Karipap Pusing Bulat Paste Kacang Hitam


Assalamualaikum
Alhamdulillah dah selesai bab melayan costomer dengan karipap pusing
Tapi biasa lah si tukang masak ni dah jemu dengan karipap inti savoury nak try inti manis pulak
Jadi rajinkan diri buat yang bulat ni untuk si tukang masak hehe
Kebetulan paste kacang hitam masih ada jadi kaknoor letak paste kacang hitam
Memang fav sesangat dengan kacang hitam ni
Kalau beli roti ke bun apa-apa mesti nak yang kacang hitam
Kali ni karipap pulak kena letak kacang hitam layan je lah kan
Asalkan happy..




Adunan nya sama saja dengan adunan karipap pusing biasa tu
Cuma bagi bulat untuk beza kan dengan yang savoury
Yang bulat ni ada dua lapisan atas dan bawang
Tapi kalau yang biasa memang satu lapis sja kita gelek..




Kalau ada yang bekenan boleh lah calling//pm kak noor
Mana tau dah boring inti pedas tukar ke manis pulak kan
Kita yang buat dia jadi tak kisah lah tu kann...




Memang rangup sangat karipap ni
Ini nak testing untuk patahkan tapi tak dapat semua nya pecah hahaa
Kaknoor memang letak inti banyak maka nya tak dapat di patahkan..




Ini lebihan dari packing untuk customer goreng lah mana tau ada anak-anak yang makan
Kadang-kadang budak-budak kalau selalu sangat goreng diaorang bosan jugak
Dari petang sampai ke malam pun belum habis..



Tiga hari tak update blog macam malas je kan nak start balik
Kaknoor kalau banyak tempahan memang tak akan update blog
Selagi belum siap dan reda tempahan nya
Sebab dah jadi fe'el dah susah hati kalau orang punya tak siap hehee
Ni alhamdulillah dah 50% siap tinggal yang senang je oklah
Baru lah dapat main hp dan buka laptop haha...
Jom sapa nak karipap pusing ni sila-sila jangan malu ya..


Karipap Pusing Bulat Paste Kacang Hitam Karipap Pusing Bulat Paste Kacang Hitam Reviewed by Unknown on November 30, 2016 Rating: 5

17 comments

  1. Kalau dekat lainlah KakNoor memang kita yg tengok ni nak sangat:)
    Dahlah cantik, sedap pulak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak makan kakzakie nak jugak yg cantik kan hehe

      Delete
  2. karipap pusing sedap!! uniknya bentuk bulat tu first time tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unni kannn bentuk biasa kita letak yg pedas, yg bulat ni biarlah yg manis baru best kann

      Delete
  3. Bekas itik dua ekor tu cantiklaH KakNoor hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayangnya lupa nk letak karipap ni atas itik tu kalau tk lagi cantik kan kakzakie

      Delete
  4. Makan panas mmg terangkat ni Nor

    ReplyDelete
  5. Kak Noor, comel lah karipap bulat2. PH tak pernah makan karipap berinti manis. Lebih suka yang savoury. Tapi tak ape, belum cuba belum tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH kena cuba ni tau, sesekali kena lah try yang manisss PH

      Delete
  6. waaaaa rare nih kak... xpnh dana jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab rare lah kita kena biasa kan Dana heheee

      Delete
  7. Dahl lah cantik, nampak sedap pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn kalau ada yang tak suka tolak rezeki lah tu namanya Amy kan

      Delete
  8. CANTIKNYA KARIPAP PUSING PELBAGAI BENTUK..RAJIN NOOR TERIMA TEMPAHAN KUIH..REZKI TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin tu taklah sangat P cuma susah nak cakap tidak bila dah ada yang order tu

      Delete
  9. Perfect nya shape karipap ni. Power lah kak noor!

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete