Nasi Goreng Ikan Masin Terlajak Laris Resepi Di Perantauan


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua nya,  hari ni hari ke3 di Bath ni masak yang simple dimple lagi, al maklum masak untuk dua orang saja, tak perlu banyak lauk cukup sekadar nasi goreng ikan masin je, syukur lah di atas rezeki yang ALLAH berikan.


Bahan nya simple je, janji kenyang dan perut tak berkeroncong, hidup sebagai perantau kena perlu bersyukur apa yang ada ye tak??

Jom tengok resepi kaknoor

semangkok nasi sejuk
secukupnya kacang buncis hiris
sebutir dua baby carrot hiris
bawang merah dan putih dihiris
minyak zaiton untuk menggoreng

Panaskan sedikit minyak zaiton, tumiskan bawang merah dan putih, bila dah layu masukan kacang buncis dan baby carrot, masukan nasi sejuk, kacau rata, masukan sedikit garam dan serbuk cili., untuk menggoreng ikan masin dah tentu mesti ada 

ikan masin kurau secukupnya dihiris dan direndam
1/2 biji bawang besar hiris
7 atau lebih cilipadi hiris
sesudu air asam jawa
garam dan gula secukupnya

Panaskan sedikit minyak, goreng ikan masin kurau sehingga masak dan angkat dan ketepikan, tambah sedikit minyak dan goreng bawang besar bersama dengan cilipadi, tambahkan air asam, gula dan garam, goreng sehingga agak pekat angkat, hidangkan bersama dengan nasi goreng simple kita tu, yang pasti walaupun simple tapi dek kerana ikan masin tu rasa nya mesti tak cukup satu pinggan, bercakap dari pengalaman hahaa, apa lagi dengan cuaca yang sejuk-sejuk macam ni adoiiii...



Ikan kurau masin ku yang terlajak larisss



Hari ni kaknoor ronda-ronda Bath town mencari apa-apa yang perlu di bawa balik, insya allah untuk esuk akak akan muatkan gambar-gambar dari restaurant Jimmy Spice yang terkenal di Bath ni ya.


Nasi Goreng Ikan Masin Terlajak Laris Resepi Di Perantauan Nasi Goreng Ikan Masin Terlajak Laris Resepi Di Perantauan Reviewed by Unknown on August 16, 2014 Rating: 5

2 comments

  1. terliur pulak tengok ikan masin tu.... stok ade boleh la nak mencuba nnti..
    selamat meronda2 ya maktok.... bli ole2 banyak2 tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan masin ni agak kurang masin kakrose mmg sedapp di gaul dgn nasikk, ronda2 cuci mata jelah kakrose kalau kayo rayo baru lah dpt shopping moping hehee

      Delete