Tart Cadbury Melting Di Mulut


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua yang sudi singgah sini
Hari isnin memang agak kurang aktiviti pagi berbanding hari lain
Jadi hari ni boleh lah masuk ronda-ronda blog ni
Ada suka tart cadbury tak?
Yang rajin tu boleh lah buat sendiri, memang agak lambat kalau membuat ni
Tapi kalau makan tu yang cepat sangat habis




Untuk tart cadbury ni kaknoor guna resepi tart nenas cuma di tukar daripada letak jem nenas tu kaknoor letak cadbury chocolate ni, resepi tart nenas ni di ambil terus daripada Puan Liza Brunei 
Geng kaknoor lah jugak, sama-sama merantau tempat orang dan dah jadi rakyat Brunei sekarang ni..




Tart Nenas ( Resepi Asal )

Bahan-bahannya

250 gm mentega
300 gm tepung gandum
90 gm tepung kastad
90 gm tepung jagung
¼ sudu kecil baking powder
50 gm gula icing
2 biji kuning telur
2 sudu susu pekat manis
2 sudu susu tepung


Cara membuatnya
1.    Satukan  tepung gandum, tepung kastad,  tepung jagung, susu tepung,  gula icing dan baking powder, ayak dan ketepikan.
2.    Campurkan susu pekat manis dan telur.
3.    Masukan mentega didalam bekas tepung, ramas-ramas kan sehingga rata, masukan adunan susu dan telur.
4.    Gaul rata dan uli sehingga sebati.
5.    Ambil sedikit adunan, letakkan jem nenas didalam nya, dan buatlah bentuk bujur, gunting tak putus di atas nya, griskan dengan kuning telur dan bakar pada suhu 220’C selama 20 – 25 minit.

6.    Sedap dimakan diwaktu sedang-sedang panas gebu sangat.

5.  Untuk tart cadbury ni kaknoor canai nipis agak-agak lah jangan tebal or nipis sangat, letak cadbury chocolate, kemudian letak lagi satu lapisan kat atas cadbury, ratakan tepi kiri dan kanan supaya cantik, terpulanglah bentuk sendiri, kaknoor guna pencetak tart gulung, tapi pastikan lapik dulu adunan dengan plastik atau silicon yang pasti apa yang ada kat rumah lah, kaknoor banyak silicon warna warni jadi guna je supaya tak melekat. Buatlah sampai habis adunan dan bakar dalam oven yang telah di panaskan, selama 15 minit pada kadar suhu 140'C terpulang kepanasan oven masing-masing lah




Ini dia pencetak tart gulung tu kalau ada yang belum pernah tengok, banyak di jual kat kedai alatan kek dan pastry




Memang agak lamabt buat macam ni tapi berbaloiii sedap, sebab terasa gebu doh pastry tu, itulah kadang pernah jugak kaknoor tengok ada yang buat tart cadbury ni, letak doh nya hanya bahagian bawah saja, lepas tu letak cadbury dan tak di tutup lagi dengan doh di bahagian atas tu, rasa nya memang lebih ke chocolate lah, terpulang lah ikut kreativi dan kerajinan tukang baking..




Ini dah siap baru separuh tray 
Banyakkk lambat kalau sorang yang buat, kalau ada dua tiga orang memang cepat lah..



Alhamdulillah dah siap dapat lah dua tray kalau tak buat lapisan kat atas cadbury mungkin dapat banyak biji lah, yang kalau tak salah kaknoor dalam 120 biji sahaja, cukuplah tu untuk makan-makan kan, kalau ada yang nak buat untuk CNY ke boleh lah try resepi ni memang berbaloi sedapp..

Tart Cadbury Melting Di Mulut Tart Cadbury Melting Di Mulut Reviewed by Unknown on January 28, 2019 Rating: 5

7 comments

  1. wahhhh... sedapnya kak, rajin btul lah akak ni... ni ada tempahan banyak ke sempena CNY kak

    ReplyDelete
  2. pehhh.. suasana raya mula terasa ni Kak Noor

    ReplyDelete
  3. Dapnya Kak Noor.... sekeping tak cukup!

    ReplyDelete
  4. Sebalang pun sekelip mata habis ni

    ReplyDelete
  5. numpang promote ya min ^^
    buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
    kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete