Baked Salmon With Strawberry Sauce


Semalam kaknoor tak jalan - jalan jadi aktiviti didapur lah jawab lah.
Salmon dah beli dua tiga hari, lepas tu teringat strawberry yang di beli kaknoor sorang je yang makan, budak-budak ni tak suka sangat pun.  Jadi terpaksa fikir cemana nak habiskan strawberry tu.
Maka jadi lah seperti resepi di bawah ni.




BAHAN PERAPAN SALMON
1/2 kg kepingan salmon dibersihkan
1 sudu lada hitam tumbuk ( bukan yg serbuk )
1 sudu besar  sos tiram
1 sudu kecil bawang  putih parut
1 sudu kecil halia parut
1 sudu kecil kicap manis
Semua bahan sos di gaulkan dengan salmon dan perap selama 30 minit.

Untuk lebih sempurna rasa boleh lah di tambah dengan daun rosemary atau pudina or selasih yang di racik halus dan di lumurkan pada salmon bersama bahan perapan, tapi jika ada yang tak suka wangian ketiganya cukup lah sekadar bahan asas perapan ya.

BAHAN SOS STRAWBERRY
5 biji buah strawberry
1 biji buah tomato merah
5-7 biji cili padi terpulang kepedasan nak lebih pun ok
2 ulas bawang putih
1 biji limau nipis ambil jus
garam dan sedikit gula
Semua bahan sos diblender campur sedikit air suam dan dimasak sekejab tambah garam dan gula ikut kesesuaian dan ketepikan.


CARA NYA.
Panaskan non stick kuali, masukkan kepingan salmon, masaklah lebihkurang 4 - 5 minit atau sehingga garing kulit nya.  Salmon sebenarnya tak perlu masak lama-lama sebab isi nya terlalu lembut. Jadi pandai agak lah kalau isi salmon kita tu terlalu tebal lebihkan sikit masa, dan kalau nipis boleh kurangkan masa memasak ya.  Bila dah masak letakkan di atas pinggan yang sesuai, taburkan hirisan strawberry dan perahkan limau nipis jika inginkan lebih masam dan tuangkan sos strawberry tadi.  Tadaaaaaaaa salmon baked with strawberry sauce dah siap untuk di nikmati.




Harga salmon disini agak murah jadi hari-hari makan salmon pun ok



Begitu jugak dengan harga strawberry yang taklah semahal kat tempat kita.
Cuma anak-anak disini tak suka makan strawberry mungkin dah jemu tak tau lah



Tapi bila di buat macam ni memang laku keras segala sambal strawberry dan ikan pun licin kejab aje apa lagi di lawan dengan nasi putih panas wowww......


Baked Salmon With Strawberry Sauce Baked Salmon With Strawberry Sauce Reviewed by Unknown on May 29, 2016 Rating: 5

9 comments

  1. Perhhhh terbaek...

    Gara2 post salmon akk kt ig... td sy TER paksa g mkn salmon kat cyberjaya...

    Walaupun rasanya tidak sesedap ketika di australia ... hmmm boleh lah buat lepas teringin... hihihi...
    kami masak grill ngn black paper ... pastu cicah dgn cili padi kicap... nasik panas...

    Wowwww.... nanges... sbb sedap... kih kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboii gara2 kaknoor ke??
      Haha Huda mesti mata tu mata salmon kan sbb terpaksa gi mkn salmon kt ciberjaya tu mahaiii tk kt sana huda

      Delete
  2. Kadang2 siqah masak salmon gak. Grill jela tahu. Hihi. Nampak sedap je kalau kak noor masak :)

    ReplyDelete
  3. Saya suka sangat salmon. Kalau murah, hari-hari saya hadap salmon aje. Tak mahu dah makan ikan lain!

    Meleleh air liur tengok baked salmon with strawberry sauce yang KakNoor buat ni. Cukup ke makan beramai-ramai macam tu? Hehehe...

    ReplyDelete
  4. Tengok warna sauce dia pun dah buat kakak meleleh KakNoor
    baca juga resepi diguna macam boleh ikut:)

    ReplyDelete
  5. woww kak noor menarik sangat tu

    ReplyDelete