Sambal Petai Cilipadi Menu Tambah Nasi

Assalamulaikum dan selamat petang
Menu untuk menambah nasik ni, sesekali makan lebih sikit oklah
Biasa makan memang tak pernah tambah pun nasik hehe
Tapi kalau si busyuk ni mesti nak lebih nasik
Busyuk-busyuk idaman kalbu..
Kali ni kaknoor guna cilipadi saje nak test power kepedasan ni tahan ke tidak
Tapi oklah sebab campur udang kering tu taklah pedas sangat pun
Walaupun guna cili padi..





BAHAN NYA
1/2 cawan udang kering di rendam ditumbuk kasar
3 sudu cili kering kisar  *kali ni kaknoor guna cilipadi segengam atau terpulang selera nak lebih or kurang
5 ulas bawang merah kisar
3 ulas bawang putih kisar
2 batang serai kisar
1 sudu besar air asam jawa
petai secukupnya
garam gula secukup rasa
minyak untuk menumis

CARA NYA
Panaskan kuali masukkan minyak dan tumis lah bahan kisar kecuali udang,  sehingga wangi, masukkan cilikering kacau sehingga pecah  minyak, tambahkan dengan air asam dan jika perlu tambah sedikit air.  Masukan udang kering dan masaklah sehingga pekat dan kering, tambahkan garam dan gula. Bila dah secukup rasa masukan petai, kacau sehingga sebati, dah boleh tutup api.

Petai tak perlu lama sangat masak hatta petai mentah pun boleh makan kan, lagipun warnanya dah tak hijau kalau terlalu lama di atas api.  Sedap dimakan dengan nasi panas atau nasi goreng wah!!!!! tak cukup sepinggan ni mesti bertambah..




Ada yang suka tak sambal legenda ni?
Kaknoor suka makan kulit petai yang pahit-pahit manja tu sebab disamping sedap jadi ubat jugak tu kan, sabo je lah pahit sikit sikit kan..




Lagi lah kalau makan ramai memang terlajak nasik ni confirm
Yang hantu petai boleh try, tapi awas toilet anda ya hehee..


Sambal Petai Cilipadi Menu Tambah Nasi Sambal Petai Cilipadi Menu Tambah Nasi Reviewed by Unknown on January 23, 2019 Rating: 5

3 comments

  1. alahai k.noor buat saya lapar malm2 ni..:)

    ReplyDelete
  2. sedap ni kak noor...
    dana klu bt sambal petai ngn udang mmg pakai cili api kampung tp dana tambah tomato utk balancekan rasa pedas tuh

    ReplyDelete
  3. Hari tu masa kami bercuti kat Tagal di Kota Belud. Beli petai di tepi jalan raya buat campur dalam maggi kononnya untuk zat sayuran sebab tak larat nak masak lepas acara lari.
    Petai tu sedap tak pahit rasanya. Sampai berebut dengan seorang anak ni yang suka pula tiba-tiba ratah petai beli kat kawasan tu. Biasa anak-anak ni tak sentuh petai.

    ReplyDelete