Maktok Jakunis Tengok Pokok Epal



ASSALAMUALAIKUM dan salam manis untuk semua, ni entry terlupa sebenar nya selepas kaknoor ternampak pokok blueberry hari tu, memang semasa balik dari jenjalan ternampak lagi pokok epal ni, tulah terus jadi jakunis maktok aka kaknoor meneropong sana sini, nasib baik tak banyak yang lalu lalang semasa kami sedang meneropong tu, beginilah pokok nya agak besar jugak pokok epal ni mungkin dah tua dah itulah buah nya pun dah tak banyak.


KALAU kat tempat orang memang apa yang kita nampak semua nya menarik je kan, mungkin begitu jugak kalau orang putih datang kat tempat kita, mungkin bila dia tengok pokok mangga ke pokok rambutan ke mungkin dia pun akan jadi macam kaknoor jugak kot hahaha agakkkkkkk nya lahhhhhh..



MEMANG best kalau dapat petik dan dapat makan epal ni kan tapi apa kan daya pokok ni di tepi jalan tak tau sapa yang punya nak minta dan memang malu lah kan kalau nak minta, baik minta kat tesco ke kat supermarket ke bagi duit kat casher tu terus ambik dan makan epal mana yg suka ya tak?

INSYA ALLAH sebelum balik nak jenjalan lagi dan kalau terjumpa yg istimewa pasti akan di kongsikan disini INSYA ALLAH.


Maktok Jakunis Tengok Pokok Epal Maktok Jakunis Tengok Pokok Epal Reviewed by Unknown on August 30, 2014 Rating: 5

1 comment

  1. want to reach out and pick one straight off the tree :)

    ReplyDelete