Cream Puff & Sedikit Tips Untuk Kekal Tembam
Assalamualaikum dan selamat petang
Dah 6 hari kita berpuasa, seperti biasa memang tak dapat di nafikan sibuk dimana-mana.
Tapi memasak tetap jugak kena bereskan, cuma ofis maya terpaksa di nombor 2 or 3 selepas tunaikan yang wajib, apa nak buat maid yang di tunggu belum tiba, semua anak-anak dah jadi maid sekarang ni haha..
Resepi semalam bila ada waktu sikit terluang..
Cream puff jom semak resepi
Mudah dan tak banyak songeh sangat sebab guna sukatan cawan.
Bahan nya
1/2 cawan mentega
1 cawan air
1 cawan tepung
4 biji telur
Cara nya
1. Panaskan air dan masukkan mentega, kacau sehingga mentega cair.
2. Biarkan sehingga adunan mendidih, tapi jangan biarkan terlalu lama mendidih.
3. Masukkan tepung dan kacau dengan cepat sehingga tepung tidak melekat di kuali.
4. Adunan tepung hendaklah kelihatan kental dan tidak terlalu cair.
5. Biarkan adunan tepung betul-betul sejuk baru masukkan telur.
6. Masukkan telur satu persatu dan kacau sebati dan buatlah sehingga habis telur.
7. Boleh jugak menggunakan mixer dengan kelajuan yang maksimum.
8, Adunan yang dihasilkan perlu lah licin dan berkilat.
9. Masukkan adunan dalam piping beg dan paipkan ikut kreativiti sendiri.
10. Sebelum membakar renjiskan sedikit air di atas choux pastry.
Tujuan nya utk menghasilkan wap air yang dapat membentuk rongga dalam choux pastry
11. Bakar lah choux pastry pada suhu 220'C pada 15 minit pertama, dan turunkan ke suhu 190'C dan bakar lagi selama 15 minit.
Jangan sekali keluarkan choux pastry sebelum ia nya cukup keras dan masak. Kerana ini akan menjatuhkan choux pastry, jugak jangan sekali membuka oven ketika proses pembakaran ini.
Yang di bawah saje nak letak nutella sebab ada yang hantu nutella hehe
Sukatanya harus betul.
Biasanya saya menggunakan sukatan mudah seperti berikut : 1/2 cawan
mentega 1 cawan air 1 cawan tepung 4 biji telur 2. Teknik membancuh
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Sukatanya harus betul.
Biasanya saya menggunakan sukatan mudah seperti berikut : 1/2 cawan
mentega 1 cawan air 1 cawan tepung 4 biji telur 2. Teknik membancuh
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
RESEPI INTI KASTARD (Tanpa Telur)
Sumber : Kak Ida & Tun Telani
Bahan2:
- 2 camca besar tepung kastard
- 2 camca besar gula kastor
- 1 1/3 cawan susu segar
- 30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
2 camca teh esen vanilla
Cara2:
- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla.
- Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
- Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
- *Kami suka resepi ni kalau untuk makan-makan kat rumah, lembut dan manis sedang2 aje.
1. Gunting atau potong sedikit jangan putus puff tu.
2. Paipkan inti kastard yang dah sejuk kedalam rongga puff
3.Tabur gula icing diatasnya.
Kak Noor memang suka kastad jadi filling kastad ni memang tak tolak punya bila-bila dan dimana saja, kalau ada yang nak buat sila rujuk tips tu insya ALLAH menjadi..
Cream Puff & Sedikit Tips Untuk Kekal Tembam
Reviewed by Unknown
on
June 23, 2015
Rating:
Adoi kak, mengekek kita gelak yang untuk kekal tembam tu.
ReplyDeleteHaha. Lawak!
Cantik dan gebu cream puff yang noor buat. Teringin kak zai nak buat tp takut tak jadi.
ReplyDeleteyummy..kompom sedap ni,kak
ReplyDeletemenggiurkan!!..hehehehe comey sungguh cream puff ni...
ReplyDeleteBiasa wani letak air kat top tu orang kata x nak bg hangit.. Mcm renjis tu memang ia akan temban eh.. Blh la follow tips kak noor
ReplyDeleteehem ehem tembam tembam slow sikit :-))
ReplyDeletearitu baru buat...tapi bila sejuk dia jadi lembek..tak tahu mana silap...nak try ilut tips akak buat pulak..
kalau kat rumah mak...yan buat filling durian.kan musim doyan...huhu
dapnya durian
Deletexmudah juga nk buat cream puff ni tapi bagi noor mudah jer...
ReplyDeletememang tembam dan gebu gebas....tangan yang mahir membakingnya kan..
ReplyDeletesalam Ramadhan Kak nOr... nampak gebu ja cream puff tu... nak kena belajar buat ni ...hihi
ReplyDeleteOk..blh blh try balik...
ReplyDeletegebu cream puff ini,tq kak share resepii
ReplyDeletenanti nak try
alahai..menggodanya..:)
ReplyDeletesaya penggemar cream puff....10 biji sekejap jer habis, tapi itu semua yg main tunjuk2 aje.
ReplyDeleteWah baru cakap semalam dengan mak tentang cream puff, begini rupanya, bagai pucuk di cita ulam mendatang resepi ni. hehe
ReplyDeleteterima kasih berkongsi :)
Cantik cream puff yang KakNoor buat. Jadi takut pulak saya kalau nak buat, takut tak rupa cream puff pun walaupun katanya senang aje.
ReplyDeleteSaya pun suka cream puff ni, kak. Sekali sumbat aje *_*
tgk gbr cream puff pepagi ni menguji jiwa.....hihihih
ReplyDeletesedap nih.. nak skit kak Noor..
ReplyDeleteya Rabbi kak...sumpah terliur...
ReplyDeletenampak gebu sungguh ni...
Yg ni mmg feveret dulu kini dan selamanya....
ReplyDeletesedaapa nye..
ReplyDeletemenarik....
ReplyDeletehttp://sikecilameena.blogspot.com/
telan air liur jela time niii..uwwaaaa
ReplyDeleteYa Rabbi.. godaan apekah ini !! hehehe.. kalo cream puff CT suka filling dia..
ReplyDeleteyang roti tu x suka sngt..
bila baca tajuk.. 'kekal tembam'
ingat Kak Noor nak share tips macam mana nak jadi bambam hehehe.. CT dah ckup bambam dah ni..
Assalammualaikum kak nor. Mohon share resepi creampuff yg gebu ni ye. tqsm.
ReplyDeleteBandar Togel indonesia
ReplyDeleteAgen TOGEL 4DPOIN,Online Terpercaya.
Minimal Deposit Dan Withdraw 20.000
Keterangan Lebih Lanjut, Anda Bisa Hubungi Disini.
★ Pin BBM : D1A279B6
★ Pin BBM : 7B83E334
★ Whatsapp : +85598291698
★ Skype : Poin.4D
★ Line : +85598291698
Kastard sy xmenjadi la
ReplyDelete