Breakfast Jagung Cheese Kacang....

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua nya
Breakfast apa agaknya adik-adik hari ni ya
Kaknoor ni pikir punya pikir nak habiskan makanan dalam petiais
Ada jagung, anggur pun ada sikit, kacang lebihan di panggang untuk Miang Kham dulu
Memang sentiasa ada je, cheese pun ada separuh..
Di campur semua tu, jadi lah breakfast entah apa-apa ni tapi memang sedap
Tak caya kena cuba lah...




Cara nya
Jagung yang telah di rebus di gaulkan dengan cheese cheddar dan susu manis
Agak-agak je ikut manis dan masin sendiri ya
Kemudian masukkan dalam microwave seminit je cheese dah cair
Keluarkan dan campurkan dengan kacang dan anggur
Kacau rata..
Breakfast yang entah ala apa-apa tu dah boleh makan..



Kalau takde microwave boleh lah panggang kejab biar cheese tu cair sikit..




Dah tua-tua ni teringin macam-macam lah pulak kan, menu ikut tekak orang veteren ni tak tau lah orang muda mudi boleh masuk ke tak!!!



Pada tekak kaknoor memang sedap sangat lah ni rasa nya sebab ada kacang tu, makanan fav jugak jagung pun fav kalau ke pasar pantang tengok jagung mesti nak beli hehe
Selamat mencuba yang suka breakfast entah apa-apa ni ...


Breakfast Jagung Cheese Kacang.... Breakfast Jagung Cheese Kacang.... Reviewed by Nooriah Abdullah on January 24, 2019 Rating: 5

4 comments

  1. sdap tu kak..nmpak simple tp menyelerakan..:)

    ReplyDelete
  2. wahhh sedap ni kak noor... udah jagung tu dh sedap, cmpo lak ngn cheese, susu pekat kacang n anggur mmg lagi lah mantops...

    ReplyDelete
  3. Best lah Kak Noor, breakfast macam gini. Kalau asyik makan roti aje, boring pulak.

    ReplyDelete
  4. Makan jagung pun cepat kenyang dari roti juga kan Kak Noor.

    ReplyDelete