang luar biasa nya, tapi sangat sedap walaupun hanya biasa2.
Boleh tengok resepi di bawah, dan deco tu terpulang kreativiti masing-masing lah.
BLUEBERRY CHEESE TART
Sumber : Azita Zain
Kulit Tart
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Acuan tart
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Cream Cheese
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Adunan jangan terlalu lembik dan jangan terlalu keras.
Masukkan
filling ke dalam kulit tart. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg
sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag
dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia
cantik membuncit.
Kemudian boleh lah kita mulakan proses untuk melorek atas cheese tart tadi.
Kemudian boleh lah kita mulakan proses untuk melorek atas cheese tart tadi.
Ambil
sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yang kita suka.
Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek
dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. Jangan biarkan cheese terlalu
lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidak secantik
yang kita inginkan.
Untuk
corak bunga ni, masukkan adunan cheese yang telah diwarnakan ke dalam
piping bag dan gunting hujungnya kecil aje. Kemudian buatkan corak bunga
dengan warna merah jambu dan hijau untuk daun. Untuk tangkainya,
gunakan lidi yang halus, celupkan hujung lidi dalam coklat emulco dan
tarik dari kudup bunga ke bawah. Tarik lembut-lembut aje..
Boleh tukar acuan mana yang kita suka lah, nak kecik besar atau sederhana.
Terlajak dah banyak jenis acuan kat umah jadi nya akak try je yang panjang dan bolat besar ni.
Puas makan untuk sendiri lah ni kan...
Blueberry pun boleh letak banyak-banyak..
Blueberry Cheesetart Deco
Reviewed by Unknown
on
June 19, 2015
Rating:
macam2 bentuk cheesetart ni ya..cantik yg penting sedap...
ReplyDeleteyalah P orang skrg ni nak cantik dan sedap sekaligus kan..
Deleterajin nya kak noor mengetart.. selamat berpuasa n selamat bersahur jugak
ReplyDeletekalau ikutkan hati mmg malas jugak ni Wani hahaha tapi dah terpaksa buat saja lah
Deletesalam singgah sabtu kak noor..sedapnya...selamat berpuasa buat kak noor sekeluarga..
ReplyDeletehappy weekend dari kaknoor Mar ya..
Deletethanks di atas ingatan nya
Salam Ramadhan kak Noor,
ReplyDeletetengok pn tau, kejap je licin tu.. hihi.. resepi adunan yg kak Noor ni cukup tak utk pie pan? almaklumlah ada bekas pie aje kt rumah ni.. hehe
salam ramadhan jugak dari kaknoor Eyra
Deletememang cukup Eyra utk letakkan dlm acuan pie, kita yang buat dia kan, so klau rasa macam tak cukup nipiskan lah dan pandai2 adjust lah, tapi kaknoor pernah buat jugak guna acuan pie utk satu adunan ni insya allah cukup...
setakat nie belum berjaya melorek....jari jemari masih keras..huhu
ReplyDeletenampak sedap dan menyelerakan tart kak Noor..
ReplyDeleteRajinnya kak Noor lorek2 tart ni..mmg cantik hasilnya.
ReplyDeleteadore dgn page kak noor psl makanan. terliur je terasa nak makan.
ReplyDeletehuuurm memang telan air liur sajalah tngk ni.. ada gak karang singgah bakeri cari cheese tart =P
ReplyDelete