Masak Lemak Cilipadi Telor Itik
Assalamualaikum dan salam jumaat
Dah boring makan ayam daging ikan
Jom kita makan telor itik pulak
Telor itik ni sinonim masak lemak dan telor masin kann
Tak tau lagi menu yang best dengan telor itik ni
Jadi kaknoor pun ikut ikutan jugak buat masak lemak haha
Disebaboan tak ramai dalam rumah yang suka ni kaknoor masak 3 biji je telor itik hehe
Bahan nya
3 biji telor itik fresh
10 biji cilipadi hijau dan purple dikisar
3 ulas bawang merah kisar
Santan sederhana pekat 1 1/2 cawan
Sedikit daun pegaga
Sedikit asam kulit / asam keping
Caranya
Masukkan santan dan bahan kisar dalam periuk
Masak sehingga agak mendidih dengan api sederhana
Selalu kacau supaya santan tak pecah minyak
Masukkan garam, asam dan sedikit gula
Kemudian pecahkan telor itik sebiji demi sebiji
Biarkan saja jangan dikacau dan pastikan api dapur perlahan
Dah cukup rasa kuahnya tambahkan dengan pegaga
Kalau ada yang tak suka pegaga pun ok tak payah letak
Kaknoor memang suka ada warna yang kontras dalam masakan jadi wajib letak hahaha...
Sedap dihidangkan dengan nasi panasss
Alhamdulillh siap sudah menu hari ni
Lepas ni nak gi shopping barang dapur
Jom sapa nak ikut cepat pakai tudung!!!
Kecuali PH lah hahaha
Masak Lemak Cilipadi Telor Itik
Reviewed by Unknown
on
November 25, 2016
Rating:
bertambah-tambah nasi mkn lauk ni..masa kecik2 dulu, angkat pinggan, hirup kuah..hehe..
ReplyDeleteAdusss nohas kuah dia ni mmg sedap kan berlemak masin manis sikit susah nk ckp lah kan
Deletemasak lemak telur ni memang kegemaran kami sekeluarga. Lagi lagi kalau masak pedas. Menjilat jari 😍😍😄
ReplyDeleteKaknoor pun sama jugak Mazni suka nsgt dgn masak lemak ni tau kalau dpt mkn mmg power ranger gitu
DeleteGluppp! telan ailio dulu. lauk pebret ni, tambah kalau ada ikan masin... bertambah2 nasik!
ReplyDeleteMudah menolan kan kakrose kalau mkn telor mcm ni tambah dgn nasik panasss ckp pun tk guna kan
DeleteSaya jarang sangat masak lemak telur itik ni KN.... Entahlah kenapa...Nak kata tak suka, suka jugak... Kalau masak telur ni, biasanya rasa dia tawar je kan KN KN?
ReplyDeleteLetaklah garam Hainom baru lah tk tawar haha, kaknoor letak asam sikit bg sedap rasa nya insya Allah Hainom sedapp ditmbah ada pegaga mmg lajak nasikkk
DeleteMak aii telan air liur dibuangnya.. Fav ni masak lemak
ReplyDeleteYeke Unni kita sama lah fav yg berlemak cenggini Unni haha
DeleteAlahai KakNoor kalau kakak dapat tu kakak makan daun pengaga itu dulu.
ReplyDeleteSedap ni makan dgn nasi panas-panas aroma dia lah..
Kakzakie suka ulam jugak ke ni
DeleteHaha mmg sedap pahit sikit ditambah dgn telor yg lemak dan masam tu kan
Telur itik ni...PC suka tengok telur kuningnya kak...menarik...kalau telur itik masak lemak PC tak pernah cuba..tapi kalau telur masin....haaa...bedesup makan...hihi..
ReplyDeleteKalau telor fresh lagi best kaknoor rasa PC
DeleteLemak dan manis rasanya tau
Telor masin belum pernah kaknoor try
wah masak lemak telor itik cara noor mmg xmampu menolaknya mkn dgn nasi panas sedap.
ReplyDeleteSedapkan P kalau masak telor cengginikan
DeleteNasik pun terlajak laris ni
Hahaha! Kesian PH...
ReplyDeleteKakNoor pergilah beli barang dapur dulu ya, dah siap masak nanti baru saya datang makan ^_^
Telur itik saya tak makanlah, KakNoor tapi telur masin makan ~_^ Saya nikan pelik sikit!
Tapi masak lemak cilipadi ni memang santapan jiwa tau, KakNoor. Suka sangat!
Hahaha MD mesti suka yg teleebih kolestrol Ni
DeleteOrang nk kurangkan kolestrol dia pulak nk tambah
Apa2 aja lah kan MD ni
Tapi ok MD maintain slim mlim mkn telor masin selalu pun no hal lah kan
sedapnya..
ReplyDeleteMmg sedap bebeno kaknoor suka ni CT
Deletesedap k noor... boh pegaga pun sedap... dana suke daun pegaga di msk or mentah bt ulam
ReplyDeleteKita geng Dana suke ulaman mcm ni kan
DeleteHari2 kat rumah wajib ada ulam ni haha
Tak per Kak Noor, PH boleh pakai topi :) Resipi ni baru untuk PH. First time tengok telur itek masak cili padi. Biasanya PH makan telur itek masin. Jarang pulak beli yang tak masin.
ReplyDeleteYeke PH kaknoor pun jarang jugak beli telor itik fresh mcm ni, kebetulan hari tu terjumpa org jual terus beli mmg ingt nk msak lemak mcm ni mmg power ranger tau PH boleh try nnt lepas tu mkn dgn sambal belacan waduhh
DeleteAssalam Kak Noor,
ReplyDeletelauk yang sangat kita suka.. sayangnya kat spore ni susah nak dapat telur itik..
yang ada telur masin itik aje..tapi kita pernah masak telur itik masak lemak ni kat Jb.. sedap betul yang kak noor punya ni ada letak pegaga lagilah sedap..
Tak suka juga, entahla..baik telur rebus ke masak lemak ke, kalo mkn kt kedai rasanya tu pilihan last. Tapi tak tahulah kalao knoor masak sedap, terbuka plak hati nk makan, hihi
ReplyDeleteTak kisahlah zimah
DeleteSelera kita mmg tk smaa
Is ok no problem
Waalikmuslm Ayu
ReplyDeleteThanks sudi singah sini
Sini pun susah jugak nk dpt kecuali mencari ditamu or pasar pagi, telur masin pun sedap jugak Ayu boleh try kalau susah no dpt yg fresh ni kan