Nasi Goreng Kambing 3 Bunga, Kantan, Telang & Lengkuas
Assalamualaikum dan salam rabu untuk semua nya.
Ada yang sedang breakfast tak masa ni??
Jom siapa nak merasa nasi goreng kambing ni, sila lah jamu mata je ok.
Sebenarnya baru ni kaknoor ada membakar kambing tapi tak sempat nak ambik gambar, dah tinggal sikit haha, jadi supaya tak hilang kambing tu begitu saja, maka nya kaknoor masakkan nasi goreng ni ni, ada lah jugak kambing kat belakang tu kan oklah kan...
Bahan nya
1 mangkok nasi sejuk * untuk 2 orang ok,kalau untuk ramai kena tambah lah ya
Secukupnya isi kambing yang telah di bakar dan di hiris
1 kuntum bunga kantan dihiris
4 biji cili padi tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
1/2 biji bawang besar hiris
1 biji telur
1 biji cili besar merah hiris
1 biji cili hijau hiris
1 sudu sos tiram
garam secukupnya
Kebetulan ada bunga lengkuas jadi kaknoor terus masukkan saja, bunga lengkuas, bunga telang dan bunga kantan, jadi nya dah 3 bungasss kat atas nasi goreng tu kan..
Cara nya
Panaskan
sedikit minyak dalam kuali dan tumis lah bahan tumbuk dan bawang besar
sehingga wangi, masukan kambing dan jugak sos tiram, kacau
rata, kemudian masukan telur, biarkan sebentar, jangan terus dikacau
nanti telur terlalu hancuss tak sedap nasi goreng tu, kemudian masukan
nasi dan bunga kantan dan bunga lengkuas gaul rata, rasa garam nya kalau kurang boleh
lah ditambah
Nasi goreng bunga
kantan dah ready untuk dihidangkan baru diletakkan dengan bunga telang, sebab kalau di masukan awal nanti nasi jadi biru, dah jadi nasi kerabu lah pulak kan, taburkan sedikit daun bawang kat
atas untuk kelihatan lebih menawan dan sedap dimakan tapi kalau tkde pun
ok nasi goreng tu boleh makan jugakdan pastinya sedap.
Agak-agak ada tak yang suka nasi goreng kambing berbunga-bunga ni!!
Kalau kaknoor makin banyak bunga kat atas tu makin sedap, tambahan kalau ada bunga lengkuas, memang sedap bangat tau...
Nasi Goreng Kambing 3 Bunga, Kantan, Telang & Lengkuas
Reviewed by Unknown
on
June 03, 2015
Rating:
meriahnya nasi goreng kak Noor.. nampak menyelerakan betul..
ReplyDeletesiapa suka ulam,, ni lah nasi goreng paling sedap ni eyda
DeleteEyda suka ulam, kalau Eyda rasa, maunya bertambah2..
Deleteasalamualaikum kak noor...selamat pagi... :-))
ReplyDeletetan sarap nasi lemak ari ni...
bunga lengkuas ? tak pernah nampak pulak lengkuas yan berbunga :-))
nasi lemak pun sedap yan
Deletelengkuas kalau dah besar dan rimbun pasti ada bunga yan, mungkin belum cukup rimbun kot
kak lapar la..mtk skit..:)
ReplyDeletesikit tak kengang ni Nieza mesti banyak baru bestt
DeleteAla... siapa tak kenal KakNoor. Ada aje idea.
ReplyDeleteKalau kakak nampak bunga lengkuas tu pun tak terfikir nak masuk dlm nasi goreng
Sedap dah macam nasi kerabu - kakak sukalah Kak Noor. Nak cuba bila balik kg sebab kat kg kakak banyak bunga lengkuas dan bunga telang. Kat rumah sendiri ni tak ada huhu...
kebetulan jugak kakzakie, tengok bunga lengkuas kat luar rumah, teringin nak mkan, nak buat kerabu sikit sangat, jadi letak je dlm nasi goreng sedapp wangi lagi, mesti kakzakie suka ni
Deletekak noor...bunga lengkuas tu leh makan ehhh??
ReplyDeleteboleh lah deanna, di rebus cicah sambal belacan pun ok, buat kerabu pun boleh jugak, tapi ni bunga lengkuas kaknoor sikit sngt jadi kaknoor letak dlm nasi goreng je sedappp tau!!
Deletelaparnya tengok gambar ni..
ReplyDeletemesti Zee belum makan masa tengok ni kan patut pun lapar kannnnnnnn
Deletebunga lengkuas direbus buat ulam mmg sedap n dpt mnghilangkan bau badan...nampak ada 3 bunga yg berbeza rupa bau n rasanya mesti sedap nasi goreng kambing ni...
ReplyDeletememang sedap sngt P, saya memang suka dgn ulaman apa benda pun, jadi bila letak bunga2an yg wangi macam ni lagi lah berselera makan bertambah2 lah pulak..
Deletemeriah bebenar nasi goreng ni.. bunga lengkuas boleh makan rupanya.. rasa apa kak noor
ReplyDeletememang meriah dgn munge2 ni syida..
Deleterasa sedap lah syida hehee orang kaki ulam memang rasa sdp lah, maksud kaknoor takde pun rasa pahit ke apa pun, kaknoor makan mentah lagi supaya nak awet mudo haha
Noor buat kak zai terliur dahlah hari ini tak makan nasi cuma makan mee sup aje huhu....
ReplyDeletemesti lapar pasai tengok segala ulam2 tu kan kakzai, tahan ke makan bihun sup saja kakzai..
Deleteorang muda bunga lengkuas tak anum
ReplyDeleteaik teringin pula rasa nak makan daging bakar kambing pula ni.
ReplyDeletepeminat kambing mesti tak lepas peluang ni diana, ada bela kambing tak?? pasaraya banyak kambing dont worry kan
Deletegodaaaaaan ape ni Kak Noor hahaha.. tengah tak tahu nak makan ape for dinner..
ReplyDeletehuurm.. never say no to kambing =D