Pulut Telang Serunding Daging

Assalamua’laikum warahmatullah 
Salam hari Ahad tu semuanya
Hari ni breakfast simple je kaknoor
Dah lama teringin pulut biru ni..
Bunga telang yang banyak kat rumah lebih baik diguna 
Ye dak!! 
Resepi nya kaknoor google rupanya buku resepi RASA tu memang banyak resepi dari bunga telang ni..


Boleh baca kat sini khasiat bunga telang yang banyak tu memang rugi kalau tak di manfaatkan




BAHAN PULUT:

  • 400gm pulut
  • 1 cawan air rendaman bunga telang  | 30 kuntum bunga telang direbus & tapis
  • 1/2  cawan santan pekat
  • Garam secukupnya

BAHAN SERUNDING:

  • 200gm daging | dadu kecil, rebus empuk & goreng garing
  • 150gm udang kering | rendam dan tumbuk halus
  • 1 biji kelapa parut | ambil putihnya
  • 5 biji cili merah
  • 1 batang serai  | mayang halus
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/4 inci belacan
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Pulut direndam dengan air rendaman bunga telang dan air secukupnya selama sejam.
  2. Kukus hingga separuh masak.
  3. Tuang santan yang dicampur sedikit garam ke atas pulut dan kukus lagi hingga masak.
  4. Untuk membuat serunding; tumis bahan-bahan kisar, belacan dan udang kering hingga naik bau.
  5. Masukkan serai, serbuk kunyit dan kelapa parut lalu tumis lagi.
  6. Masukkan daging yang telah digoreng.
  7. Tambah garam dan gula. Tumis hingga serunding agak garing.
  8. Hidangkan pulut telang bersama serunding tadi.







Ini special untuk tukang masak ada extra sambal bilis rangup yang pedas kaw kaw..



Yang ada bunga telang kat rumah jom rajinkan diri masak pulut ni kenyang sampai ke petang ni kalau ambik dua tiga  bungkus haha..

Pulut Telang Serunding Daging Pulut Telang Serunding Daging Reviewed by Nooriah Abdullah on January 06, 2019 Rating: 5

6 comments

  1. cantik warna pulut guna pewarna bunga telang

    ReplyDelete
  2. bunga telang tu yang orang buat nasi kerabu kan ?
    uuish pulut sedapnya. suka !!

    ReplyDelete
  3. Tengah lapar ni, Kak Noor! Pasti sedap gandingan pulut dengan serunding.

    ReplyDelete
  4. adore betul cara Kak Noor bungkus pulut tu

    ReplyDelete
  5. cantik warna pulut akak.... jd berselera nk mkn nya

    ReplyDelete
  6. wah selalu orang guna buat nasi kerabu, kali ni buat pulut pula. nampak menyelerakan, pembungkusan guna daun pisang pun membuatkan teruja nak makan.

    ReplyDelete