Fudgey Gooey Brownies Yang Sedap Sangat

Assalamua’laikum warahmatullah semua yang sudi singgah disini, walaupun tenggelam timbul dah tapi Alhamdulillah hari timhul lagi dengan Resepi Brownies yang dibaking oleh anak kaknoor yang baru balik dari Uk tu, dia ni memang suka baking-baking ni jadi tergerak nak makan apa bagitau je kalau cukup bahan memang boleh makan lah hehe




Bahan nya
1 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan 
2 sudu besar minyak 
1 1/4 cawan gula 
1 cawan gula merah 
4 biji telur besar, pada suhu bilik
1 sudu besar vanila ekstrak
3/4 sudu teh garam 
1 cawan tepung serbaguna 
1 cawan serbuk koko
200g kepingan coklat yang dipotong kasar atau coklat cip besar 

Cara nya
1. Panaskan oven pada suhu 175°C.
2. Sapu 8x12-inci loyang dengan minyak. Lapik dengan baking paper. Ketepikan.
3. Campurkan mentega cair, minyak dan kedua-dua jenis gula di dalam bekas yang serderhana besar. Gaul sehingga rata dengan whisk. Tambah telur dan vanila ekstrak ke dalam adunan. Pukul selama 1 minit sehingga warna adunan jadi sedikit pucat.
4. Ayak tepung, serbuk koko dan garam. Masukkan adunan kering ke dalam adunan basah menggunakan spatula dan kacau perlahan sehingga semua bahan bercampur (jangan pukul berlebihan kerana ini boleh memberi kesan kepada tekstur).
5.Masukkan 3/4 kepingan coklat ke dalam adunan.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan tambah lebihan kepingan coklat di atas adunan. 
7. Bakar selama 25-30 minit atau sehingga tengah-tengah brownies tidak lagi bergoyang tetapi tidak tenggelam bila di sentuh (brownies akan masih masak bila keluar oven dalam loyang yang panas)
Untuk dapatkan tekstur fudge kayu  testing patutnya  keluar kotor dan melekat... 
8. Selepas 10 minit, brownies boleh dikeluarkan dari loyang and biar sejuk ke suhu bilik sebelum di potong.





Disini kaknoor cairkan chocolate dengan cara double boil dan bila dah cair curahkan keatas brownies dan letaklah apa-apa fav kita kat atas nya, kekacang ke chocolate ke!!

Boleh jugak kalau nak Brownies yang polos gitu je memang dah sedap tapi plus Chocolate lagi lah besttt..



Memang sedap letak Kinder Bueno dan almond cincang kat atas Brownies ni, In Shaa Allah lain kali boleh buat lagi Brownies macam ni sedap sangat..

Fudgey Gooey Brownies Yang Sedap Sangat Fudgey Gooey Brownies Yang Sedap Sangat Reviewed by Unknown on January 03, 2019 Rating: 5

7 comments

  1. eheheh dahla memang fevret chocolate2 ni. telan ailioo scroll malam2 hehe..

    ReplyDelete
  2. sedapnya kalau sampai ke tekak tu kak noor oi....

    ReplyDelete
  3. alahai sedapnya brownies tu, erliur laa plak.

    ReplyDelete
  4. sedapnya Kak Noor. teringin nak cuba. :)

    ReplyDelete
  5. numpang promote ya min ^^
    buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
    kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete
  6. Thanks for taking the time to share this wonderful post with us. These looks really good and I hope to try them one day. Have a great rest of your day and keep up the posts.
    Greg Prosmushkin

    ReplyDelete