Curly Pasta Carbonara Versi Banjir


Alhamdulillah sekali lagi kaknoor kongsikan menu yang dimasak hari ni
Dinegara sejuk ni, anak-anak disini memang suka sangat pasta.
Tengok bahan didapur boleh lah walaupun ada jugak yang kurang
Kita modified je mana yang tak ada hahaa
Memasak ni tak semestinya kena ikut resepi sangat
Terpulanglah pada diri tuan yang makan, bagi  kaknoor kalau pasta carbonara ni
Tak suka beli yang ready made tu
Suka buat sendiri dari awal nya.
Jom tengok apa yang kaknoor guna..

Masa ni kaknoor masih lagi di Nottingham, insya Allah 6 hari lagi bertolak kerumah anak kaknoor di Bath isnya Allah semoga lancar lah nanti.




Mula-mula mesti lah ada pasta kan, rebus lah sehingga lembut pasta apa-apa jenis pun atau spaghetti
Terpulang fav sendiri lah, dah lembut tos kan lah, gaulkan dengan sedikit minyak zaiton atau minyak biasa pun ok dan taburkan sedikit parsly kering.




Ini bawang putih cincang agak-agak je dalam 3-4 biji dan lada hitam tumbuk dalam 1 sudu besar



Sosej ayam atau daging dan udang yang telah di bersihkan dan dipotong.
Boleh jugak tambah dengan sotong atau ayam pun terpulang lah ya



Ini sedikit bahan serbuk yang kaknoor guna kebetulan memang ada dalam stok anak-anak disini, kalau takde benda ni pun jadi jugak carbonara kita tu, ini just nak meriahkan lagi je
Supaya lebih ummppphh, 



Ini susu cair dan whole milk atau fresh milk pun ok.
Kalau nak guna semua nya susu cair atau evaporated milk pun ok
Sebab stok susu ni hanya setengah je tapi diaorang minta kuah yang banyak
Jadi kaknoor tambah lah dengan whole milk ni untuk membanjirkan lagi kuah ni.




Bawang bombay ni sebagai ganti bawang besar
Stok bawang besar habis jadi guna je bawang bombay 
Rasanya sama je pun bagi kaknoor.



Ini curly pasta yang dah siap di rebus dan di gaul dengan minyak zaiton dan pasli




Untuk kuah nya.
Masukan sedikit minyak dalam kuali, dan tumis lah bawang putih sehingga kekuningan, kemudian masukkan bawang bombay tadi dan lada hitam.  Tak perlu sampai bawang garing sangat.
Untuk meriahkan rasa boleh lah letakkan garlic granules dan onion granules.
masukkan sosej dan kacau rata,  Masukkan susu cair dan wholemilk, sedikit perasa, gula dan garam. Untuk memekatkan kuah masukkan bancuhan tepung gandum agak-agak dalam 1 sudu atau lebih, terpulang fav sendiri. Akhir sekali masukkan udang dan kacau sebentar sehingga udang kemerahan.
Masukkan daun pasli kering.
Bolehlah di angkat dan hidangkan.


Curly pasta sedia untuk di santap. Ini versi yang suka pedas boleh potong cilipadi kat atas tu baru makan kaw - kaw sikit.
Ada brannnnnn hihi...

Curly Pasta Carbonara Versi Banjir Curly Pasta Carbonara Versi Banjir Reviewed by Unknown on May 15, 2016 Rating: 5

42 comments

  1. Assalam kak noor...
    Waduh Seronoknya ... Pergi holiday pun
    Masih Rajin memasak...actually kita pun gitu...kiki
    Lebih suka masak sendiri Dari beli atau makan kat luar...lagi2 Kalau negeri
    Yg kita pergi tu Sejuk...tambah cili padi..Kasi badan panas...ermmm yummy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumusalam Ayu
      tak jugak holiday sangat Ayu
      lebih kepada tugas seorang ibu je
      skrg musim anak2 exam jadi mmg jadi penunggu dapur jugak
      walaupun kat negara orang
      kalau takde cilipadi tak tau lah mmg tawau je rasa semua heehee kann

      Delete
  2. Assalam kak noor
    Banjir dengan sos carbonara xpe lagi sedapppp..jangan main banir musim hujan sudahla...
    Rajin tul kak noor main masak2.Holiday sampai bila ni kak noor?sian iman rindu maktok dia la nnt hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmussalam Lina
      pesen anak-anak ni suka snagat berkuah
      kaknoor ikutkan je tapi sebenarnya bila dah di campur dan di gaul mmg tklah banjir pun
      lagipun tepung gandum tu lama2 akan pekat jugak kan..
      insya allah jadual nya sampai bulan july ni Lina
      terpaksalah apa nak buat kan

      Delete
  3. assalamualaikum kaknor...selamat bersegmen..balas kunjungan... :)

    http://www.yayacendana.com/2016/05/segmen-blogwalking-yanieyusuf-2016.html#comment-form

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumuslam Yaya
      terimakasih kerana sudi berkunjung balas ke sini ya
      insya Allah lepas ni kaknoor zoom kesana lagi

      Delete
  4. nak try la masak kat rumah.. anak suka ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah cikna mesti anak cikna suka ni
      lagipun resepi ni bukan yg ready made tu tkyah nak was2 lagi kannn

      Delete
  5. nengok je pun dh tau sedap... walaupun resepinya sgt simple

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang simple sangat Dana
      Kalau dulu sebelum jumpa resepi ni mmg terasa macam payah kalau tkde yg ready made dalam tin
      tpi bila dah ada resepi ni anytime pun boleh buat sbb bahan2 mmg sentiasa ada kat rumah kita kannn

      Delete
  6. Fuh sedapnya tgk.. Ni sudah buat lapar semula ni.. Haha.. Sini breakfast mkn pau tgk pasta terus lapar semula.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah sedap ni AH boleh try di rumah kalau rajin lah hehee

      Delete
  7. Puaslah selera anak KakNoor selagi masih ada di sana
    Order aje dgn ibu pasti buat special punya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah kakzakie selagi kaknoor masih disini apa saja selera diaorang nak makan
      pasti akan di penuhi
      lagipun stok makanan bebudak ni banyak
      cuma masa je takde utk diaorang masak
      jadi kaknoor disini lebih ke menghabiskan stok jugak ni

      Delete
  8. salam Kak Nor.. alahai sedap nya lah.. jarang makan ni..sesekali mau juga cuba masak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslam Atie, yang jarang ni mesti kena buat Atie try lah mesti nak buat lagi dan lagi

      Delete
  9. Amboi kak... kemain sedap lg tengok.
    Ok boleh la aina cuba. Sesekali selera omputih pun sodap. =D heheehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. selera omputih yang sudah di melayukan cikit sbb last sekali ada campur cilipadi haha nak kasi kick sikit pedas pedas

      Delete
  10. As-salam kak nor,

    Lain kali boleh guna resepi akak ni untuk buat carbonara.. terima kasih yang berkongsi resepi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumusalam Hanis
      ur welcome hanis
      rasa nya yang sendiri olah ni lebih ok daripada yg dalam tin tu
      pada pendapat akak lah

      Delete
  11. Kalau sudah orang expert kat mana pun dia masak walau tak cukup bahan. Tentu anak2 noor seronok dapat makan masakan ibu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pandai2 cukupkan jugak bahan tu kakzai kan
      korek2 je apa yg ada dalam petiais bebudak ni

      Delete
  12. Alahaiiii.. sedapnyeee..
    Kak noor mmg buat sendirik yer kuahnye. kalo Zura mmg beli jer kuahnye. cuma topup sikit2 nak bg lagi sedap. hehehehe.
    sedapnyeee.. terliur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg buat sendiri zura kuah nya
      rasa nya tak pernah kaknoor beli yg dlm ready made carbonara ni
      entahlah lebih suka olah sendiri lagi sukahati kita
      boleh letak apa saja haha kita yg boss ye dak

      Delete
  13. baru tahu nama bawang warna ungu tu bawang bombay.
    ky baca terus salin resepi noor. bila2 ada masa lapang boleh mencuba terus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke kakyon mmg bawang bombay nama nya sbb ia nya taklah putih sngt heee
      silakan mencuba kakyon nanti bagtau lah bila dah cuba ok

      Delete
  14. Replies
    1. macamana huda tau sedap sbb dah pengsan ni heee

      Delete
  15. Ooo lps ni ke bath pulak ye.
    hihihi... akak ke UK dh mcm balik kampung...
    hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat cemana huda, kang tak adil pulak duduk sana tak duduk sini
      kira nya kampong jugak lah tu kan
      yg di bath dah last year tahun ni kena lah gi tengok jugak

      Delete
  16. Nyummeh...nekcik mmg suka curly spiral nivdari spagheti panjang tu..lagi berperisa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul nek cik lebih terasa kan bila makan yg curly ni sbb lebih kecik dan pendek
      kalau yg spaghetti tu terpaksa kena banyak kan kuah baru lah terasa rugi tu kann
      hahaaa

      Delete
  17. Nyummeh...nekcik mmg suka curly spiral nivdari spagheti panjang tu..lagi berperisa

    ReplyDelete
  18. pasta..my favourite..Bath cantikkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fav anak2 jugak pasta apa jenis dan kuah apa2 samaada bolognese ke, carbonara ke, goreng ke janji pasta memang diarang suka

      Memang cantik Bath Nohas, pemandangan nya memukau mata tua ku haha

      Delete
  19. Saya tak pernah buat cabonara ni KN. Selalu buat bolognese jer itupun guna yg segera hihi.... Ohhh gitu buat cabonara rupanya....Senang jer rupanya ...

    ReplyDelete
  20. Ini betul2 peberet sy..ank sy afia paling suka carbonara..tp tu la tak pernah cuba yg curly spageti ni kak noor.

    ReplyDelete
  21. Wah..rajinnya kak noor..husband saya kureng sikit makanan western ni..kalau tak boleh try resipi k.noor ni..

    ReplyDelete
  22. Favorite saya ni KakNoor tapi selalunya saya buat guna sos readymade aje. Tapi lain kali boleh cuba resepi KakNoorlah pulak sebab kami pun suka bab-bab carbonara banjir selalu ni!

    ReplyDelete
  23. salam, mudah memang mudah ! terima kasih kak noor

    ReplyDelete
  24. nampak sedap betul.. tapi anak2 kurang minat dengan pasta..

    ReplyDelete