Bantal & Kusyen Ditengah Kota


Assalamuaalaikum dan salam manis untuk semua.
Hari ni kaknoor hanya nak tunjuk beberapa keping gambar dibawah ni
Rasa nya memang tak pernah jumpa kat negara kita
Orang ramai bersantai-santai dengan bantai di tengah-tengah bandar macam ni kan
Dah beberapa kali kaknoor datang ini lah kali pertama kaknoor nampak
Pihak bandar ni menyediakan beberapa kusyen atau bantal-bantal empuk 
Untuk mereka yang mahu bersantai dan berbaring kat carpet yang ala rumput
Yang berwarna hijau tu sebenarnya carpet yang seakan rumput.
Dan memang tak kotor lah kalau kita berbaring dan bersantai kat sana.



Masa kami sampai disini bantal ni baru saja di letak jadinya belum ada yang guna
Masih ada lagi yang kosong tu, tapi biasa lah 
Kita yang dah tua ni malu-malu lah nak join haha
Takyah lah kan kaknoor hanya mampu ambik gambar je lah



Mesti kenal kan tangan yang gebus tu hahaha



Sebelah menyebelah tu dan sepanjang  jalan adalah gedung membeli belah
Bestkan penat-penat berjalan dapat santai kat sini



Best kan kalau tempat kita ada disediakan macam ni
Ada bantal yang empuk macam ni
Buat hilangkan penat kaki tu
Tunggulah esuk-esuk klaau masih ada tingin jugak nak merasa ni
Itupun kalau tak malu lahhhhhhhhhh

OK cukup dulu utk kali ini ya.
jumpa lagi esuk lusa..

Bantal & Kusyen Ditengah Kota Bantal & Kusyen Ditengah Kota Reviewed by Unknown on May 27, 2016 Rating: 5

29 comments

  1. Kalau kat temoat kita mungkin tak sesuai kerana faktor cuaca.

    Disiplin pengguna pun penting juga bila diletakkan kemudahan begitu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kakcik disini disiplin sngt kuat,masa naik bas nak bayar kt counter semuanya ikut siapa dtg dulu dialah yg dulu semuanya berbaris respect jugak cara diaorang ni

      Delete
  2. Sedap tu berbumbung kan langit..berlantai hijau..mesti cuba Knoor :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nnt lah BP dah kurang malu ni mesti nak cuba hehe

      Delete
  3. Bestnya ,penat jalan2 boleh relax2 jap ilangkan lelah.
    Yalah kak noor mesti cuba ni...rasanya tak perlu malu ,kan disana mereka berfikiran terbuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah saniah mcm best kan rileks mcm ni seumur hidup mmg tkde lah kalau kt tempt kita kañ

      Delete
  4. Mesti cuba tu... kak Nor. Kat tempat kita memang tak dapatlah nak merasa bersantai-santai macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu cuaca panas lgi mesti diarang letak lgi kusyen2 ni masa ni bru lah boleh try

      Delete
  5. Kena cuba tu kak noor..
    Kat tempat kita mana ada..
    kat sana jer lah nak merasa kak noor..
    Kak noor santai-santailah bersama anak dan kawan2 anak tu..
    tak lah terasa malu sangat :)
    Jangan lepaskan peluang kak noor hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagipun tkda sapa pun yg kenal kita yedak gohead jelah tkyh malu2 kucing

      Delete
  6. alamak..bestnya Kak Noor..kena cuba tu..ambil pengalaman..siap bantal empuk plak tu..
    klu family nak santai2 tu lagi ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sngt kalau family kita ada buat geng ngopi kt sini baru kalahkan omputih haha

      Delete
  7. unik sgtlah kak noor
    tp lau kat msia ni mau berebut..tak pun bawa balik umah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. El, dah agak dh kat tempt kita mesti hilang dua tiga biji kusyen2 tu rasa nya lah bkn nk ckp bangsa sendiri tpi itulah hakikatnya kan

      Delete
  8. Bestnya boleh santai sambil menatap langit.
    Negara kita sangat tak sesuai sebab rakyatnya kurang civik contohnya tengok aje tandas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju pendpt kakzai, disini sivik diaorang sngt tinggi, kita patut ikutlah mana yg baik tu kan

      Delete
  9. seronook dpt baring2 rehat2 lps pnt jalan2 tuh kak noor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disini semuanya kena guna kaki ni dana tkdelah mcm tempt kita parking keta kalau boleh nk dpn kedai kannn mmg bebenor ada kusyen ni utk lepak jab

      Delete
  10. wah, seronok aih, kebas2 kali pusing mall, dpt relax2 situ..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pun Timm esuk lusa kaknoor lepak sini jika masih ada kusyen ni

      Delete
  11. Ikutlah bebaring sama. mmg gitulah pemandangannya bila summer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org sini yg best sporting dan disiplin sweetie itu lah yg respect dan teruja sikit

      Delete
  12. Boleh bawak balik x bantal tu... ha ha ha...

    Try buat kt malaysia... confirm BERKAKI bantal tu...

    Kih kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat malaysia dh agak dh mesti bnyk kaki tngan bntal tu huda trust you haha

      Delete
  13. Mmg tak de kat Malaysia ni KN....mmg patut pun KN ambik peluang landing kat situ sambil selpie kang dah balik kempunan pulak hihi....
    Teringat ingatlah pulak tak boleh tido ...

    ReplyDelete
  14. Mmg dlm hati dh ada niat nk landing gak before balik Anom tunggu diaorang letak kusyen lgi lah KN konker semua, hHaa

    ReplyDelete
  15. Tapikan KakNoor, kalau dah ramai yang landing atas bantal tu, tak terasa pulak nak landing sama ^_^ Kalau baru letak tu okeylah, kita yang pertama. Apa nak malu KakNoor, landing ajelah sambil selfie-selfie manja gitu ^_^

    ReplyDelete
  16. bagus tu untuk lepaskan penat setelah bershopping

    ReplyDelete
  17. tak sesuai nak buat kat tempat kita.. sebab cuaca panas dan hujan yang tak menentu.. kalau buat kat dalam mall ke ok laa..

    ReplyDelete