Hari ke3 di Oslo Norway
Assalamualaikum dan salam jumaat dari negara Scandinavia ini, betul lah bak kata orang hujan emas dinegara orang, lebih baik hujan batu negara sendiri kan.
Disini sedikit lagi hasil jenjalan hari ni bersama student Brunei, mana boleh lawan orang muda dengan orang tua kan, orang muda seharian jalan pun ok je masih happy, orang yg veteren ni dah separuh hari mula lah kaki ni meragam haha.
So bila kaki dah meragam kaknoor akan tarik diri lah, balik berehat kat apartment, esuk lgi memulakan penggembaraan baru, anak2 ni pun tak kisah jugak katanya terpulang lah pada aunty hehe itu la yg aunty nak dengar sangat kan.
Jadi tengok lah mana yg ada gambar disini ya, taklah banyak sangt pun dan yg nk bgtau pizza tu punya lah besar 40 cm tau sebijik, lebihkurang 20 inci, kami kongsi 4 orang makan itu pun paksa kan diri bagi habis sebab harga nya 254 krone haha rugi tau kalau tk habis.
Jadi 2 biji pizza vegetable dan 1 biji pizza tomatoes cheese mmg tersangat cukup utk kami 9 orang ni. Nasib ada 2 lelaki kira oklah jugak kan dapat menghabiskan pizza tu hehe
Pada Nuzul & Farhan kalau terbaca blog aunty jangan marah tau! bukan aunty cakap u all pun hanya suka2 usik je sebab aunty buat macam anak2 aunty jugak.
Dan maaf jua sebab aunty selalu escape di akhir tour kitani..
Ok sampai jumpa esuk lusa insya Allah ya adik2 blogger jangan serik datang blog kaknoor tau!!
salam , seronok eh kak noor :)
ReplyDeletewaalikmuslam yana sesekali ikut rentak anak2 berjalan best jugak
DeleteWaahh..lama betul kak noor kat sana.. habis tempat dia jelajah.. seronok betul ni..
ReplyDeletemenunggu anak kaknoor konvo Ita itulah jelajah sikit ikut budak2 tengok negara orang sesekali kan
DeleteJalan jauh tu KNoor, untungnya..doa doakan saya ke sana juga :). Semua tempat cantik kiri kanan depan belakang.. gambar sebelum piza tu Knoor ye, macam dua beradik tu :) bagus tu ada yang menghabiskan piza :)
ReplyDeleteinsya Allah BP kaknoor selalu mendoakan rakan2 blogger semua murah rezeki dan diberi kesempatan utk menjelajah kesini isnya ALLAH semoga ALLAH makbulkan doa2 kita ya
DeleteCantik nya..
ReplyDeletecantik negera orang cheqda kadang rindu jugak dgn negara sendiri
Deleteseronoknya kak noor...
ReplyDeleteberjln2 ngn anak2 muda tu best depa suka explore... n bgs jgk mereka sgt memahami kak noor... bila penat berenti
mmg cantik2 btl view kt sana... sedap btl nampak pizza tuh
kalau tak berenti siap lah diaorang dana hahhaa
Deletetakde lah kadang tu macam menyusahkan jugak sbb kaknoor tak larat nk jalan
diaorang terpaksa cancel acara
Nikmatnya KakNoor tak terbayang kakak di sini.
ReplyDeleteKonvoi 9 org dgn cuaca dan keadaan yg nyaman happy tak terkata
Bunga-bunga dia tu segar-bugar buat mata memandang tak nak berkelip
KakNoor macam dah lupa nak balik Brunei dah hihi...
kakzakie dalam hati mmg rindu nak balik brunei
Deletetapi apa kan daya sekarang ni belum mengizinkan lagi
ada lagi satu acara mesti di hadiri tulah kena tunggu ni
Kak Noor suka saya tengok gambar bunga2 tu....cantek bila dah banyak gitu ...gerammm tengok.
ReplyDeletePizza tu memang nak menyelerakan kak noor...
Kak Noor suka saya tengok gambar bunga2 tu....cantek bila dah banyak gitu ...gerammm tengok.
ReplyDeletePizza tu memang nak menyelerakan kak noor...
terpaksa cari pizza vegetarion je kalau kat sini Saniah
Deleteno daging no ayam
sbb kadang tak sure jugak
tapi kalau pizza sayur je oklah
Bangunan dan pemandangan sangat cantik ada bunga pulak. Nampak sedap pizza tu ada avacado.
ReplyDeleteboleh jadi inspirasi jugak ni kakzai nnt buat pizza letak avocad lebih sedappp
Deleteseronok berjalan ye kak noor :D
ReplyDeletedah rezeki Mazni jalan lah selagi kaki terdaya ye dak
Deleteel yg muda ni pun dah lenguh lau berjalan lama kak noor woii hahaha
ReplyDeletemkn ikut suka..berat dah melampau nak jln lama2 dah xlarat haha
kannnn jgn ckp orang tua tak larat kan El sbb orang muda pun dah ada tanda2 tak larat jugak tu..tapi kadang best jugak jalan kuruihh la sikit
DeleteTergeliat lidah saya nak menggayakan menyebut nama station tu tau, KakNoor! Eh, betul ke stesen? Pepandai aje saya ni.
ReplyDeleteYalah KakNoor, saya pun kalau kena jenjalan sehari suntuk, penat juga. Walaupun katanya suka jenjalan ni. Maklumlah usia dah meningkat juga sebenarnya!
memang station lah tu MD pandai pun MD meneka
Deletediaorang ni lebih menggunakan perkataan J
usia meningkat berjalan jauh mmg tk rekemen lah kan MD
kaki comey ni yg meragam kalau banyak berjalan
Assalamualaikum KakNoor,
ReplyDeleteBenarlah kata-kata hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri itu lebih baik.. Bagaimana cuaca di sana?
kannn maklong sendiri pun dah merasa kan
Deleteduduk lama2 negara orang lagi lah macam terasa snagat
tapi apa nak buat kan kena redho je lah
masa skrg ni norway panasss lah maklong
tak best saya suka cuaca Uk lagi lebih sejuk dan berangin
Kk Noor...ssssyyyhhh..kekadang orang tua lebih cergas dari orang muda tau he he hee sebab hatinya sentiasa muda remaja :)
ReplyDeletecergas oklah tu kan sepatutnya Amie
Deletemana boleh bagi kat orang muda je cargas ye dak
tulah kaknoor jenjalan dgn orang muda supaya lebih awet hahaaa
Seronok berjalan di negara orang. Boleh tengok keindahan, budaya, adat, dan makanan mereka. Best best! Alhamdullilah kak noor dapat merasai semuanya :)
ReplyDelete