Portobello Mushrooms Berinti Daging & Mozarella Cheese

Assalamualaikum dan selamat petang untuk orang sana ya
Disini masih awal baru pukul 9.30 pagi.
Ingat tak portobello mushrooms gedabak yang kaknoor beli online baru ni
Baru sempat nak update resepi sebab baru masak semalam
Resepi nya ikut citarasa sendiri, dan ikut idea dari orang lain sesuai dengan selera timur kita lah yang suka agak pedas, tapi taklah pedas gilerrr tu...



                                



Bahan perapan cendawan
Setelah dicuci bersih, di keluarkan tangkai tengah cendawan, dan di lapkan cendawan portobello ni, peraplah dengan sedikit garam, kunyit, cili serbuk, biarkan selama 20 - 30 minit.

Bahan untuk inti
1 cawan daging cincang
tangkai cendawan tadi didadu halus
1 biji tomato dadu
capsicum merah, hijau dan kuning secukupnya didadu
2 ulas bawang putih cincang
1 sudu kecil lada hitam tumbuk
1 sudu cili flakes/serbuk cili/cilipadi hiris
mozarella cheese secukupnya
sedikit gula dan serbuk perasa
minyak untuk menumis

Cara nya
Panaskan kuali masukkan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan dan masukkan daging cincang dan cendawan dadu tadi dan kacau sehingga daging kering airnya.  Masukkan tomato dadu, lada hitam, cili serbuk, gula dan serbuk perasa.  Bila daging dah masak masukkan capsicum kacau rata dan boleh lah diangkat, ketepikan.

Sediakan dulang pembakar atau apa saja pinggan yang boleh tahan panas, susun lah cendawan tadi didalam dulang, sudukan dengan inti sehingga penuh cendawan, dan akhirnya taburkan mozarella cheese dan pangganglah dalam oven 200'C selama 20-25 minit atau sehingga cendawan masak dan cheesenya agak keperangan. Sedap di makan begitu saja atau dimakan dengan roti atau nasi.




Ini gambar sebelum dimasukkan kedalam oven.



Agak juicy sikitlah bila cendawan portobello ni dah masak dan memang sedap sebab kaknoor memang suka cendawan, tapi tak suka barangan yang "berkulat" hehee



Nampak tak cheese yang sedang berjatuhan itu ..
Sila pandang pandang ~ jangan pegang pegang ~

Marbelessss sangat kebetulan dalam rumah ni hanya tinggal 3 orang je lagi anak-anak lain semuanya dah bercuti dan balik keBrunei. Jadi dapat lah sorang seketoi macam tak cukup je seketoi cendawan untuk sorang  huhu...


Portobello Mushrooms Berinti Daging & Mozarella Cheese Portobello Mushrooms Berinti Daging  &  Mozarella Cheese Reviewed by Unknown on June 14, 2016 Rating: 5

45 comments

  1. K.noor buat lapr...nasib dh dkt brbuka

    ReplyDelete
  2. Sedap dan special masakkan kak noor ni...melted cheese memang yummy kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yumsss Bp sbb ada cheese tu menyerlah kesedapan

      Delete
  3. Jenis masak yg begini mmg fev hubby kak..
    dia pandai masak... ada saja idea...
    sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohye ke Qhaifa
      Boleh lah try suruh ur hubby msk gerenti sdp ni

      Delete
  4. Alaa bestnya, camana dan kat mane nk cari cendawan tu��

    ReplyDelete
  5. Alaa bestnya, camana dan kat mane nk cari cendawan tu��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat pasaraya biasa nya ada kan cendawan cam gini zimahh

      Delete
  6. Sedapnya Kak Noor...telan air liur jap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dekat nk berbuka kan fidah oklah tertelan pun tk lama lgi nk makan hehe

      Delete
  7. Cendawannya pun dah special dpt pulak ke tangan org yg special mestilah rasanya juga jadi special. Untunglah anak-anak KakNoor:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap kakzakie cendawan ni harga pun special jugak ni
      Sesekali lepas geram oklah tu kan kak zakie

      Delete
  8. nengok je pun dh tau sdp kak noor oi... klu dana tak ckp seketui sorang heheheh mau nk berketui2 baru ckp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabo je dana lain kali nk beli bnyk lah sbb mmg tk cukup seketoiii

      Delete
  9. marbelesss;) minta salin resepi yer

    ReplyDelete
  10. biasa tengok jamie oliver masak portobello ni, tak sangka boleh dimelayukan ikut tekak kita. teringin nak buat tp tak tahulah bila kan. nampak very delicious kak noor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tekak melayu walaupun portobello pun nk dimelayukan jugak nasib baik tk letak belacan dlm cendawan tu hahaa kalau tk mmg si porto dh jdi org melayu jati

      Delete
  11. fuh kak noor! power tau... sedap nya tgk gambar. =D

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Kalau murah cendawan akan buat bnyk2 nohas

      Delete
    2. Kalau murah cendawan akan buat bnyk2 nohas

      Delete
  13. Ok dah booked siap2 nanti nak try buat :)

    ReplyDelete
  14. oh cendawan besar tempohari ya kak noor? tengok gambar pun dah nampak sedapnya ..cendawan memang sedap kan...apatah lagi air tangan pakar masak kak noor ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru masak Saniah cendawan gabak tu,apa lah yg pakar sngt kaknoor masakan biasa cuma guna cendawan dn dimelayukan zikit

      Delete
  15. Salam kak nor.. sedapnya.. nyum2 huhuhu, erma lambat sampai-sampai dah habis.. nanti kak noor wat kan lagi yer hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walikmuslm erma
      Orait nnt buat lg bnyak2 ya supaya dpt mkn semua hehe

      Delete
  16. alahai sedapnya. seketoi sorang je..mestilah tak cukup kaknoor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ingtkan cukup sbb bila masak jd mengecil KB haha

      Delete
  17. Gigil lagilah perut saya, KakNoor! Ada-ada aje idea bagus KakNoor ni kalau bab resepi menggiurkan gitu. Nampak sedap sangat KakNoor. Cukup ke seorang seketul? Air liur tak sempat meleleh dah habis dah, KakNoor!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sngt2 tk cukup MD,nk kena buat lgi ni gamaknya,kesian air liur tu dok meleleh2 je haha

      Delete
    2. Sngt2 tk cukup MD,nk kena buat lgi ni gamaknya,kesian air liur tu dok meleleh2 je haha

      Delete
  18. mcm best je ni kak nor..nti el cuba ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan El boleh buat versi El mana tau lebih terangkt

      Delete
    2. Silakan El boleh buat versi El mana tau lebih terangkt

      Delete
  19. Sedapnya lah kak noor...klu atie mmg tak cukup seketoi...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg berketoiii2 ni kan Atie tk puas rasanya mkn

      Delete
    2. Mmg berketoiii2 ni kan Atie tk puas rasanya mkn

      Delete
  20. La cendawan ke tu KN....ingatkan roti. Besarnya cendawan....Mcm tak cukup jer tu. Celah gigi saya jer tu KN.

    Saya pun suka gak cendawan ni. Saya pun tak suka barang yg berkulat hihi

    ReplyDelete
  21. aduhaiiii ~ lapar nie kak noor. pandainya kak noor masak..

    ReplyDelete
  22. Makin jatuh cinta dengan blog ni...sedappp sgt menu tu semua kak noor

    ReplyDelete