Sambal Telur ~ Onion Rings ~ Butterprawn ~ Green Curry ~ Bilis Goreng Simple

ASSALAMUALAIKUM dan salam jumaat di ramadhan yang mulia ini.
INI adalah antara menu lauk pauk yang kaknoor masak semasa di Bath ni
Bukan sehari tau, ini adalah gabungan dalam seminggu jugak lah, boleh rujuk resepi kalau ada yang teringin nak buat OK..


Sambal telur memang tak boleh di pisahkan dengan anak-anak kaknoor ni.
Diaorang ni suka makan pedas jadi mama nak senang buatlah sambal telur kalau masa dah suntuk untuk masak yang lain, resepi sambal telur boleh lah klik 



Untuk resepi Onion Rings pulak kaknoor ikut resepi yang lama 
DISINI tapi yang baru ni kaknoor tambah sedikit herbs yang ada di rumah ni dan sedikit oats segera yang telah di hancurkan, terpulang kita ya mengolah makanan apa yang kita nak..




Sedap bila makan onion rings yang rangup macam ni, di ratah begitu saja pun ok, tapi sayangnya masa berbuka disini terlalu lambat, sekarang berbuka pukul 9.33 malam, Isyak pukul 10.53 malam, kalau teraweh lagi memang pukul 11 lebih lah baru beres segala nya, tak sempat nak meratah segala onion rings ni, dah letih sebab nak tidur lagipun subuhnya sekarang dalam pukul 2.50 pagi jadi kena stanbye sahur lebih awal dari ini kan dugaan sungguh berpuasa disini



Sempat jugak buat butterprawn walaupun agak kurang panjang floss nya, 
Oklah kan janji sedap je, resepi dah banyak kali kaknoor letak boleh lah rujuk 





Kalau butter prawn ni memang laris tak kiralah floss nya panjang ke pendek kan
Mesti laris punya, disini kaknoor tambah dengan cendawan dan brussel sprouts sikit untuk meriahkan lagi cik prawn tu..






Green curry kebetulan dah ada paste kat dalam petiais umah anak kaknoor ni, jadi apa lagi sessi menghabiskan paste green curry tu maka nya kaknoor campur2 je apa yang ada, kebetulan serai ada sebatang, nak jadikan banyak kaknoor potong2 je serai tu, tambah tomato, brussels sprout lagi dan dada ayam sebab mudah nak makan katanyaaaaaaaaaaa....



Tak susah buat green curry ni ikut je aturan dalam peket nya, hanya campurkan dengan santan dan masak lah, letakkan ayam dan sayuran apa yang kita suka, tambah gula sikit sebab paste ni agak masin..



Kena dengan nasi panas memang selamat green curry ni




Ini menu legend masa berbuka atau sahur, mesti ramai yang suka menu simple dimple ni kan.
Hanya bilis, tomato, cili padi dan bawang besar dan sedikit air asam jawa dan kicap manis. Cendawan tu extra je kalau takde pun ok jugak.
OK selamat menjamu mata ya, kalau nak resepi klik je takde apa  nak sedekah time ramadhan ni, hanya resepi  bodo-bodo je yang mampu kaknoor bagi..


Sambal Telur ~ Onion Rings ~ Butterprawn ~ Green Curry ~ Bilis Goreng Simple Sambal Telur ~ Onion Rings ~  Butterprawn ~  Green Curry ~ Bilis Goreng Simple Reviewed by Unknown on June 24, 2016 Rating: 5

32 comments

  1. hamboih... punyalah banyak menu lauk... seafood lak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menu utk dua tiga hari tu dana dikumpulkan dear

      Delete
  2. petang2 mai sini mau tergoda kak nooor woiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai malam lah El dah kenyang baru lah singah sini ambik bau naa

      Delete
  3. Terliurrr. Meleleh-leleh air liur nengok makanan kat sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha thanks farah sudi lelehkan air liur tu ya malu ai lah

      Delete
  4. Bestnyer Kak Noor masak untuk berbuka.semoga Kak Noor sabar menahan masa puasa yang panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar penuhi keinginan anak2 ni Sue alhamdulillah so far masih boleh bertahan lgi dgn puasa yg panjang ni

      Delete
  5. KakNoor masak apa pun tetap menggoda
    Cara gambar yg diambil tu lagilah buat mata terus tak berkelip:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih kakzakie tinggi lah pujian tu kalau dh minat ambik gmbr makanan apa nk buat kakzakie hehehe

      Delete
  6. Kalu goreng telur rebus tu pon sodap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sodap SS tpi tk sempat nk goreng lepas rebus terus je masuk tunggu telur puyuh baru best kecik sikit kan

      Delete
  7. Menu ikan bilis tu paling best... pembuka selera...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan bilis mmg sedap Bunda anytime pun selera sentiasa terbuka

      Delete
  8. Kak Noor, semua resepi kat atas tu 10 bintang SB bagi, tau. Tertarik sangat dengan kemerahan buah ceri dan strawberri tu..lapar ku tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Sue banyk jua bintang nya sampai 10 nnt tkde bintang utk org lain Sue camno!!!

      Delete
  9. Replies
    1. Menu biasa pilihan anak2 Mala kaknoor ikut je

      Delete
  10. Ya Allah sedap nyer semuaaaaa !! Terliurrr la pulakkk..kekekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak makan Idzwa disini tkdpt masuk restoren sukahati, rajinkan diri buat sendiri apa yg budak2 besar nk makan hahaha

      Delete
  11. sedap2 menu yang kak noor masak ...yang legende tu lagi lah mengoda selera ketika berbuka dan bersahur ...ikan bils bawang tu .
    Mencabar betul berpuasa disana ya kak noor? ....terlalu pendek waktu malam nya .Sedangkan di sini dah makan waktu berbuka ,nak isi lagi waktu sahur pun tak larat nak iisi lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg mencabar sngt2 Saniah,paksakan diri je makan utk sahur sbb kalau tk mkan mmg lama lgi tu masa utk berbuka 18 jam lgi menungguu mmg kena kesabaran yg sngt2 tinggi lah

      Delete
  12. Tak dapat SA bayangkan kak noor dan anak2 berpuasa dalam masa yang panjang macam tu..lepas tu imsak pun cepat...mencabar sungguh kan kak noor..tp lauk2 tu semua terbaik la kak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkpelah SA sabar saja lagipun tk lama lgi dh nk balik insya Allah lepas tu boleh raya mkn sepuasnya dan tk pnjang2 lgi maaa menunggu utk berbuka haha

      Delete
  13. Salam kaknoor, mmg terbuktilah kaknoor ni rajin masak. Kalau sayalah kan, ikan bilis goreng cili tu, lepas goreng terus ngap lah jawabnya.. Kaknoor siap letak air asam kicap bagai..saya tabik kaknoor

    ReplyDelete
  14. Salam kaknoor, mmg terbuktilah kaknoor ni rajin masak. Kalau sayalah kan, ikan bilis goreng cili tu, lepas goreng terus ngap lah jawabnya.. Kaknoor siap letak air asam kicap bagai..saya tabik kaknoor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dh suka msk suka ambik gmbr dan suka mencuba mcm2 KB selepas msk kalau tk amik gmbr tu tk puas raaa nya

      Delete
  15. semua tempting kak nooor ! kalau lah pandai masak cam kak noor

    ReplyDelete
  16. Memang siqah kenyang baca blog kak noor. Hehe. Sedapnya nampak semuanya.

    ReplyDelete
  17. Baca entry kak noor ni masa break nak g zohor..kat ofis skrg ni...hadam2 satu pic..terus telan air liur...mmg sedap sgt ..xrasa lagi dah tahu dah..huhu

    ReplyDelete
  18. Saya pun nak buat sambal jugak KN hari ni tapi Sambal Udang kot. Sambal telur kalau saya buat selalunya saya pecah sebijik sebijik KN... jarang buat yg telur rebus cenggitu.
    ALahai....panjangnya masa siang kan. MMg betul tak sempat nak mengunyah tu KN. Kalau saya harus turun berat badan tu hihi.... Boleh percaya ke....

    Alahai mmg legendlah KN tumis ikan bilis bawang tu....mau bertamabah kalau makan sahur tu

    ReplyDelete