Ikan Merah Goreng Sos Epal Hijau
Assalamualaikum
Selamat malam semua adinda bloggers ya
Dah malam baru dapat mengupdate blog kesayangan ni
Seharian sibuk dengan macam-macam benda luar dan dalam rumah
Jom lah terus tengok resepi ikan merah goreng ni ya..
BAHAN PERAP IKAN
1 ekor ikan merah sederhana besar di bersihkan
3 sudu besar tepung jagung
sedikit kunyit serbuk
sedikit lada hitam tumbuk
garam secukup rasa.
minyak untuk menggoreng
BAHAN SOS
1 biji epal hijau di hiris memanjang kecil
2 biji tomato di hiris panjang
2 ulas bawang putih di cincang
3 biji cili padi dicincang
3 sudu sos cili
garam dan gula secukup rasa.
CARA NYA
1. Gaulkan ikan dengan bahan perapan dan biarkan 15 minit dan goreng sehingga garing.
2. Panaskan kuali masukkan sedikit minyak, tumislah bawang putih sehingga layu, masukkan cili cincang, sos cili dan tomato.
3. Kacau rata, masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan potongan epal, gaul rata dan curahkan di atas ikan goreng.
5. Sedap di makan begitu saja atau dimakan bersama dengan nasi macam sweet and sour lah rasa nya.
Sebenarnya ikan apa pun boleh lah kita buat macam ni
Taklah wajib ikan merah tau, sebab kita yang buat dia, ikan apa yang ada gohead je lah
Cuma rasa nya saja tak sama tapi kalau secukup rasa dah sos nya tu oklah tu..
Kalau kak noor ikan yang ada kepala macam ni, memang tak pandang dah isi nya
Mesti dok aiming tang kepala tu je hahaha
Mata nya pun sodap tu kan, apa punya maktok ish ish ish
Ikan Merah Goreng Sos Epal Hijau
Reviewed by Unknown
on
November 22, 2016
Rating:
sedap ni..masam2..layan kepala ikan mmg syok..
ReplyDeleteSedappp ooo kapla ikan nohas kan meratah tk hingat donya ni
Deleteallahu masuk sini susah lah nak kuar..tempting melting sgt...soon bila ramai2 kat umah nak cuba jgk...sensorang tak syok jugak..
ReplyDeleteBetul tu Husna kkau ramai2 lagi sedap dan lajak mkn nasi kan masakan simple pun laris nasik
Deletesilap tgok time ni...memang berbunyi perut SA kak nor oiii
ReplyDeleteHaha SA pun rajin kedapur kan
DeleteMoh le goreng2 jom!!!
SedaP nya.... rasa Nak buat jer
ReplyDeleteTk susah mana pun DP sila la turun padang
Deletesedapnya kak noor.. mcm 3 rasa tp ni di tukar ngn epal... ok jgk kan
ReplyDeleteYalah Dana asalkan ada masam sikit boleh saja kita tukar tpi klau nk lebih masam boleh tmbh lima or yg sewaktu dgn nya
Deletesedapnya, jarang beli ikan merah ni
ReplyDeleteSesekali mmg best ni Rai
DeleteAkak pun jarang beli tpi klau beli mmg buat mcm ni besttt
samalah kak noor tang kepala tu yang duk aim nya hahaha
ReplyDeleteHaha kita hantu kapla El hihihi
Deletetergugat diet tgk mkanan mcm ni :(
ReplyDeletesedang berdiet ke ni Unni?? pejam mata jab je ok tu
Deletetapi ikan ok ape kannn
Macam masak sweet sour ye kekdahnya KN.... cuma ada epal hijau. KN, kalau kita makan berdua ni, nampaknya ada yang bergaduh ni sebab berebut mata ikan haha
ReplyDeletekenapa sedap banget ni
ReplyDelete