Resepi Pau Cendawan Sedap
SELAMAT PETANG SEMUA NYA
Menu apa agaknya untuk petang weekend ni ya
Dah lama nak try buat pau cendawan ni
Baru lah sampai hajat dihati mencuba
Walaupun kurang cantik dan menawan macam cendawan
Tapi rasa nya memang mantop
Biasa lah pertama kali mencuba mesti tak perfect sangat kan
Resepinya kaknoor intai dari blog dibawah ni
http://www.azhafizah.com/2016/06/resepi-pau-cendawan-viral.htmlhttp://www.azhafizah.com/2016/06/resepi-pau-cendawan-viral.html
Sayangnya kaknoor punya pau cendawan kurang menyerlah macam cendawan
mungkin cendawan kaknoor ada penyakit kot hahaha...
RESEPI PAU CENDAWAN VIRAL
Bahan-bahan inti Pau Cendawan
2 bji bawang holand
1 tin cendawan butang kaknoor guna fresh mushrooms
Isi ayam potong kecil kaknoor guna daging
3 sudu butter utk tumis
2 cubit lada hitam yg serbuk
1/2 tin sup cendawan (tin kecil)
3 keping keju cheesedale tak letak
3 biji kentang parut tak letak
1biji carrot parut jugak tak letak
Satu sudu kecil serbuk ayam tumix
Cara-Cara
1. Tumis bawang sampai layu,
2. Masukkan ayam tggu separuh masak
3. Lepas tu masukkan kentang dan carrot tggu sampai lembut
4. Dah lembut masukkan sup cendawan tadi...tggu sampai pekat sikit masukkan keju tadi
5. Taburkan lada hitam, serbuk tumix,gula dn sedikit garam....
Untuk bancuhan coklat
2 sudu serbuk coklat
2 sudu tepung beras
Tambah sedikit air untuk bancuh, bancuh macam korang bancuh water colour tu. Tak pekat sangat dan tak cair sangat.
Untuk Doh
300grm tepung pau
Sedikit garam..(gaulkan 2 bahan ni)
Setengah paket yis mauripan
2 sudu bsr gula
2 sudu besar susu
1 sudu besar shortening
2 sudu besar susu pekat, 2 sudu besar gula kacau dalam setengah gelas air suam. Lepas tu masukkan serbuk yis dan tunggu 15 minit atau sampai yis kembang naik buih. Dah kembang yis masuk kan dalam tepung uli sekejap kemudian tambah shortening. Uli tepung sampai lembut, lepas tu rehat kan doh dalam 20 minit.
Dah rehat dan kembang tumbuk tumbuk sikit doh dan uli lagi sekejap. Bila doh dah lembut bahagikan doh kepada 10. Ambik sikit doh simpan untuk buat batang cendawan.
Doh yang korang bahagikan tadi boleh la isi dgn inti. Dah isi inti sapukan bahagian atas dengan coklat cair tadi dgn menggunakan berus. Tunggu 40 minit baru kukus.
Kukus dengn api besar selama 10minit dan penutup kukus tu balut dgn kain. Kukus batang pau yg telah digentel sekali. Bila dah masak buat lubang belakang pau, selepas itu celupkan batang pau dengan coklat cair tadi, baru masukkan batang cendawan dalam lubang bahagian bawah pau tu. Kemudian kukus lagi 5 minit dan siap untuk di makan.
Tapi rasa nya memang hebat, walau pun kaknoor tak letak cheese segala
Anak-anak dah suka resepi macam ni hehee
Masa kaknoor menulis ni pun sebenarnya pau ni dah haibs di makan haha
kan memang sedapppp percaya lah
Mesti try pada yang sudi tu mana tau lebih menjadi cendawan kannn..
Resepi Pau Cendawan Sedap
Reviewed by Unknown
on
November 26, 2016
Rating:
Asalkan sedap, Kak Noor. Tak macam rupa cendawan pun tak apa. Boleh cuba buat lagi.
ReplyDeleteMmg nk cuba lagi PH
DeleteSbb belum puas hati hehhe
Salam, bunda sebelom ni tertanya2 jugak...pau cendawan tu apa..macam mana rasanya.. rupa dah macam cendawan, mesti rasanya pun rasa cendawan kan..
ReplyDeleteMasa balik kampong haritu adik sendiri ada berjual pau cendawan ni.. baru tau..rupa2nya memang ada perisa sikit2 cendawannya...banyak rasa macam sayuranlah gitew, agaknya sebab ada lebih carrot ngan kentang kot. okaylah..
Itu adik bunda punya resipi... mungkin resipi KNoor lebih lagi rasa cendawannya...nama pun pau cendawan yer tak..
Ohyeee ke resepi adik bunda
DeleteKirimsalam je utk adik bunda tu ya heh
Halalkan resepinya ya
Mmg sedapp sngt resepi ni
Tapi kaknoor ikut apa yg ada kt rumah
Derhaka cikit2 hehe
Pau cendawan pun pakai coklat juga rupanya. Haha. Ingatkan rasa cendawan
ReplyDeleteRasa cendawa. mestilah rupa nya kena mcm cendawan jugak kann
DeleteBuat selalu, lama lama lawa la tu kak noor. First time buat kan?😃
ReplyDeleteMmg mk buAt lsgi dan lagi Mazni
DeleteSampai jati puas baru berenti hehe
PAU CENDAWAN LAIN RUPANYA DARI PAU BIASA MESTI SEDAP SGT TU
ReplyDeleteSbb pau ni mcm luar biasa sikit
DeleteTulah rajin nk mencuba tu P
femes menu ni skg:D:D tp memang sedap la
ReplyDeleteSbb femes la kaknoor tingin nk buat Unni hehe
Deletekak noor
ReplyDeleteel jual pau cendawan
lau mai penang jemputlah order hehe
BW. ilah lom try. Kak nor dah buat tuu kira ok lah juga. Bila nk try ni...hihii
ReplyDeletemana nk dpt sup cendawan dlm tin kecik tu ye,...
ReplyDelete