Dutch Baby Pancake With Blueberries & Banana

ASSALAMUALAIKUM 
Selamat petang untuk rakan-rakan blogger di Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapore dan dimana saja berada, semoga sejahtera hendaknya hari ni ya.
Kaknoor masih lagi bersiaran di Nottingham United Kingdom dan waktu tempatan masa ni adalah pukul 10.40 pagi.  Sebenarnya pancake ni adalah menu pagi semalam.
Jadi kalau ada yang masih buntu tak tau nak buat menu minum petang boleh lah try ni ya.
Pancake ni mudah je sebab di bakar dalam oven, jom semak resepi mudah ni ya.



Menu asal memang menggunakan strawberry tapi sebab takde buah strawberry jadi alternatif lain kaknoor guna blueberry dan banana saja, biasa lah tu buah ni time kita perlu takde lah pulak kat kedai, jadi anakanda sorang ni tak sabar nak makan pancake jadi buat lah edisi blueberry je.


 Persediaan awal fresh blueberries dan pisang yang telah di potong.


BAHAN NYA
3 biji telur
3/4 cawan (95gm) tepung
1/4 sudu kecil (1gm) salt
1 sudu besar (15gm) gula
1 sudu kecil (5gm)vanilla esen
3/4 cawan (180gm
2 sudu besar (28gm) mentega
Buah strawberry segar yang dipotong slice
Gula halus, maple sirap (ini resepi asal nya )

Tapi sebab barangan tak cukup jadi kaknoor letakkan buah blueberrys dan pisang
Bersama nutella kat atas pankek tu. Pun sedapp jugak rasa nya kalau ada strawberry memang tak cukup sebijik rasa nya ni.


CARA NYA
1.  Panaskan oven 220'C dan sedikan pan yang akan kita gunakan utk membakar.
2.  Didalam mangkok besar pukul telur bersama gula dan garam.
3.  Masukkan tepung dan kacau rata, kemudian masukkan susu dan vanilla kacau sehingga sebati.
4.  Sudu kan mentega didalam pan dan masukkan sekejab di dalam oven sehngga mentega cair.
5.  Keluarkan pan dari oven, dan tuangkan adunnan batter dan bakar selama 15-17 minit
6.  Bila dah nampak keperangan dan masak keluarkan dari oven.
7.  Letakkan potongan buah-buahan yang kita sediakan,, taburkan dengan gula halus.
8.  Picitkan maple sirap atau nutella di atas nya dan potong bentuk wedges.
9.  Hidangkan segera ketika masih panas.
10.Memang sedap dan rangup sekali .




Terlupa nak ambik gambar sebelum di masukkan ke oven pancake ni.
Dah masak baru teringat, jadi memang tak berguna sudah kan jadi tengok lah saja yang sesudah di bakar dalam oven ni tinggi kan tapi bila dah kita keluarkan dia akan turun lah sikit ketinggian nya tu.



Ini bila dah settle down pancake kita tu, agak tinggi jugak lah
Yang best ada hitam sikit crispy gitu.
Boleh jugak di makan begitu saja tanpa eksesori buahan tu, cuma agak kurang manis lah.



Ini pulak sesudah di make over kan pancake tu dengan buahan se ada nya.



Alhamdulillah dah boleh makan pancake nya.
Ada yang tergoda, jom cek dapur anda ada tak semua barang yang di atas tu.
Kalau ada mengapa tidak mencuba resepi mudah ni??
Yang pasti rangup , manis dan mmmmm nyamsss...


Dutch Baby Pancake With Blueberries & Banana Dutch Baby Pancake With Blueberries & Banana Reviewed by Unknown on May 16, 2016 Rating: 5

31 comments

  1. Assalam Kak Noor,
    ada aje kak noor idea nak masakkan untuk anak2..walaupun kadang2 bahan2 tak cukup syarat..tapi disebabkan chef yang berpengalaman ..ada aje bahan yang digantikan..
    tapi tengok pun dah terliur tu kak noor!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumusalam Ayu
      masaalah nya anak-anak esbok diaorang penuh barang
      sayang kalau tak di gunakan
      nak beli lagi mmg tak muat esnok
      jadi guna lah apa saja yg ada supaya tak membazir

      Delete
  2. Nmpk simple...yg bestnya mcm kata kak noor rangup...sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa nya pankek lembut dan lembab kan Qhaifa tpi yg ni rangup lebihh terasa sdppp

      Delete
  3. Kalau tengok nama resepi macam susah tapi bila dah baca ,simple je rupanya.Nampak rangup tu yang tak menahan....hmmm sedapnya kak noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg mudah pun Saniah kena baca semua insya Allah tkdd mSaLH lNgsung kann

      Delete
  4. salam kak noor maaf lama tak singgah sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikmusalm adik cyg
      Semoga sihat dan dalam rahmat ALLAH hendaknya ameenn

      Delete
  5. Selagi KakNoor di sana selagi itulah anak KakNoor senyum lebar
    Sediakan ajelah perut semua beres:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi sihat kakzakie kan
      Hidup biar berbakti ye dak
      Entah esuk lusa kalau tenaga dh tk kuat mmg dh tkdpt buat apa dah kannn

      Delete
  6. Tentu sedap dgn adanya buah2an yg fresh.Kelmarin kak Zai pun buat pancake tp dimelayukan mkn dgn sambal sardine.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org melayu mmg pun kakzai suka, sngt yg savoury tapi sesekLi try yg ada buah ni best jugak, terasa ringan sikit bila mkn

      Delete
  7. blueberri + pisang + nutella pun OK..makan panas2.mmg mnyelerakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg kena bersyukur je seadanya nohas kan kalau tk lapar haha

      Delete
  8. sedapnya lah kak bila nengok pan cake ni.. lama tak makan pancake.. hihi
    boleh juga cuba nti..guna bahan2 yg ada jer lah ye..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh aje Tie guna bHan2 yg nk expired tu dpd membazir kan baik lah dimanafaatkn dlm mulutt

      Delete
  9. Sedapnya kak. Boleh try buat nanti :)

    ReplyDelete
  10. walaupun xcukup bahan, masih nampak sedap di mata kita kak. kalau dpt rasa lg owsem ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut hati kknoor pun mmg nk bg raaa jugak pd Ain tpii jauhnya beribu batussss

      Delete
  11. menarik betul pancake dia kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes El pankek bakarr mudah sngt tkyh tengok2 atau aleh just msuk dlm oven je

      Delete
    2. Yes El pankek bakarr mudah sngt tkyh tengok2 atau aleh just msuk dlm oven je

      Delete
  12. PANCAKE PISANG N BLUEBERI SEKEPING XCUKUP TU NOOR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini versi satu adunan satu biji ni P insya Allahhh cukuppp

      Delete
  13. Saya ingat pan cake tu cuma yg mcm kat Mc D tu jer KN...mcm lempeng tp gebu. Bakar pun boleh rupanya....menariklah KN. Kat rumah ni dah ada dah tepung segera pan cake tu, kalau buat mcm ni mesti sedap jugak kan....
    Buah pulak tak de huhu....

    ReplyDelete
  14. Saya ingat pan cake tu cuma yg mcm kat Mc D tu jer KN...mcm lempeng tp gebu. Bakar pun boleh rupanya....menariklah KN. Kat rumah ni dah ada dah tepung segera pan cake tu, kalau buat mcm ni mesti sedap jugak kan....
    Buah pulak tak de huhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ok tu Anom boleh cuba try buat cara ni, buah tu boleh letak buah ape je yg ada kat umah asalkan jgn letak buah kelapa dh lah hehe
      Eh tpi kLU kelapa muda why not?? Boleh boleh try lah

      Delete
  15. Fuh meletup..laparnya..sy suka banana

    ReplyDelete
  16. Simple tapi nampak sangat delicious tuuuu..

    ReplyDelete
  17. bila kreatif mempelbagaikan bahan, apa saja menu boleh dihasilkan..

    ReplyDelete