Miang Kham Tak Pernah Jemu Di Makan

Assalamua’laikum warahmatullah 
Alhamdulillah dapat berjumpa lagi di petang ni
Setelah beberapa hari menyepi dengan berbagai aktiviti
Hari ni nak perkenalkan menu Thai yang baru kaknoor rasa
Lately kalau seminggu tak makan Miang Kham terasa lama 
Itu lah kalau dah jatuh cinta dengan makanan ni 
Nak je hari hari ditemani Miang Kham ni..




Resepi nya kak Noor google je terjumpa resepi yang sedap ni kuahnya pekat dan tak manis sangat, sebab ada jugak anak kaknoor order tapi kuah nya terlalu manis not my taste haha jom yang nak try buat Miang Kham sendiri boleh resepi ni

Resepi ni sebenarnya dari resepi Chef Sue Arukin yang selalu resepi nya dalam majalah RASA tu..

BAHAN-BAHAN SALAD:

  • Daun Kaduk @ Wild Pepper Leaves secukupnya (bukan daun sireh ya!)
  • Limau Nipis - buang empulur & cincang dadu kecil
  • Bawang besar merah - cincang dadu kecil
  • Halia - cincang dadu kecil
  • Cilipadi - hiris
  • Udang kering - sangai garing
  • Kelapa parut - sangai hingga perang
  • Kacang tanah - panggang

 Kaknoor letak jugak ikan bilis di panggang sebab ada jugak yang tak mau udang kering tu terpaksa kena ikut pelanggan lah kan..

BAHAN-BAHAN SOS:

  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci belacan - panggang
  • 2 batang serai
  • 1 ketul gula kabung @ nise
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan kacang tanah panggang - kisar kasar
  • 1 sudu makan kelapa parut - sangai & tumbuk kasar

 

CARA-CARA MEMBUAT SOS:

1. Halia, lengkuas dan serai dihiris halus lalu dipanggang/sangai dalam kuali tanpa minyak hingga garing keperangan.

2. Tumbuk bahan-bahan sangai hingga lumat bersama belacan panggang.

3. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi ke dalam kuali lalu masak atas api yang sederhana bersama gula kabung serta sos ikan. Masak hingga semua bahan sebati dan likat. Jika terlalu pekat boleh tambah sedikit air.

4. Masukkan kacang dan kelapa kisar lalu gaul rata. Sedia di hidangkan bersama bahan-bahan salad tadi.

6. Cara-cara untuk makan; Ambil sehelai daun kaduk, letakkan serba sedikit semua bahan-bahan salad bersama sedikit sos. Bungkus dan boleh terus dinikmati. Enjoy!

As always, feel free to share!

Info chef:  

*sos ikan boleh dikurangkan kuantitinya jika terlalu masin.

*gula kabung boleh di tambah kuantitinya jika sos kurang manis.

*rasa sos haruslah seimbang; masin dan manis.

*ada juga yang tambah udang kering panggang yang dikisar halus ke dalam sos.

 




Duluuuu masa tak pandai makan dan tak pernah nak cuba Miang Kham ni macam agak pelik tengok semua benda yang   tak masak lepas tu makan dengan daun kadok eeeeee macam tak boleh masuk, tapi bila dah try Maa Shaa Allah kenapa lah Kaknoor tak makan dari dulu haha..



Ini lah koleksi Miang Kham Kaknoor ini pun belum habis lagi kejab2 buat Miang Kham je bila teringin sebab daun kadok memang bersepah kat belakang rumah Kaknoor 



Miang Kham ni paling best dimakan ramai2 masing2 ambik daun tangan bersilang silang kat atas pinggan tu baru best..



Lagipun Miang Kham ni cantik kan bila disusun segala benda tu bermacam warna ada kat dalam pinggan tu, itulah yang buat hati pun dah jatuh kat sini tertarik menarik...



Sampai last nya ada yang sanggup mengorder Alhamdulillah memang best sediakan makanan yang kita suka untuk orang, nak buat pun happy hehe 

Yang belum cuba Miang Kham cepat try rugi tau lagipun khasiat daun kadok dan segala macam ni memang banyak disamping rasa nya yang unik, susah nak gambarkan mesti rasa sendiri baru tau kesedapan Miang Kham ni...


Miang Kham Tak Pernah Jemu Di Makan Miang Kham Tak Pernah Jemu Di Makan Reviewed by Unknown on January 10, 2019 Rating: 5

10 comments

  1. smpai sekarang xpandai mkn miang khanm ni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahaii rugi tu Nor kalau tak pandai makan mesti cuba baru tau kesedapan nya

      Delete
  2. mmg sedap kan kak noor, cuma bg dana mcm leceh sikit nk campur satu2 tu utk letak kt daun tuh, klu dia potong2 campur siap2 mcm kerabu msti lg senang mkn heheheheh

    nk bt sndiri mmg tak rajin la k noor, tp klu dh depan mata rajin mkn hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lah yg uniknya Miang Kham ni Dana makan fresh, nak makan baru campur segalanya, kalau di campur semua baru makan jadi lah kerabu tu haha

      Delete
  3. Hi Kak Noor! PH tak pernah makan miang kham. Bila tengok miang kham yang Kak Noor sediakan, teruja pulak nak cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai PH, PH kena cepat cuba sayang kalau tak reti makan Miang Kham apa lagi yg suka barangan segar macam PH try ok lepas ni

      Delete
  4. Meleleh air liur tengok.....hujan lebat kat sini mesti bahagia pokok-pokok kaduk kan.

    ReplyDelete
  5. tak ada rezeki nak amkan Miang Kam lagi walau berkali2 dah samapai ke Siam.
    Kak noor jual ke ?

    ReplyDelete
  6. Excellent post.Awesome post.I like this article.This is very good.Thanks for share good post. Pikdo is an Instagram Online Viewer that you can easily browse users, location, followers, hashtags, popular contents, statistics and much more.

    ReplyDelete