Mee Tomyam Yang Power

Assalamualaikum dan salam isnin untuk semua nya, hari ni kak noor nak kongsikan satu resepi mudah dan sedap, walaupun kurang daun limau dan lengkuas tapi mampu jugak menampah selera kami berdua beranak ni sebab dah tak makan mee tomyam ni, nasib baik ada serai terjumpa kat kedai Thailand di UK ni kalau tak memang takde rasa langsung lah mee tomyam ni kalau mengharapkan paste dan kiub saja.

Resepi kak noor memang mudah saja dan cepat sebab akak gunakan daging batang pinang jadi tak lama masak nya, jom tengok resepi..



BAHAN NYA ( Untuk 2 orang )

  • beberapa potong daging batang pinang 
  • 2 kiub tomyam maggi or apa saja jenama janji halal
  • 1 sudu paste tomyam
  • 1 sudu cili kering kisar
  • 1 batang serai dihiris serong
  • 2 inci lengkuas dihiris nipis takde so letak lah
  • 1 cawan sayur campur
  • 1 biji tomato
  • 3 helai daun limau purut jugak takde kat sini
  • beberapa biji cili padi
  • 4 ulas bawang putih dihiris
  • 2 ulas  bawang merah dihiris
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 2 sudu air limau nipis
  • mee kuning secukupnya 
Cara memasaknya
  • Panaskan kuali dan tumis lah serai, lengkuas dan bawang merah dan putih sampai layu, masukan cili kisar, paste tomyam dan kiub dan kacau lah sehingga naik minyak bolehlah masukan air 1 cawan dulu
  • Masukan hirisan daging batang pinang dengan sayuran yang lain jugak cili padi dan daun limau
  • Rasa lah masam manis dan masin nya sebab paste dan kiub tu dah masin kalau kurang baru tambah
  • Pastikan jangan lama2 sayur tu direbus nanti pudar warna nya biarlah half done saja sedap ranggup
  • Dah mendidih tutup api dan masukan air limau dan kacau biar sebati
  • Hidangkan bersama dengan mee or bihun atau nasi putih 

pelik kan kalau tinggal di negeri yang kurang bahan untuk masakan Asia ni teringin je nak makan macam-macam tapi nak buat cemana selera dah memanggil hihi,,



kalau ada yang teruja boleh lah buat untuk menu berbuka puasa atau menu tengahari atau malam, yang ringan lah dibandingkan dengan nasi.


hingga saat ini tugas belum selesai di tempat orang terpaksa bermusafir sehingga awal bulan depan insya allah doa kan akak mampu melalui dengan cuaca yang sejuk ni.


Mee Tomyam Yang Power Mee Tomyam Yang Power Reviewed by Unknown on August 25, 2014 Rating: 5

No comments