Jalan-Jalan Kota London & Hyde Park Part 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua nya.
Hari ni kaknoor nak sambung tayang gambar Hyde Park lagi.
Mana tau bagi inspirasi pada yang suka travel tu supaya boleh datang kat sini pulak.
Jom ikut kaknoor kita jelajah Hyde Park London ni jom!!!
View nya memang menarik mata dan hati.
Rasa macam tak mau balik je asyik nak ambil gambar.
Tapi itulah kalau banyak berjalan memang lenguh lah kaki orang veteren ni kan.
Jadi slow and steady je lah setakat yang mampu.
Ada jugak yang menggunakan kenderaan macam dalam gambar tu, tapi jarang jarang.
So far sebijik je kaknoor nampak. Memang best guna ni laju dan kaki pun taklah sakit kan.
Nasib lah sepanjang jalan tu ada jugak di sediakan kerusi tempat melepaskan lenguh.
Tapi disini kalau tak de kerusi pun diaorang akan duduk je kat atas rumput
Takde masaalah punya, cuma kita je yang agak segan..
Macam dah nak tumpang si makcik sorang tu kan.
Nasib ada safety depan dan belakang hahaa...
Tak tau apa nama pokok ni tapi nampak menarik sangat.
Jadi kaknoor tak lepas peluang fokas dekat-dekat
Bekenan tak??
Pantang tengok bunga yang nama nya orang perempuan ni kan.
Mesti nak stop kejab dua kejab nak ambik gambar.
Dah penat lah tu nampak nya ..
Posing sambil duduk lagi
Sabo je lah, ini lah akibatnya kalau di Brunei asyik nak dekat je parking kereta kalau berjalan.
Tak nak jalan langsung, kalau boleh parking kereta terus masuk kedai hahaa
Tah tahan tengok bunga merah ni
Terus shooting drama swasta kat sini pulak..
Tapi sayang nya bunga yang warna kuning ni dah tak banyak
Jadi lah untuk kenangan dalam blog ye dak!!
Gambar dalam bandaraya London, memang sibuk sangat, kami dah tak larat jalan
Jadi kami teruskan misi naik bus lagi yang dua tingkat tu.
Duduk kat tingkat atas memang senang nak ambik gambar.
Lagipun tingkat atas tak ramai orang hanya kami ber4 je masa tu
Hahaha hora sakan lah dok fokas sana sini.
Pakcik Om tu macam tau je kan kaknoor fokas gambar dia haha
Misi naik bus ni untuk ke Trafalgar Square , sebab dulu-dulu dalam tahun 1985 memang kaknoor sudah keLondon chewah masa tu lepas kawin, jadi nak lah tengok kesan-kesan dulu kala kan...
Masih lagi otw ke Trafalgar Square tengoklah betapa sibuknya jalan raya dengan bus-bus pelancong sana sini.
Bila naik bus ni terasa jalan raya sangatlah sempit nya.
Driver bus rileks je pandu, tapi penumpang ni yang sibuk dok jerit takut terkena kereta lain ke, orang lalu lalang ke, penakut betul kan penumpang jenis yang macam ni haha...
Dah sampai Trafalgar Square rupanya dah tak macam dulu-dulu..
Dulu kat sini ada banyakkkkkkkkkk burung merpati yang di bagi makan oleh pelancong
Siap bawa makanan utk burung lagi nak feeding.
Tapi sekarang ni dah tak di benarkan feeding burung kat sini
Kotor kata nyaaaaaaa....
Jadi boleh boleh posing je lah kan...
Setiap kolam atau sungai disini mesti sinonim dengan itik..
Dimana ada air disitu lah ada itik ni berenang-renang
Pun tak banyak jugak itik ni bandingkan dengan dulu-dulu..
Ini lah saja sisa sisa burung merpati di Trafalgar Square ni.
Comel budak ni macam IMan je mengejar burung
Terus teringat kat cucunda sorang kat rumah tu...
Oklah dah habis kot cerita Hyde Park rasa nya.
Esuk lusa tak tau lagi apa nak buat entry
Sebab anakanda disini sedang nak exam jadi memang jadi penunggu rumah lah
Entry masak lah lagi...
Pada SS, JM, HUDA, SITI YANG MENAIP
yang kaki travel jom kesini sementara kaknoor masih di LONDON
kita meeting jom!!
Jalan-Jalan Kota London & Hyde Park Part 2
Reviewed by Unknown
on
May 10, 2016
Rating:
Cantiknya london...tak terucap bila tgk gmbr
ReplyDeleteKeindahan semulajadi kalau di Hyde Park ni Qhaifa sbb banyak pokok2 besar yg dibiarkan entah berapa puluhan tahun ..
Deletekagum tengok gambar2 yg kak Noor tempek kat sini..mmg cantik
ReplyDeleteSue, untuk tatapan pengunjung blog ni biarlah tepek yg cantik2 je kan ye dak!! Kaknoor pun kagum dgn Sue yg sngt fasih bahasa Melayu 😃😀
DeleteNikmatnya dunia ini kan kak noor, dapat tengok kut screen pun dah bersyukur, orang dulu lagi kena naik kapal berbulan nak lihat dunia.. berseri-seri anak beranak.
ReplyDeletebetul tu BP dulu2 naik kapal air skrg ni dah senang kan
Deletealhamdulillah nikmat siht yg ALLAH bg dapat melawat anak-anak disini
Sungguh cantik dipandang mata- mendamaikanlah KakNoor
ReplyDeleteApa lagi camera KakNoor tangkap yg menarik belaka.
terimkasih kak zakie, hanyak gambar je yg dapat nak jadi bukti mana tau kita dah tak ada anak-anak dapat lah tengok mama nya kesana sini menemankan diaorang huhu sedihlah pulak
Deletessyok nya london...
ReplyDeletejom leyla mai londonnn
Deletemmg cantik k noor... mmg seronok pg time musim bunga... sana sini bunga mekar
ReplyDeletetgk rumput dia tuh cantik je terjaga, nk ddk pun selesa hehehe...
k noor berapa lama kt sana... blh la jumpa ngn kwn2 blogger yg duk kt london nun yek
kali ni agak lama dana
Deletedalam 2 bulan lah
tapi nak jumpa blogger kat sini tu susah sikit lah sbb tinggal dgn anak sana sini berpindah randah hee
Cantik bunga merah kuning kat atas tu...
ReplyDeleteCantik bunga merah kuning kat atas tu...
ReplyDeletememang cantik sngt Bunda terimkasih bunda susah2 kesini
Deleteget well soon ya kaknoor doakan semoga sihat seperti biasa
subhanallah, cantiknyaa kak noor. teringin nak gi..")
ReplyDeletesesekali boleh lah makan angin disini wawa bawa familyyy
Deletesaya pi london masa saya habis spm dulu, dgn parents dan nenek. apa boleh saya katakan sampai sekarang saya memang suka suasana di sana. moga ada rezeki bawa anak2 ke sana nanti
ReplyDeleteye ke Rai, wah dah lama tu
Deletekena dtg lagi lah ni memang dah banyak berubah london dulu dan sekarang ni
waaa...nak ikuttt...=(.cantik sgt view dy...
ReplyDeletehusna sila lah meh sini ikut kaknoor kita jalan2 jom
DeleteNoor teruskan ke Buckingham palace dah tak jauh tu. Klau pergi pagi2 blh tengok pertukaran pengawal.
ReplyDeleteCantiknya bunga tu sharp warnanya. Masa anak bongsu kak Zai pergi 2 tahun lps pun dah tak ada merpati kat Trafalgar Square.
Noor teruskan ke Buckingham palace dah tak jauh tu. Klau pergi pagi2 blh tengok pertukaran pengawal.
ReplyDeleteCantiknya bunga tu sharp warnanya. Masa anak bongsu kak Zai pergi 2 tahun lps pun dah tak ada merpati kat Trafalgar Square.
memang dh tak jauh kakzai, cuma hari tu memang sengaja tak pergi buckingham palace sebab tahun lepas dah kesana, jadi kali ni pergi kat tempat lain lagi, tapi sayang rupanya kat buckingham palace ada lagi bunga yang menarik, insya Allah sebelum balik brunei kalau ada rezeki nak dtg lah
DeleteSeronoknya Kak Noor di London. Bestnyaaaa! Teringin nak jejak kaki ke sana :)
ReplyDeleteSimpan duit siqah jom kesini makan angin kalau kebetulan kaknoor disini bolehlah belanja ni
DeleteTengok budak kecik terus teringat iman cucu kak noor ye..
ReplyDeleteRindu pasti ada ye kak noor..
Banyak betul berubahnya dari tahun 1985 - 2016 tu kak noor
Hampir 31 tahun kan..
Tapi bunga2 masih lagi kembang berseri..
Teringin juga nak jejak kaki ke sana kak noor..
Bila lah agaknya..
Insya Allah yatie kalau ada hal contohnya anak2 belajar sini pasti kita akan ikut anak2 misalnya time diaorang grad sbb nk jugak celebrate dgn family kan, anak2 yatie ada potensi tu mana tau boleh belajar disini dptlah mama nya mkn angin disini jugak kiranya 2 in 1 lah kan
DeleteMcm dah baca entri ni tapi lum komen rupanya....
ReplyDeletePandai KN posing kat gambar atas berdiri tu....bukan main senget pinggang tu mcm model tau! hihi
KN saya yg lum veteren sangat ni pun dah sakit lutut tau kalau turun tangga tu....
Belum round kat situ lagi.... Ai tak berapa hari kat sana dah rindu Iman ke KN?
Yelah burung merpati ni najis dia beracunkan kalau tak silaplah....
arghh..kak Noor mmg x sempat lah nk jumpa kak noor kat sana...budget ribu riban tu huhuhu
ReplyDelete