Bath Egg Tart ~ Red Bean Puff ~ Cream Puff

ALHAMDULILLAH sepanjang berada di rantauan ini dapat lah memasak sedikit sebanyak dessert untuk anak-anak disini, antara nya ada lah Bath egg tart ni, sebab buat di Bath kita tukar je nama Portugesse Egg Tart dengan Bath Egg Tart, utk pastry nya kaknoor guna yang instant sebab disini mudah nak dapat yang instant lagipun memang halal jadi tak payah lah susah-susah nak bancuh tepung kan.



Untuk yang nak buat mencuba kesedapan egg tart ni boleh klik dibawah tu ya
Memang sedap sangat dan rasa nya kalau U all makan memang tak cukup kalau sekadar sebiji dua, mesti bermula dengan 3 atau 4 haha, pastikan buat banyak-banyak tau nanti.



Abaikan yang hitem di belakang tu sebab makin hitam makin sedap tau.
Sebab di Norway hari tu memang ada jugak makan egg tart ni, masuk kat restoren dia, memang diaorang panggang ala gelap-gelap macam ni, jadi apa lagi kaknoor tiru lah 



Makin hitam makin sedap di makan tak caya SUDAHHH...



INI lebihan dari pastry puff tu kaknoor buat inti kacang merah yang manis dan masukkan dalam pastry ni dan bakar, yang suka kacang memang sedappp bangat, boleh try nanti.



Bahannya
Pastry puff   KAWAN atau yang sewaktu dengan nya.
Inti kacang merah ( rendam kacang merah rebus sehingga lembut + gula secukupnya dan blender halus )

Cara nya
Ambil satu atau dua pastry puff, gelekkan dan gulung lepas tu potong bulat kecil. Ambil potongan bulat tadi, gelek nipis untuk di letakkan dalam muffin tray, kaknoor buat 5 keping dan susun macam kelopak bunga, letakkan inti kacang merah, dan tutup lah dengan sedikit pastry puff. Ikutlah kreativiti masing-masing ya, yang ni pun kurang menyerlah sebab nak cepat hahaa... Kemudian bakar lah sehingga kekuningan dalam suhu 200'C selama 20 minit atau lebih.




Pastry puff yang rangup bila di bakar memang serasi di makan dengan inti kacang merah ni, sayang nya pastry puff dan habis kalau tak memang nak buat lagi dan lagi..

Dibawah adalah Cream Puff,  sebab sayangkan ada buah strawberry kat rumah ni, maka dengan sendiri nya teringat nak buat creampuff, tapi anak-anak tak suka strawberry dalam creampuff ni, jadi yang ada strawberry tu adalah yang tukang masak punyaaaaaaaaaa...
Resepinya kaknoor sekodeng dari blog chef Norzailina sebab sesuai dengan kaknoor yang tinggal bertiga kat Bath ni.




Bahan nya
65 gm tepung gandum
secubit garam
50 gm mentega
150 ml air
2 biji telur di pukul sedikit

Cara nya
1.  Ayak tepung bersama garam di atas kertas kalis minyak dan ketepikan.
2.  Jerang mentega dan air sambil di kacau sehingga mentega cair, kuatkan api dan biarkan 1 minit.
3.  Tutupkan api dan masukkan semua tepung kedalam periuk dan kacau dengan cepat.
4.  Bila adunan sebati dan tepung tak melekat pada periuk ketepikan dan biarkan sehingga suam.
5.  Masukkan telur kacau rata, kaknoor guna mixer pada lower speed dan biarkan mixed sebati.
6.  Bila adunan dah sebati masukkan adunan dlm piping beg yang bernozel bunga.
7.  Picitlah di atas dulang pembakar yang telah di gris kan dengan mentega.
8.  Bakarlah pada suhu 220'C selama 20-25 minit atau sehingga keperangan.
9.  Dah masak boleh lah difilling dengan filling kegemaran samaada kastad atau cream.

UNTUK RESEPI KASTAD BOLEH LAH RUJUK DISINI 





Memang menjadi bulat dan montok guna resepi ni.
Jadi sila rajinkan diri pada yang tak suka kedapur tu moh le rugi tau kalau tak mencuba, boleh buat hidangan openhouse raya jugak ni, takkan nak hidang biskut raya je kan...


Bath Egg Tart ~ Red Bean Puff ~ Cream Puff Bath Egg Tart ~ Red Bean Puff ~ Cream Puff Reviewed by Unknown on June 28, 2016 Rating: 5

31 comments

  1. uii..sedap2...selamat berpuasa kak noor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slmt berpuasa utk Liha jugak
      Panjangnya puasa kt sini sama jugak dgn Norway kann

      Delete
  2. Saya selalu beli je kak kat kedai roti...kalau nasib baik dpt beli yg panas2 tu memang la sedap tak terkato...kikiki...seronok la anak2 akak yek...mama nye ada memacam bleh masak kan...sedap2 pulak tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah biasa buat mcm tk puas je dok goyang kaki dan goyang tangan kt umah Lin, beli pun sodap kan lgi cepattt dan sedapp

      Delete
  3. Nur mmg minat dgn tart2 ni tp belum berkesempatan nak buat lg kak noor...
    Sedapnya...

    ReplyDelete
  4. Tengok blog kak noor je boleh buat siqah kenyang.. Asyik lapar je, nak kenyang pulak lah. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih siqah sbb tengok gmbr pun jd kenyang oklah tu kann

      Delete
  5. waduh2..... tgk pun dh tau sedap...

    akak duk ber3 je... suami kak noor dh balik brunei ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami baru dtg lgi utk mjlis convo dana, sbb dia tk suka lama2 dok negara sejuk ni

      Delete
  6. semua sedap...
    paling saya suka cream puff tu kak... mengiorkan...hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Creampuff buat kastad sendiri mmg paling sedapp

      Delete
  7. Kalau kakak tak nak pilih-pilih KakNoor sebab kakak nak semuanya hihi...
    Tengok gambar pun dah menggoda selera mana boleh tahan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selera anak2 ni tk sama kakzakie itulah yg susah sikit kena buat mcm2 jenis nk suruh pilih hehee

      Delete
  8. Alamak sedapnya kak noor.org pntg ni kena byk sabar woo..lg2 klu dtg blog pakar masak macam kak noor.hahaha

    ReplyDelete
  9. Alamak sedapnya kak noor.org pntg ni kena byk sabar woo..lg2 klu dtg blog pakar masak macam kak noor.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah kesian kt org berpantang ni kan PK tapi, kalau tengok je tkde pantang On je asal jgn ngap, dh lah

      Delete
    2. Hahah kesian kt org berpantang ni kan PK tapi, kalau tengok je tkde pantang On je asal jgn ngap, dh lah

      Delete
  10. nyummm... terasa nak makan skrg juga ..hahaha..sy memang suka yg agak hitam/hangus skit bila makan egg tart Kak noor..hihi..suka rangup2 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama Atie akak pun suka yg hitam manis mcm ni rangup kejab je licin walaupun sspiring

      Delete
  11. Sedapnya...mkn panas2...dengan segelas teh o di waktu salji turun..nikmatnya hidup penuh dgn ketenangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaknoor layan dgn kopi mineral Irda mmg nyamss sngtt

      Delete
  12. Replies
    1. Sabo je Ayu jamu mata dulu lah disini hehee

      Delete
  13. KN kotnya depa terbakar hangus kot yang KN meniru pulak hihi.....
    Kalau saya bukan 3-4 ketul KN, mau 10 ketul baru puas tu hihi...kecik jer tu haha....
    Saya buat tart baru sekali jer KN....sebab terliur tgk tart KN jugak rasanya hihi..
    Nak buat lagi entahkan bila

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hainom,rasanya diarang sengaja hanguskan kot sbb semua nya hitem belaka bila dihidangkan hahaha tpi mmg sedap tau kalau hitemmm

      Delete
  14. fuh, gambar menggiurkan.. hahaha

    ReplyDelete
  15. suka cream puff.. tetiba teringin plak nak makan..

    ReplyDelete
  16. sedapnya kak noor.. nak la sikit

    ReplyDelete