Nutella Truffles Dessert Tertunggak Lepas Raya
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua nya.
RESEPI dah lama kaknoor teringin nak buat sejak bulan puasa dulu, tapi dek kerana kesibukan yang melampau jadi tertinggalkan sehingga kehari ini, sambil belek-belek resepi pinterest ni, terjumpa lagi, korek-korek di dapur semua bahan masih bersisa, chocolate, hazel dan segalanya, kebetulan hari ni tak payah masak untuk tengahari so bersilat lah kaknoor dengan anak kaknoor Nabilah, best jugak ada yang tolong, maka jadilah truffles ni yang pasti nya lazat.
RESEPI NYA memang korek-korek dari pinterest tengok gambar kat pinterest memang dah tergoda, insya allah siapa yang suka chocolate dan kacang pasti nya akan berpuas hati mencuba resepi ini.
BAHANNYA
10 oz semisweet chocolate di potong
2 sudu besar butter tanpa garam
1/2 cawan heavy cream
1/2 cawan nutella
1 sudu kecil vanilla
1/2 cawan kacang hazel panggang dan potong kecil
CARA NYA
1. Double boil chocolate sehingga hancur, campurkan heavy cream, nutella dan vanilla.
2. Kacau sehingga sebati dan sejukkan dalam petiais selama 2 jam supaya agak keras.
3. Bila dah agak keras, keluarkan skopkan dengan skop aiskrim, bulatkan letak kacang hazel tengahnya.
4. Bulatkan dan salutkan dengan kacang hazel yang telah di potong.
5. Sejukkan dan boleh lah dimakan bila di perlukan.
SANGAT mudah resepi nya tak payah panggang segala just masuk dalam petiais je dah boleh makan, jadi cepat-cepat ke bakery cari chocolate dan hazel ni ya
ALHAMDULILLAH hari ni dah hari ke3 puasa syawal hanya beberapa jam lagi untuk sungkai
Semoga ALLAH pelihara sehingga ke petang nya dengan sihat dan walafiat.
Nutella Truffles Dessert Tertunggak Lepas Raya
Reviewed by Unknown
on
August 06, 2014
Rating:
Nampak macam sedap Kak Noor.. bahan pun mudah.. nak juga mencuba ni :)
ReplyDeletecuba yatie jgn tak cuba mmg sedapppp confem ni
Deleteanak anak mesti suka
ReplyDeletebetul pB anak2 suka + mama anak jugak hee
Deletewow, memang best tengok menu dessert tu..sedapnya kak noor..
ReplyDeletesesekali boleh lah buat BB utk tetamu openhouse syawal belum habis ni..
DeleteWah kak noor cam sedap jea..tp nk buat malas la plak..ada yg boleh dpt free x?hihihi
ReplyDeleteboleh cheqda mai sini mesti dapat free betuiii cakap ni ..
ReplyDelete