Nasi Ayam & Ikan Masin Sweet Sour Menu Iftar Ke4
ASSALAMUALAIKUM
Resepi nasi ayam ni kaknoor tengok kat blog MAMADEE'S sebab sangat simple cara penyediaan nya dan cepat tak payah tunggu lama-lama ayam perapan kita tu, sebab kadang - kadang kita perlukan yang simple macam ni kerana bahan-bahan yang terhad, jadi bersyukurlah asalkan dapat makan nasi ayam, walaupun simple tapi sedap
Untuk DIANA izinkan kaknoor letakkan resepi Dee kat blog kaknoor ya untuk rujukan anak - anak yang masih baru dalam bidang masak memasak ni
Bahan-bahan perapan ayam
5 ketul peha ayam (mamadee gunakan bahagian peha ayam, nak guna bahagian mana-manapun boleh)
1/2 inchi halia (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Garam secukup rasa
1 sudu teh cuka
2 sudu besar kicap manis
Bahan-bahan sup
Air rebusan ayam
1 bunga lawang,
1 kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1/2 labu bawang besar Holland (dihiris nipis)
Daun sup
Bahan-bahan nasi
Air rebusan ayam (sukatan bergantung kepada jenis beras)
2 cawan beras
1/2 labu bawang besar Holland (dihiris nipis)
1/2 inchi halia
1 sudu besar minyak
1 sudu besar butter atau majerin
1 bunga lawang
1 kulit kayu manis
Cara-cara membuatnya.
1. Bersihkan ayam. Kemudian lumurkan halia, bawang putih, garam dan cuka pada ayam. Perap dalam 5 minit. Masukkan ayam tadi kedalam periuk. Masukkan air biar ayam tenggelam. Rebus ayam sehingga masak.
2. Kemudian keluarkan ayam dari dalam periuk. Letakkan ayam didalam mangkuk, campurkan kicap manis. Lumurkan kicap manis pada ayam. Perapkan sebentar.
3. Sementara menunggu ayam diperap, basuh beras berih-bersih. Kemudian panaskan periuk nasi. Masukkan minyak dan majerin. Kemudian masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis. Setelah naik bau, masukkan bawang besar. Tumis sehingga bawang layu.
4. Kemudian masukkan beras kedalam periuk. Gaul-gaulkan beras dengan minyak. Selepas seminit, masukkan air rebusan ayam tadi kedalam periuk nasi. Sukatan air bergantung kepada jenis beras. Masukkan halia dan sedikit garam. Masak nasi seperti biasa.
5. Kemudian kita sediakan sup. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bawang didalam periuk. Setelah naik bau,masukkan air rebusan ayam tadi. Masukkan garam secukup rasa. Setelah sup siap, taburkan daun sup.
6. Seterusnya, kita sediakan ayam. Ayam yang telah siap diperap tadi digoreng. Jangan goreng terlalu lama kerana ia cepat hitam dan akan keras.
Bahan-bahan aksesori
Bahan sos
1 biji tomato
5 biji cili
3 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
3 sudu besar air
Cara menyediakan sos.
1.Campur semua bahan dalam blender. Kisar sehingga hancur.
2. Kemudian masukkan kedalam periuk. Masak sebentar dengan api kecil. Kemudian pindahkan kedalam mangkuk
Bahan-bahan kicap
4 sudu besar kicap manis
3 sudu besar air rebusan ayam (atau nk guna sup ayam pun boleh)
Cara-cara menyediakan kicap
1. Campur semua bahan dan gaul sebati.
Bahan-bahan ulam
hirisan tomato
daun salad
hirisan timun batang
taugeh (dicelur sebentar, kemudian masukkan kedalam pinggan, curahkan kicap dan sup ayam keatasnya, dan taburkan daun bawang)
Ikan masin ni extra menu sebab tukang masak teringin nak makan, lagipun baru beli kat kedai Arab masa jenjalan beli beras dengan anak kaknoor baru ni, rupa nya Pak Arab pun makan ikan masin jugak hehee, ikan masin ni kaknoor goreng rangup, lepas tu angkat, kemudian goreng bawang besar dan cili untuk pedas sikit, tambah asam jawa dan kicap manis, gaulkan dengan ikan masin tadi.
Wah sedapnya makan dengan nasi ayam atau nasi putih..
Nasi Ayam & Ikan Masin Sweet Sour Menu Iftar Ke4
Reviewed by Unknown
on
June 11, 2016
Rating:
salam kak noor..
ReplyDeletetukang masak ni kak.. semua nya jadi.. saya jadi tengok je..
ikan masin goreng garing dengan cili bawang tu biasa saya buat for hubby. memang makan bertambah2 kak.
waalikmusalam Yan
Deletehahaaha jadi tengok jadi jugak tu Yan
Memang takde ayam daging pun ok klau ada ikan masin ni Yan
Hari-hari makan ikan masin mmg ok je no hal hahaa
Ni lah menu berbuka masa first ramadhan ritu, pak arab versi melayu ni
ReplyDeleteNi lah menu berbuka masa first ramadhan ritu, pak arab versi melayu ni
ReplyDeletesedapkan cikna nasi ayam tapi kaknoor tolak ayam makan ikan masin je haha
Deletepak arab pun dah jadi melayu dah skrg ni suka ikan masin heee
Ikan masin tu lah pelengkap menu kak .. sedap 😊
ReplyDeletebetul sngt MIa tambahan time sahur kalau ada ikan masin baru laju sikit makan nasik
Deleteallah... taisliur meliat gmbr makanan aa :s
ReplyDeleteJadi tah liat gambar Fae, kami disini kekurangan lauk tak macam di Brunei macam2 ada siok eh ada bazar ramadhan segala, sini nak makan mesti bersilat lah di dapur
Deleteeh! terliur pulak nasi ayam tu kak noor
ReplyDeletenasi ayam everytime fav ni nieda kan
DeleteNasik ayam is my alll tyme faveret....
ReplyDeleteTp ayam tu x buh cuka. Tak tahan perut.
Buh madu lh kak.. sedap...
pastu buh cabai blender sikit nk bg pedas.
kalo x nk pedas x yh lh... hihihi...
boleh saja boh madu huda selera memasing kan
Deletesambal nya ada scotch bonnet tau pedessss bangat
NOOR MSK SIMPLE PUN SEDAP..ADA IKAN MASIN MMG MEMYELERAKAN...
ReplyDeletepuasa2 ni mmg kalau ada ikan masin nasik mmg terlajak ni P
Deletesedapnya nampak....nasib malam hari....
ReplyDeleteselamat berpuasa ARz mesti menu sedap utk berbuka petang nanti
DeleteBila kakak perhati dah macam kat Chicken Rice Shop cara hidangan KakNoor
ReplyDeleteBoleh buka restoran ni siap ada taugeh bagai tu.
aduhh kakzakie janganlah angkat sngt nanti terjatuh gedebuk sakit tau puasa2 ni hahahaa
Deleteada ikan masin..penambah selera..ayam tu nmpak juicy..
ReplyDeleteorang veteren mmg suka snagat dgn ikan masin nohas kan
DeleteSedapnye ni..
ReplyDeletelarisss kalau buat nasi ayam ni Liza
DeleteMudahnya penyediaan nasi ayam. Bolehlah buat menu berbuka nanti. Sedaplah KakNoor ikan masin tu. Terbayang-bayang pulak kesedapannya bila makan dengan nasi putih panas-panas! Aduhai nafsu...!
ReplyDeletecara ni lebih mudah dan cepat sikit MD tkyah tunggu lama2 sngt
Deletekejab je dah boleh makan nasi ayam sedappp
try lah utk menu berbuka petang ni
Tengok gambar pun dah terliur, nak mkn nasik ayam
ReplyDeleteDah lama tak buat sendiri
Macam nak buat nasi ayamlah pulak ptg ni..... tadi ingat nak masak ikan....
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak :) Baru berkesempatan jengah blog akak. Harini berbuka Mekja nak buat nasi ayam. Hihihi
ReplyDelete